12 November 2008

Melayu Paling Ramai Miskin...Jom bantu Si Miskin


Gambar sekadar hiasan-Tidak menjadi ukuran sama ada rumah ini juga dihuni oleh orang Melayu.

Utusan Online hari ini melaporkan dengan tajuk besar "Melayu paling ramai pendapatan bawah RM1,000". Meskipun pahit untuk diterima tetapi ini merupakan hasil kajian oleh Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.

Post ini bukan bertujuan untuk berdebat dan menolak hasil kajian yang dilaksanakan oleh JPM tetapi sebagai "loceng amaran" bahawa kita sudah tidak boleh lagi dibuai mimpi tentang ketuanan Melayu semata-mata, tetapi segerlah mencari mereka yang dimaksudkan di dalam kajian di atas.

Agensi-agensi membasmi kemiskinan terutama di bawah Majlis Agama Islam Negeri, Syarikat GLC (yang sentiasa mendabik dada dengan keuntungan berbilion ringgit), seterusnya pemimpin dan parti Melayu (UMNO,PAS,PKR) tunggu apa lagi? Bukankah pintu amaran kemiskinan sudah terbuka luas. Gerakkan seluruh jentera yang melaungkan slogan demi Melayu dan Islam untuk membantu mereka semua.

Tiada lagi alasan lapuk dan streotaip bahawa data kemiskinan tidak lengkap, tiada laporan kemiskinan yang diajukan kepada JKKK, peruntukan tidak mencukupi atau apa sahaja alasan lain untuk melengah-lengahkan lagi kerja-kerja menamatkan sejarah si miskin, JOM BANTU SI MISKIN.

11 comments:

Brahim Nyior said...

Sdr Rahisam,

Hakikatnya begitulah. Cuma sering ditonjolkan dalam drama, orang Melayu ni kaya-kaya, hebat.

Banyak drama kita memaparkan kehidupan golongan elit, walhal realitinya tidak.

Melayu wajar dibantu sebab bangsa kita ramai yang miskin.

Andainya pemimpin kita tidak gila kuasa, tentu usaha membangunkan bangsa tercapai.

"Membangunkan bangsa?"
Retorik jer semua tu... Semua pemimpin Melayu dah mula kejar pangkat, harta dan kuasa.

mizbi said...

salam ustaz.

ana stuju dengan frasa brahimnyior
"Andainya pemimpin kita tidak gila kuasa, tentu usaha membangunkan bangsa tercapai."

pemimpin kita yang memerintah sekarang bukan tak tahu, tapi buat-buat tak tau.

banyak duit2 yang boleh bantu rakyat digunakan ke arah jalan yang yang salah. mcm maklumat yang ana dapat mengenai pembelian eurocopter, malaysia beli terlalu mahal berbanding negara lain.

belum kira pembelian kapal selam dulu. komisyen lebih byk dari harga kapal selam. jamuan2 mewah. macam2 lagi la.

rakyat semakin sengsara,
pemimpin terus bergembira,
rakyat semakin papa,
pemimpin kaya-raya.

Pok Li said...

Bermula lah dengan membantu saudara mara kita yang miskin dan memerlukan bantuan,sudah pasti yang dibantu akan teguh, kuat dan mampu membantu yang lain pula. Sudah sampai masa dan ketikanya kita bukan bersifat 'retorik' tetapi 'praktikal'. Buanglah sifat Melayu yang suka dengki, iri hati, suka melihat orang lain jatuh dan tidak suka melihat orang lain lebih.

Unknown said...

tunggu pilihanraya lagi satu mungkin depa nie dapat perhatian sikit kot, kalau sekarang nie suruh sesiapa pun diaorang buat tak tahu jer........

Halim Azr said...

Banyakkan bersedekah dan berkongsi sesama islam...

www.ceritaemas.blogspot.com

akuduniaku said...

salam


saya setuju dengankomen PokLi selagi dengki dan riri wujud dalam hati melayu sesama melayu mmg ta kan kurang kemiskinan itu..hurm..

tp si miskin pun kne ambli langkah untuk ubah diri juga..

Unknown said...

Salam Sdr Rahisam,

"Sudah sampai masa dan ketikanya kita bukan bersifat 'retorik' tetapi 'praktikal'".

Saya setuju sangat dengan pendapat PokLi. Ada dua cara bantuan boleh diberikan:

1. Beri bantuan kewangan secara langsung
2. Beri bantuan untuk membolehkan mereka menjana dan meningkatkan pendapatan

Saya lebih suka cara kedua, kerana kalau beri bantuan wang langsung, bila wang habis digunakan, habislah manfaatnya.

RAHISAM RAMLI said...

Suadara Brahimnyior-Drama tetap drama, aksi si kaya yang sering menjatuhkan orang lain,aksi si miskin sering ditindas tetapi tiada jalan penamatnya.

Anakanda Iqbal-krisis politik tanahair menjadi peluang bangsa lain mengambil kesempatan menuntut pelbagai permintaan, siapa pula yang mengangkat pemimpin gila kuasa melainkan para pengundinya sendiri.

Saudara Pok Li-terlalu banyak retorik menjadikan kita banyak bercakap daripada bekerja. Moga Melayu sedar dimana mereka sebenarnya.

Saudara Pendekar-Memang pilihanraya sebagai loceng amaran yang menandakan Melayu perlu anjakan paradigma, jangan terlalu selesa dengan ketuanan Melayu semata-mata.

Saudara halim azr-Saya setuju berkongsi kekayaan bermakna mengurangkan jurang kemiskinan. Salam Perkenalan.

Saudara akuduniaku-si miskin memerlukan bantuan dan dorongan agar mereka mampu melakukan perubahan, tidak boleh mengharapkan si kaya datang membantu.

Saudara Razali Razman-saya setuju juga kaedah kedua tetapi mekanismanya mesti benar-benar mencapai objektif mengeluarkan si miskin dengan menambah pendapatan. Agensi-agensi berkaitan mesti sama-sama bergerak ke arah itu.

Afiq said...

Bantulah mereka yg di dalam kesusahan... kasihan mereka yg terdesak untuk melalui kehidupan...
Masih lagi di dalam kancah miski n dinegara sendiri! Sedangkan pemimpin terus mewah dan rakyat ada yang tidak makan....

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.