25 September 2015

Singapura: Negara kecil tetapi nilainya tinggi

Pada 18-20 September yang lalu, saya bersama kumpulan pensyarah Akademi Pengajian Islam KUIM mengadakan Bengkel Pemantapan Pengajaran & Pembelajaran untuk pensyarah di Jamiyah Education Centre (JEC). JEC adalah salah satu unit dikendalikan oleh Jamiyah Singapore (Muslim Missionary Society Singapore (JAMIYAH) yang menjalankan aktiviti pendidikan. Untuk mengetahui lebih lanjut JAMIYAH sila baca di sini.

KUIM dan JEC telah menjalin kerjasama di bawah program Diploma Syariah Islamiyah ditawarkan kepada warga Singapura. Pada bengkel ini, saya membentangkan satu slot berkaitan Pedagogi dan ini memberi peluang untuk berkongsi pengalaman bersama pensyarah JEC.

Selama 3 hari di sana tidak dapat banyak lawatan di lakukan kerana kekangan masa. Dalam masa sama kawasan di Marina Sand dan Merlion tidak dibuka kerana ada perlumbaan F1. 

Mungkin anda pernah dan sering mendapat info mengenai Singapura dari pelbagai perpektif. Jika Singapura dikaitkan sebagai sebuah negeri "kota hiburan" memang ianya tidak keterlaluan. 

Dari sudut pandang saya yang hanya beberapa jam di sana, saya boleh kongsi beberapa aspek mengenai negara kecil ini tetapi bernilai tinggi. (Info ini hasil temu bual/ borak-borak sambil jalan) dengan pensyarah JEC di sana ketika jamuan makan, sambil berbengkel dan lawatan. Umpamanya:

1. Sepanjang laluan perjalanan dari Tuas checkpoint saya tidak ternampak gambar pemimpin kerajaan Singapura. Apatahlagi lagi lambang parti kerajaan dan berkaitan dengannya.

2. Singapura mempunyai sistem lebuhraya tanpa tol. Memang tidak ada TOL. Tetapi saya dimaklumkan roadtax sana mahal. Cuma tak dapat kepastian berapa mahalnya roadtax.

3. Saya dimaklumkan jika ingin membeli kenderaan, pembeli mesti sediakan wang deposit sekurang-kurangnya 40% dari harga kenderaan. Maknanya, kalau harga kenderaan SD100 ribu, wang deposit SD 40 ribu.

3. Harga rumah memang antara SD 300 ribu bagi sebuah apartment, tapi itu pilihan yang baik juga jika berada di lokasi strategik. Lengkap dengan sistem kenderaan awam MRT, bas dan teksi.

4. Segala jenis daging dari Malaysia tidak dibenarkan dibawa masuk ke Singapura. Mereka import dari negara Australia atau Belanda. Mengapa? Dikatakan untuk menjaga kualiti dan kebersihan dari sebarang ancaman virus/penyakit.

5. Tetapi, yang paling saya berminat ialah bagaimana respon penduduk Islam terhadap kewangan dan perbankan Islam di sana? Saya terjumpa kajian Makhtar & Izan (2010) yang membuat ulasan kajian dari pelbagai negara. Mereka merujuk kajian Gerard dan Cunningham (1997) di Singapura yang memilih responden di kalangan pengguna keretapi bawah tanah untuk mengkaji persepsi mereka terhadap perbankan Islam. 

Dapatan daripada kajian tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara orang Islam dan bukan Islam di Singapura apabila mereka memilih perkhidmatan yang cepat dan efisyen sebagai faktor paling penting dalam pemilihan bank. Keyakinan terhadap bank menjadi faktor kedua bagi responden Islam dan faktor ketiga bagi responden bukan Islam. Responden bukan Islam memilih pulangan yang tinggi dari akaun simpanan sebagai faktor kedua penting. Keyakinan terhadap pengurusan bank merupakan faktor faktor ketiga bagi responden Islam, manakala responden bukan Islam menganggap faktor tersebut sebagai keempat penting. Faktor keempat penting bagi responden Islam ialah kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan. Kedua-dua golongan ini memilih reputasi dan imej bank sebagai faktor kelima penting.

Perkembangan kewangan Islam boleh dirujuk dalam Islamic Finance News di sini IFN.

Rujukan:



Gerrard, P., & Cunningham, J. B. (1997). Islamic banking: a study in Singapore. International Journal of Bank Marketing, 15(6), 204–216.
Mahamad, M., & Tahir, I. M. (2010). Persepsi pelanggan bukan Islam terhadap perbankan Islam : Satu kajian rintis. Jurnal Kemanusiaan, 16(Disember), 2010.
Ulasan saya: Kajian tersebut dijalankan pada tahun 1997, keadaan sudah berubah pada tahun 2015. Jika ada kajian boleh kongsi bersama.


Info ringkas persediaan untuk ke Singapura:

1. Pastikan ada passport yang masih valid (sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh).
2. Tukar duit Dolar Singapore lebih awal di Malaysia. Nilai RM pada 19 September semasa tukar di Senawang ialah 1Dolar Singapore=RM3.045
3. Jika bawa kenderaan sendiri pastikan bawa salinan roadtax dan geran.
4. Pastikan kenderaan ada autopass (boleh dapat di imigresen), cashcard dan kupon parking (boleh dibeli mana-mana tempat jualan).


Jalan masuk ke Tuas melalui Link ke 2
Masih berjerubu

Di hadapan restoran JS Work & Grill, salah satu bisnes Jamiyah

Suasana jalan Geylang waktu pagi

Di hadapan pasar Geylang

Jalan Geylang

Persediaan bengkel

Taklimat awal bengkel

Mula pembentangan







Inilah bangunan Jamiyah

Pasar Geylang Serai

Dikatakan banyak jualan tudung di sini.

Di hadapan JEC tingkat 4, pejabat,bilik mesyuarat, kelas dll untuk kegunaan kelas.


Salah satu apartmen di Singapura. Kebanyakan "parking" dalam bangunan. Bangunan di cat 5 tahun sekali, jadi nampak sentiasa baru.

Masjid Sultan


Di hadapan Masjid Sultan

Bahagian dalam Masjid Sultan



Pintu masuk ke masjid



Stadium Singapura, siap berbumbung.

Kawasan beli belah, restoran dengan rekabentuk bangunan lama

Dikatakan murtabak popular di sini, Restoran Zam Zam..ada "drive thru"

Pandangan dari jauh Gardens by the Bay



08 August 2014

Keberanian Malaysia bimbangkan Israel

Artikel saya di Utusan Malaysia, 8 Ogos 2014.


Baca lanjut di sini

13 July 2014

Apa yang boleh, wajar dan harus untuk bantu umat Islam?

Artikel disiarkan di Utusan Malaysia pada 12 Julai 2014. Baca di sini