19 November 2013

Nampak mudah tapi sukar.

Selesai sudah bengkel khutbah di JB. Dari kanan. Dr Akmal UM dan orang kuat JAWI Ust Mohd Nizam. Isu teks khutbah memang tak mudah diselesaikan. Menyiapkan teks saja ambil masa 2-3jam (bagi penulis pro) tetapi hanya hanya perlu dibaca dalam tempoh 5 minit sahaja.

MINGGU ini bermula seliaan paling ramai dalam sejarah  48 orang pelajar semuanya yang wajib diselia. Walaupun hanya di Negeri Sembilan tapi banyak tempat mereka praktikal hingga mengambil masa 5 hari untuk diselesaikan. Namun selia bukan sekadar selia, tetapi pelbagai ilmu dan pengalaman boleh dikongsi selama tugasan ini.

Mualaf dan bantuan. 

Perkara menarik berkenaan mualaf dikongsi bersama dengan Ustazah Martilla (graduan KUIM) di Pusat Dakwah Paroi. Cabaran besar katanya, bila berhadapan dengan mualaf yang mengharapkan bantuan segera. Ada kalangan mereka anggap masuk Islam umpama lesen mohon bantuan. Mudahnya menerima bantuan jika sudah melafazkan shahadah. sedangkan bila sebut saja mualaf maka terbayang golongan yang masih lemah dan mahu mendalami Islam. Bila dengar saja mualaf, kita faham mereka sudah mendapat hidayah Allah SWT bukan kerana mahukan bantuan material, tetapi minda menagih bantuan masih terpahat. Benarkah kita tidak menjaga kebajikan mereka? Institusi berkenaan lebih faham bagaimana situasi genting yang mereka hadapi berbanding kita yang hanya melihat dari jauh.
 
Nikah dan cerai.

Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan tersergam indah di Bandar Sri Sendayan, lebih kurang 6km dari ibu negeri-Seremban. Landskapnya yang first class, reka bentuk dan kemudahan awam yang membanggakan sebagai umat Islam menyerlahkan keindahan alam bekas tanah ladang Felda Sendayan dan LBJ. Bukan soal keindahan bangunan yang hendak dikongsikan tetapi, sumber menyatakan kes-kes membabitkan perceraian di daerah Seremban sahaja meningkat saban tahun. Sedangkan di luar sana program agama, ceramah, summer camp ibubapa dan entah berapa banyak lagi iklan menarik orang awam kepentingan pengurusan rumahtangga. Mungkinkah pasangan pada zaman kini sukar menikmati kebahagiaan rumahtangga kerana ada perkara lain yang lebih utama? Mungkinkah institusi berkenaan masih belum menyuntik elemen keindahan perkahwinan, sebagaimana indahnya bangunan-bangunan Islam yang gah berdiri. Nampaknya ruang-ruang lompang masih banyak perlu diberi perhatian oleh kita, walaupun sekadar menyampaikan satu ayat sahaja.

1 comment:

zarinasachen said...

Get the Best Welcome Bonus at Casino Roll
When you sign 힘숨찐챌린지 up to a casino roll account, you'll be in luck if you use this bonus for up 22bet to $10,000. This 벳썸 도메인 bonus is valid only 바카라배팅전략 to new and existing 카 심바 players. What you'll