Berhenti di Merapoh sebelum sambung perjalanan ke Kota Bharu Kelantan. Ini perjalanan kali kedua ke Kelantan dan Terengganu pada 2-5 November 2013 |
Rantau Panjang yang sesak dan padat tapi tetap menjadi tumpuan orang ramai. |
Alhamdulillah selepas percubaan kedua pembentangan proposal PhD bertajuk Aplikasi Musharakah Mutanaqisah dalam pembiayaan perumahan secara Islam: Kajian perbankan Islam di Malaysia diluluskan oleh panel Jabatan Syariah. Nampaknya dari bidang zakat beralih ke bidang kewangan Islam yang amat baru bagi saya. Maka proses selanjutnya ialah membuat kajian lapangan temubual bersama para pegawai-pegawai bank yang menawarkan produk MM.
Lazimnya percubaan kedua lebih baik berbanding percubaan pertama. Apatahlagi jika gagal pada kali pertama tidak bermakna ia telah berakhir. Begitu jugalah dalam hidup kita. Sunnatullah menjadikan usaha merupakan amalan yang perlu dijadikan sebahagian hidup Muslim.
Allah SWT menegaskan menerusi surah al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya pertolongan Allah berserta dengan orang yang berusaha membaiki amalannya".
Selepas selesai proposal, anak-anak pun dah habis peperiksaan akhir kami sekeluarga buat trip kali kedua ke negeri Kelantan dan Terengganu. Kali ini ikut Highway Karak melalui Gua Musang terus ke Kota Bharu. Bezanya perjalanan kali ini lebih yakin berbanding pada kali pertama dulu yang mengambil masa 12 jam perjalanan. Tapi kali ini sampai di Kota Bharu mengambil masa lebih kurang 10 jam. Hari ketiga terus ke Batu Rakit Terengganu dan bertolak balik pada hari ke empat. Sempat berjumpa sahabat lama Jamali Zamani yang sudah mempunyai 5 orang anak kini menetap di Dungun.

Pada hari ini juga sedang menghadiri bengkel penyediaan teks khutbah anjuran JAWI di Grand Sentosa Hotel Johor Baharu. Tahun ke 3 menjadi panel penulis khutbah, cabaran kali ini khutbah lebih ringkas, padat dengan tajuk baru. Bantuan panel jawatankuasa rasanya teks khutbah makin lebih baik dan sesuai dengan kehendak semasa.
Along-Nurul Syafiqah anak pertama sedang menunggu keputusan UPSR ditemani uminya di sekolah. Semoga mendapat keputusan cemerlang dan diberkati Allah.

No comments:
Post a Comment