02 December 2013

Bersungguhkah kita dalam semua hal yang membabitkan Islam?

(Kiri-ke kanan) Moderator dan para panel Seminar Muamalat Islam di Selangor. Prof Dr Ahamed (UIA) menjadi tumpuan saya yang menjelaskan konsep Musyarakah Mutanaqisah (MM) dalam pembiayaan rumah. Adakah institusi perbankan Islam bersungguh-sungguh menawarkan produk Islam atau bersungguh-sungguh meraih laba? Respon dari para hadirin majoritinya masih melihat bank bersungguh-sungguh meraih laba berbanding membantu umat Islam.

Inilah tajuk yang dinanti-nantikan berkaitan dengan tesis PhD saya. Respon dari ketua syariah CIMB tentang produk Musharakah Mutanaqisah sudah saya jangka. Isu kadar untung yang rendah berbanding lain-lain konsep seperti BBA yang sudah lama meraih laba kurang mendapat perhatian mereka, bahkan disebabkan status HALALAN TOYYIBA menjadikan harganya mahal? 

Tangga menaiki pejabat BaitulMal di tingkat 1 daerah Tampin. Ketika turun saya terserempak dengan seorang lelaki warga emas, sedang menyedut alat  inhaler (bawah). Katanya, ingin menghantar surat sakit ke Baitul Mal. Dengan kudratnya sendiri, dia enggan dibantu, terus mendaki anak tangga dengan kaki menggigil digagahnya juga. Pasti bantuan itu sangat besar nilainya.

Saudara Hatta (baju merah) bekas pelajar KUIM di pusat kaunseling Bahau dan pelajar sedang praktikal (baju hijau). Pusat kaunseling ini bersungguh-sungguh mengamalkan 5s, hasilnya bilik tingkat 1 kelihatan sangat teratur dan tenang menerima pelanggan.

Ketika menyelia pelajar praktikal di Masjid Bandar Seri Menanti, Pejabat Agama Islam daerah Kuala Pilah sedang mengadakan program kepada para pelajar sempena cuti sekolah secara percuma. Aktiviti keagamaan nampaknya diadakan dengan bersungguh-sungguh meskipun diberitahu oleh salah seorang pegawainya-mereka kekurangan kakitangan untuk mengendalikan lebih banyak program.

No comments: