30 March 2009

Terima Kasih PERSEPSI


SEKALUNG penghargaan dari saya khas buat Persatuan Siswa Siswi Fakulti Pengajian Islam sesi 2008/2009. Meskipun hanya sempat bekerja bersama-sama PERSEPSI bermula pada Januari yang lalu tetapi mereka telah memberi komitmen yang sangat tinggi dengan pelbagai aktiviti khusus kepada pelajar FPI. Malah kejayaan FPI juga lebih menyerlah dengan merangkul pelbagai kejuaraan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Bukan mudah untuk menerajui seramai 650 orang siswa siswi, tetapi mereka membuktikan gabungan tenaga antara siswa siswi dan pentadbiran FPI mampu membawa ke puncak. Tanpa mereka, FPI tidak akan berdiri megah seperti yang ada pada hari ini. Terima kasih kepada seluruh jentera YDP, TYDP, Setiausaha & Timb.,Bendahari & Timb, semua exco dan AJK PERSEPSI.

Bengkel Kerjaya Graduan Siri 3










ALHAMDULILLAH...Syukur kerana Bengkel Kerjaya untuk bakal graduan dari kumpulan DPPI, DPSM dan DPIK berjaya dilaksanakan. Ucapan terima kasih kepada semua bakal graduan dan rakan trainer saya Ust Che Rimi Hussin. Semoga bakal graduan akan lebih bersedia menghadapi segala cabaran selepas tamat pengajian.

17 March 2009

Fakulti Pengajian Islam Terus Unggul.


Inilah rupa sepanduk JUARA FPI.


Tetap anggun dan bersopan walaupun dalam hujan...(macam kenal je)


Meskipun hujan tetapi masih tegap berdiri...(control hensem tu)

ALHAMDULILLAH...Syukur ke hadrat Allah SWT yang terus menyinari Fakulti Pengajian Islam KTIM dengan pelbagai kemenangan yang dirangkul pada tahun ini. Selepas menjuarai Sukan Antara Fakulti baru-baru ini, FPI terus unggul menjadi JOHAN dalam pertandingan mencipta sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat kolej. Kejayaan ini turut dikongsi bersama-sama seluruh siswa/i FPI dan akan terus menjadi "benchmark" melahirkan graduan yang berkualiti demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Sila klik Perarakan Maulidur Rasul

HUJAN DAN PANAS BERSAMA DIHARUNGI OLEH BARISAN PENSYARAH DAN SISWA SISWI KETIKA PERARAKAN MAULIDUR RASUL. JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KONTIJEN SUKAN FPI DAN PERPSEPSI (TEAM SEPANDUK-NOORULAZIAH DAN RAKAN-RAKANYA).

09 March 2009

Nenek Wan dilayan seperti sampah.


Kajian kemiskinan yang sedang dilakukan oleh saya bersama pelajar Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam mempertemukan dengan Nenek Wan.

Apa yang berlaku kepada Nenek Wan dapat dirumuskan seperti berikut:

  1. Pernah membuat permohonan kad pengenalan baru di JPM tetapi tidak berjaya-alasan JPM namanya sudah tiada ( pelik orang masih hidup tetapi nama di JPM sudah berkubur)
  2. Dapat bantuan dari MAINS sebanyak RM 100 sebulan-itulah yang digunakan untuk menyara hidup makan, minum dan rawatan ke hospital.
  3. Bil air sudah tertunggak sebanyak RM200.
  4. Rumah sewa sudah tidak mampu dibayar RM100 sebulan-diugut akan dihalau jika tidak mahu membayar sewa rumah.
  5. Sedang mengalami penyakit kronk seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.
  6. Menggunakan tongkat untuk bergerak kerana uzur, sudah berumur 76 tahun.

Sila baca di sini. Jerih payah warga emas. Kepada mereka yang bersimpati hulurkan bantuan kepada Nenek Wan, beralamat di Kg Tanjung Sena, Rembau Negeri Sembilan.

08 March 2009

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara-PPSMI



Perarakan kira-kira 5,000 penyokong perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) itu bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Namun, ia bertukar menjadi kecoh apabila penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.
Penyokong perhimpunan itu yang mula berkumpul sejak pukul 1 petang di Masjid Negara, kompleks beli belah Sogo dan Pasar Seni menjadi sukar dikawal apabila mereka berarak ke Istana Negara kira-kira sejam kemudian.

Bermula dari pekarangan Masjid Negara, kekecohan tercetus apabila ribuan penyokong yang berkumpul bertindak agresif merempuh halangan polis. Mereka berarak sejauh satu kilometer menuju ke Istana menerusi Jalan Syed Putra.

JALAN PENYELESAIAN SEGERA PERLU DILAKUKAN SEBELUM EPISOD AKAN DATANG MENJADI LEBIH PARAH.

Salam Maulidur Rasul

SAMBUTAN Maulidur Rasul atau Hari Keputeraan Rasulullah SAW bukanlah perkara asing bagi umat Islam di Malaysia. Uniknya sambutan perayaan ini diraikan dengan pelbagai acara yang bertujuan untuk memberi kesedaran generasi masa kini agar mencontohi akhlak terpuji Rasulullah SAW. Oleh kerana ianya sangat relevan terhadap peristiwa penting maka ianya dinobatkan sebagai cuti umum pada setiap tahun. Persoalannya apakah kita benar-benar menghayati sambutan ini atau hanya sekadar bercuti menghabiskan masa di rumah tanpa menelusuri signifikan meraikan hari yang bersejarah untuk umat Islam.

Semoga kita semakin dekat dengan Baginda SAW. Salam Maulidir Rasul.