04 June 2008

Tingkatkan income kita!


Pengumuman harga petrol dan diesel. Ini bukan soal naik berapa sen seliter.Tetapi fikir di luar kotak (luar pam minyak le!) bagaimana menaikkan sumber pendapatan kita dengan lebih tinggi berbanding dengan harga petrol.

PUTRAJAYA 4 Jun — Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Bercakap pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.

Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Kenaikan ini yang tertinggi selepas kenaikan terakhir pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol dan diesel, masing-masing kepada RM1.92 dan RM1.58 sen seliter.

Masa untuk berjimat atau berjimat untuk setiap masa?



Spekulasi kenaikan harga bahan api dan dasar penstrukturan semula subsidi oleh pihak kerajaan menjadi topik HANGAT minggu ini. Pelbagai pandangan dan kaedah diutarakan bagi menangani situasi yang akan mengubah cara kita berbelanja untuk keperluan harian.

Soalnya, adakah ia perlu berlaku atau lebih baik rakyat di negara ini terus diberikan subsidi (tidak kira kaya atau miskin ).

Berjimat pada setiap masa adalah amalan yang senantiasa dikenalpasti sebagai kaedah terbaik dalam apa-apa situasi yang berlaku. Berjimat bukan lagi satu perkataan untuk menunjukkan amalan yang baik tetapi menjadi formula ekonomi yang mampu menyeimbangkan antara permintaan dan penawaran.
Apa pun yang akan terjadi sementara kerajaan mengumumkan dasar subsidi terbaru, teruskanlah amalan berjimat yang telah pun kita amalkan semenjak dari dulu lagi. Ia tidak boleh dijadikan amalan pada waktu tertentu sahaja kerana BERJIMAT PADA SETIAP MASA adalah cara hidup sebagai MUSLIM SEJATI.

03 June 2008

Jom masuk FPI KTIAM


Bentuk Al-Quran di atas rehal adalah melambangkan asas-asas pengajaran yang berpandukan kitab Allah kerana segala ilmu pengetahuan yang terdapat di dalamnya
Rehal melambangkan wadah atau tempat di mana Kolej menyediakan segala kemudahan pendidikan.

Simbol tiga lingkaran berbentuk bujur melambangkan ilmu Sains dan Teknologi Islam yang hidup dan berkembang maju selaras dengan tuntutan Agama Islam.
Motabot melambangkan KTIM sentiasa mengutamakan kecermelangan ilmu yang disampaikan.
Empat warna digunakan di dalam logo iaitu :-

Warna merah melambangkan Kolej Teknologi Islam Melaka yang dinamik.
Kuning melambangkan keagungan dan kedaulatan agama islam.
Ungu bermaksud lambang kegigihan, bersatu-padu, efisien dan intelektual.
Putih melambangkan kemurnian ilmu dan kesucian ajaran agama islam yang ingin diterapkan kepada pelajar.

Pilih yang mana satu dekat di hati anda.Jangan bimbang semuanya telah diiktiraf oleh MQA (dahulu dikenali sebagai LAN)
Program yang ditawarkan di FPI:

1. Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam
2. Diploma Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia
Sumber Manusia
3. Diploma Undang-undang dan Syariah
4. Diploma Kaunseling
5. Diploma Kewangan Syariah

Graduan lembik, tidak bermaya?


Isu mengenai graduan tempatan tidak berkualiti memang telah lama ditimbulkan lebih-lebih lagi ketika negara cuba mengisi tempat pekerjaan untuk mereka. Banyak faktor-faktor yang cuba dikaitkan kenapa graduan susah nak dapat kerja sekarang. Antaranya faktor paling popular ialah kerana kelemahan menguasai Bahasa Inggeris, keputusan CGPA terlalu rendah, tidak ada kemahiran dan pengalaman kerja serta pelbagai lagi faktor yang dilemparkan kepada mereka.

Harapan semua pihak termasuk ibubapa, majikan, pensyarah dan kerajaan sendiri mahukan graduan ini akan mendapat kerja yang bagus, bergaji lumayan (sekurang-kurangnya setaraf dengan kelayakan), tidak menjadi penganggur bertauliah :) dan akan menyumbang tenaga untuk diri, keluarga dan negara. Persoalannya sampai bilakah kita asyik terlalu melemparkan banyak andaian negatif dan membuka kelemahan graduan tempatan.

Bukankah kita semua wajar membantu, mendorong, memotivasi, mencari idea dan melibatkan mereka dalam dunia luar yang lebih mencabar ketika ini. Hentikan segala perbandingan graduan tempatan atau luar negara yang mana lebih berkualiti. Lebih baik kita menumpukan usaha-usaha ke arah menganjak kualiti bakal graduan ini seiring dengan cabaran global.
Kepada graduan (especially DPPI dan FPI KTIAM) jangan cepat putus asa, teruskan usaha untuk mencari pendapatan sendiri. Ingat bahawa rezeki Allah SWT sangat luas di bumi ini.

