
BETAPA kita sebagai umat Islam sangat berbangga dengan sejarah Islam yang begitu gah melahirkan pemimpin bertaraf kelas satu. Tetapi itu dulu, yang mana kisahnya selalu disampaikan oleh guru-guru (termasuklah saya pada ketika ini) kepada anak muridnya. Tujuannya supaya anak murid begitu bersemangat menjadikan pemimpin Islam sebagai idola mereka dan bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Kini, jika ditanya siapakah pemimpin yang menjadi idola mereka sudah tentulah pelbagai, tanpa mengira parti atau kumpulan dari mana. Realitinya di Malaysia pemimpin negara dilantik melalui proses demokrasi atau proses pilihanraya (umum atau kecil). Kerancakan memilih pemimpin di pelbagai peringkat juga merentas sempadan subjek idola pemimpin yang pelbagai gaya yang tersendiri.
Mungkin idea memilih pemimpin yang berkarisma sangat subjektif, sukar dan kelabu (hitam atau putih) sama ada kita membuat penilaian berasaskan realiti atau persepsi yang tersendiri.
Sekadar berkongsi sedikit ilmu sila baca artikel saya (sila klik) Pilih Pemimpin Berkarisma di Utusan Online.com
SIAPA PEMIMPIN IDOLA ANDA? Boleh nyatakan di sini, sekadar perkongsian sesama kita.















