18 July 2009

Baik buruk di tangan kita

APABILA diaju soalan kepada kita mengenai pasukan bolasepak pilihan anda- MALAYSIA atau MANCHESTER UNITED yang akan beraksi dalam perlawanan persahabatan malam esok pasti kita akan mendengar kedua-dua jawapan. Setiap pasukan mempunyai keunikan (bukan baik buruk) mereka tersendiri. Berapa jaringan akan masuk ke gawang gol..terpulang kepada kesungguhan dan persembahan terbaik dari kedua-dua pasukan.

H1N1 terus menyerang dengan senyap...kepada semua warga Akademi Pengajian Islam KUIM khasnya, sila laporkan sebarang tanda-tanda kepada Bahagian HEP dengan segera. Vaksin H1N1 hanya kemungkinan berada dipasaran pada bulan September. Tetapi, kita semua wajar mengambil tindakan drastik terutama warga kampus yang duduk bersama semua pelajar yang disyaki mempunyai tanda-tanda H1N1.

Berita luar negara yang menjadi pilihan entry ini adalah mengenai masyarakat Uighur dan Han di wilayah Xinjiang China, puak berbeza tetapi Agama yang sama iaitu Islam. Rusuhan kaum meletus kerana banyak faktor. Antara lain kerana ada yang dipinggir (sehingga terasa dihapuskan) dari pelbagai kemewahan di negara tersebut. Malaysia masih bernasib baik (mudah-mudahan dilindungi Allah SWT ) daripada kejadian-kejadian yang boleh menggugat keamanan dan rasa harmoni (meskipun diselubungi konflik) kerana baik atau buruk kita sendiri yang merancangnya. Jika baik perancangan maka kita merancang untuk terus mendapatkan kebaikan, begitulah sebaliknya.

Sekadar bertanya-adakah kita perancang yang baik?

30 June 2009

Memilih yang terbaik

KETIKA laporan Berita Harian mengenai pelajar baru yang mendaftar di IPTA mencatatkan seramai 60,000 orang di peringkat lepasan SPM/STPM/Diploma menggambarkan sesi pengajian sudah bermula. Yang gagal masih berusaha membuat rayuan. 65 peratus pengajian peringkat Ijazah Pertama terdiri dari wanita, bakinya adalah lelaki.

Situasi lain-apabila pihak majikan mendapati ratio bilangan pekerja wanita melebihi kaum lelaki maka pencarian calon lelaki untuk mengisi jawatan di pelbagai bidang terlalu sukar hingga tiada pilihan lain mengambil kaum wanita. Keadaan demikian mempunyai kaitan dengan sistem pendidikan nasional yang melayakkan persaingan gender menjadikan lelaki seolah-olah menjadi kaum minoriti.

Itu belum lagi pemilihan pelajar terbaik di peringkat IPT sendiri meskipun ada calon daripada kedua-duanya namun jumlah yang tersenarai untuk dicalonkan sebagai yang terbaik adalah kaum wanita juga.

Masa untuk memilih yang terbaik memang sukar. Apatah lagi untuk menjadi yang terbaik sangat memerlukan kemahiran memahami dua gender yang mempunyai kelebihan masing-masing.

26 May 2009

Mogok lapar atau puasa


Gambar mereka yang berebut wang zakat. Untuk apakah wang tersebut selain daripada membeli makanan?.

Pernah beberapa kali anak-anak kecil saya merajuk tidak mahu makan kerana saya tidak memenuhi keinginan mereka. Meskipun lauk pauk sudah terhidang di depan mata, bila melihat muncungnya mulut dan mata mereka menjeling serta menyorok dibelakang pintu, saya pasti caranya hanya satu-kita janji akan memenuhi apa sahaja kehendak mereka. Tujuan supaya mereka tidak mogok lapar.

Di mana-mana negara , tanyalah kepada sesiapa pun-samada orang bandar atau orang kampung, makanan merupakan sumber keperluan asas yang sangat penting. Tanpa makanan kita tidak mampu bekerja, apatah lagi bekerja adalah ibadat mulia menurut perspektif Islam. Namun begitu, kita disunatkan untuk berpuasa, wajib kepada mereka yang perlu kepada proses pembedahan/perubatan dan hanya diwajibkan berpuasa ketika bulan Ramadhan. Kesemua jenis puasa dalam Islam meskipun berbeza hukum tetapi bertujuan menjaga kesihatan dan mengelakkan kemudaratan.Tujuannya sangat murni-kerana Allah SWT.

Isunya, sama ada mogok lapar (maksudnya tidak memakan seperti lazimnya orang biasa untuk tempoh tertentu sebagai amalan menunjukkan protes/menyampaikan mesej tertentu yang ditujukan kepada pihak tertentu) bukanlah ibadat kerana bukankah ianya boleh menjejaskan kesihatan? Bahkan ia dibuat apabila ada keadaan yang tidak menggembirakan, tanda protes dan jauh dari kemurnian untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Perbuatan yang boleh membawa natijah tidak baik sangat ditegah dalam Islam, apatah lagi yang boleh menjejaskan produktiviti untuk bekerja mencari peningkatan ekonomi ummah. Mogok lapar bukanlah bertujuan untuk beribadat tetapi kepada memenuhi nafsu duniawi semata-mata. Idea ini sangat jauh menyimpang dari paksi kemurnian mensyukuri nikmat Allah SWT dalam pemberian rezeki kepada hambaNya.

Sekadar bertanya-berapa lama kita mampu berlapar-berpuasa juga ada tempohnya, tips dan syarat-syarat berpuasa. Mogok lapar bagaimana?

03 May 2009

Kerana binatang...


SAMAADA JE, Nipah atau selsema babi semuanya berpunca akibat mutasi virus daripada binatang yang sama. Apabila Mesir bertindak menghapuskan haiwan itu yang dilihat membawa mudarat kepada manusia, rupa-rupanya mengundang kebimbangan bahawa industri ternakan itu dilihat sebagai ancaman. Kini WHO menamakan wabak ini sebagai Influenza A pula dengan alasan kesan bahaya wabak bukan dari babi. Nama saintifik ini memanglah menyedapkan telingan yang mendengar, meskipun wabak ini sudah sampai ke tahap 5 bintang ( paling tinggi ialah 6).

Pada waktu yang sama kerana binatang juga menjadi pertelagahan manusia. Di Malaysia, kerana ayam yang mempunyai harga seperti saham yang adakalanya turun dan naik sangat tidak logik. KPDNHEP pula desak harga ayam diturunkan kerana kenaikan antara 40sen hingga 60 sen sangat ketara. Tetapi tidak diendahkan oleh persatuan penternak dengan alasan mereka yang tersendiri. Ada alasan seperti monopoli lesen permit import (AP) menjadi puncanya.

Kedua-dua kes di atas sama saja kerana binatang lah kita menjadi tidak tentu hala dan mula menyalahkan antara satu sama lain.