02 June 2008

Selamat Hari Guru 2008



16 Mei 2008. Apa yang istimewa bagi saya tentang Hari Guru 2008 tahun ini?. Ada sedih dan gembira. Ok yang menjadikan saya gembira adalah kerana hari ini juga artikel saya disiarkan di dalam Utusan Malaysia. Tak sangka dapat masuk juga walaupun sebenarnya saya tak confident masuk ruangan hari ini sebab dah lewat email kepada Utusan Malaysia.

Selain itu banyak ucapan selamat hari guru daripada pelajar-pelajar terutamanya daripada DPPI sendiri. Terima Kasih kerana masih ingat pada saya yang entah apa-apa ni. Keduanya saya rasa sedih sebab pelajar glorious DPPI 6 yang tak serik-serik dengan program gila-gila mereka, sekali lagi buat gempak! Sambut Hari Guru bersama mereka di DS1 pada jam 5.30 petang. Ada potong kek, nyanyian, ucapan dan makan bersama-sama. Ya mereka ini memang istimewa bagi saya kerana susah senang DPPI 6 tak pernah berenggang dan saling membantu antara satu dengan yang lain.

Terima kasih DPPI 6...kalau ada masa tahun depan buat lagi!

Glorious Victorious



Tarikh yang menjadi kontroversi!17 Febuari 2008, program kemuncak anjuran DPPI 6 yang paling HANGAT. 17 pelajar DPPI 6 bergabung untuk menguji fizikal dan mental warga FPI (ini bukan hari keluarga ye..saya namakan ia KEMBARA ILMU). Lokasi di Taman Malaysia Seremban, sebuah kawasan yang menggerunkan (bagi yang lemah semangat la).10 tugasan yang perlu diselesaikan. 3 jam tempoh diberikan.

Ada 10 kumpulan, 80 pelajar DPPI dengan disertai 12 pensyarah. Untuk merebut tempat pertama sebagai JUARA GV. Akhirnya (kumpulan mana yang juara ye?)...Semua teruja, seronok dan sporting.

TERIMA KASIH DPPI 6 kerana menggembirakan kami semua. Saya pasti seluruh DPPI akan kenang Glorious sampai bila-bila. Tahun depan buat dekat mana pulak?

Selamat Maju Jaya DPPI 6


Hari Bersejarah buat DPPI 6. Pada 16 Mei 2008,tamatlah pengajian 17 orang pelajar DPPI 6. Mereka ini akan memulakan hidup baru sebagai seorang graduan sama ada akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPT atau sebagai tenaga kerja yang berkhidmat mencurahkan idea, tenaga dan segala-galanya untuk memartabatkan AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU dan NEGARA MALAYSIA.

Secara peribadinya saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kalian kerana sepanjang 3 tahun berada di sini kamu telah banyak memberikan keceriaan kepada DPPI khasnya, terutama dengan program-program kamu yang HANGAT tu (sem 5 paling sibuk siang dan malam, lari ke sana sini), juga untuk pelajar FPI sendiri mahu pun kepada masyarakat luar.

Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.SEMOGA BERJAYA dan LEBIH GLORIOUS DI LUAR SANA.

* mereka inilah yang menjadi pelopor glorious victorious YANG SANGAT KONTROVERSI

Bengkel Kerjaya Graduan 2008


Pada 13 Mei lalu saya bersama Ust Che Rimi Hussin telah mengendalikan satu Bengkel Kerjaya Graduan 2008 di FPI KTIAM. Ianya diadakan khas kepada pelajar tahun akhir FPI. Hanya pelajar DPPI (12 orang) dan DPSM (2 orang) yang menyertai bengkel ini. Tajuk ceramah saya ialah Panduan Menulis surat permohonan dan menulis resume. Manakala Ust Che Rimi Hussin pula mempersembahkan tajuk Petua Menghadapi Temuduga. Semoga pelajar terlibat bengkel akan terus MAJU JAYA.

Ceramah Motivasi


Pada 30 Mei yang lalu saya bersama Ust Che Rimi Hussin dijemput mengendalikan sesi ceramah dan motivasi kepada para pelajar di SMK Tebong Melaka. Pelajar seramai lebih kurang 80 orang yang terdiri daripada Tingkatan 3 dan 5 telah menyertai program tersebut. Tajuk yang disampaikan oleh saya ialah Ciri-ciri pelajar cemerlang, teknik belajar dan teknik menulis nota. Manakala Ust Che Rimi Hussin menyampaikan tajuk ceramah Teknik Pengurusan Masa.

Jangan dengar sahaja tapi kalau tidak dipraktikkan pun tak boleh berjaya jugak.

01 June 2008

Jom Tulis Artikel


Di bawah ini adalah artikel yang telah disiarkan di Utusan Malaysia, Selamat Membaca.

