17 November 2008

Bancian Melayu Miskin.



Utusan Malaysia Online membuat bancian mengenai kemiskinan Melayu yang mempunyai pendapatan RM1000 ke bawah sebulan.

Lebih 300,000 isi rumah Melayu hanya berpendapatan bawah RM1,000 sebulan. Apa sudah jadi?

A. Usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi Melayu tidak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh. 10.7% (459)

B.Langkah-langkah merangsang ekonomi Melayu hanya gah di atas kertas sedangkan manfaatnya tidak sampai ke akar umbi. 43.2% (1856)

C. Ada pihak mengambil kesempatan untuk mencipta kekayaan sendiri. 29.1% (1252)

D .Bangsa Melayu tidak ada potensi untuk meningkatkan ekonomi diri walau diberi bantuan. 17.0% (732)

Jumlah Undi: 4299

Sumber: Utusan Malaysia Online. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/poll/999782.htm. 17 November 2008

MEMETIK sumber dari Utusan Malaysia Online, sekadar bancian mengenai isi rumah Melayu yang hanya berpendapatan kurang RM1000 sebulan. Meskipun ianya sekadar bancian tetapi menjadi asas kepada masalah orang Melayu yang memang perlukan bantuan.

Agensi-agensi bantuan pula janganlah hanya menunggu laporan demi laporan, atau menunggu si miskin ni datang mengisi borang permohonan dan proses kelulusan macam menunggu buah yang tak gugur. JKKK pula akan beri alasan lain akhirnya kesemua alasan tersebut boleh jadi kompilasi miskin dalam satu album.

Apa tunggu lagi, turun padang dan bantu si miskin segera sebelum bancian ini ditutup untuk menyiarkan masalah yang lain pula.

Bancian di atas dilihat puncanya pada bahagian B iaitu Langkah-langkah merangsang ekonomi Melayu hanya gah di atas kertas sedangkan manfaatnya tidak sampai ke akar umbi. 43.2% (1856)

Soalnya- bukan siapa betul siapa salah, tetapi agensi bantuan kenalah proaktif lagi agar mereka juga boleh hidup senang di bumi bertuah Malaysia ni.

3 comments:

Unknown said...

Sdr Rahisam

Satu perkara menarik ialah ramai juga yang menjawab

C. Ada pihak mengambil kesempatan untuk mencipta kekayaan sendiri. 29.1% (1252)

Ini bermakna ramai menganggap wang yang diperuntukkan untuk membangunkan ekonomi golongan miskin dipesong untuk tujuan lain. Benar atau persepsi sahaja? Sukar untuk orang biasa seperti kita menentukan.

Khazaimi said...

Cukup menginsafkan...apa sudah jadi?.. dengan Melayu. Tidak ada orang lain yg boleh membantu kecuali diri kita sendiri. Need to change mindset.

RAHISAM RAMLI said...

Salam Razali- semua bancian itu menjadi tanda awal perlunya langkah-langkah kawalan yang dijamin membantu golongan miskin tercapai.

miepekan-Kita lebih prihatin nasib Melayu kerana kaum ini dilihat sering terpinggir dari arus kemajuan, sedangkan kita selalu gah dengan slogan "Takkan Melayu Hilang di Dunia"