1. Pelbagai tanggungjawab terpikul di atas bahu guru
Pelbagai tanggungjawab terpikul di atas bahu guru. Oleh RAHISAM RAMLI. UNGKAPAN ringkas tetapi penuh bermakna pernah diucapkan oleh seorang guru "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana tidak berilmu" Ia memberi gambaran umum bahawa ilmu pengetahuan mampu memartabatkan kedudukan manusia dan 16/05/2008

2. Ganjaran akhirat pekerja beramanah
Ganjaran akhirat pekerja beramanah. Oleh RAHISAM RAMLI. Anggota penguat kuasa jabatan kerajaan yang tidak pecah amanah dipandang tinggi di sisi agama Islam.. Secara umumnya sudah acap kali kita menyambut cuti Hari Pekerja pada setiap tahun. Pelbagai acara dan sambutan yang disediakan untuk mendengar amanat 02/05/2008

3. Bahaya kemiskinan terhadap kedaulatan negara
Bahaya kemiskinan terhadap kedaulatan negara. Oleh: RAHISAM RAMLI. USAHA untuk membasmi kemiskinan wajar dijadikan agenda utama ke arah menjaga kedaulatan negara dan mewujudkan hidup yang lebih harmoni. Melalui ikrar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menghapuskan kemiskinan tegar sangat memerluk 25/01/2008

4. Hijrah pemikiran ummah
Hijrah pemikiran ummah. Oleh RAHISAM RAMLI. Awal Muharam atau Maal Hijrah bukanlah perkara asing bagi seluruh umat Islam. Peristiwa ini cukup signifikan dalam konteks memacu kemajuan ummah menghadapi cabaran-cabaran dalam pelbagai bidang.Tanpa penghayatan dan memahami konteks hijrah masa kini, akan mengundang ep 10/01/2008

5. Utamakan jaminan kebersihan, kualiti penyediaan makanan halal
Utamakan jaminan kebersihan, kualiti penyediaan makanan halal. Oleh RAHISAM RAMLI. PENDEDAHAN TV3 dalam rancangan 360 mengenai kerendahan kualiti penyediaan tauhu, penyembelihan binatang dan kebersihan premis penyediaan makanan pasti meloyakan semua pelanggan yang menontonnya.Apatah lagi aspek kualiti 28/12/2007

6. Sabar hadapi musibah
Sabar hadapi musibah. Oleh RAHISAM RAMLI. AMARAN gelombang kedua banjir yang lebih besar akan melanda seakan-akan meragut ketenangan hidup seluruh rakyat Pahang ketika ini. Ini berikutan ramalan fenomena air pasang yang akan melanda pada hari Jumaat nanti.Ia turut menjejaskan jalan perhubungan darat, keja 20/12/2007

7. Perkukuhkan kedaulatan negara daripada ancaman ekstremis
Perkukuhkan kedaulatan negara daripada ancaman ekstremis. Oleh RAHISAM RAMLI. PERPADUAN kaum yang sering diuar-uarkan oleh kerajaan bukannya retorik tetapi ia merupakan formula kepada kelangsungan setiap bangsa untuk menikmati kemakmuran di tanah air.Untuk menjayakan semangat perpaduan ini kita perlu 23/11/2007

8. Menjaga toleransi negara
Menjaga toleransi negara. Oleh RAHISAM RAMLI. Toleransi itulah perkataan keramat yang menjadi satu formula bagi menjamin keamanan dan keharmonian masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi banyak belajar mengenai sejarah kepimpinan masa lal 16/11/2007

9. Indahnya hikmah melafazkan salam
Indahnya hikmah melafazkan salam. Oleh RAHISAM RAMLI. MEMBERI dan menjawab salam merupakan satu amalan yang sangat mudah dilafazkan dalam ajaran Islam. Namun begitu berapa ramai daripada kalangan kita yang benar-benar menyedari hikmah ucapan salam kepada sesiapa sahaja apabila bertemu atau memulakan perbualan? 02/11/2007

10. Misi 2057 lahirkan personaliti unggul
Misi 2057 lahirkan personaliti unggul. Oleh RAHISAM RAMLI. MISI menjadikan kemerdekaan pada 50 tahun akan datang perlu dilaksanakan bermula hari ini supaya generasi pada tahun 2057 nanti bakal meraikan warisan kemajuan negara sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-100.Untuk meneruskan legasi kepimpinan unggul Malaysia 12/09/2007

11. Formula menjamin kedaulatan negara Islam
Formula menjamin kedaulatan negara Islam. Oleh: RAHISAM RAMLI. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh rakyat Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50 pada tahun ini.Semangat yang berkobar-kobar dan diserikan lagi dengan pelbagai bentuk acara untuk menggambarkan penghayatan erti kemerdekaan 24/08/2007

12. Zakat tidak mengikis pendapatan
Zakat tidak mengikis pendapatan. Oleh RAHISAM RAMLI. MISKIN, papa kedana, merempat, meminta-minta dan pelbagai gambaran diberikan kepada takrifan terhadap kemiskinan. Walau apa pun ciri-ciri kemiskinan itu cuba diperjelaskan dengan panjang lebar, sebenarnya strategi untuk membasmi itulah yang lebih utama. 20/07/2007

13. Pakatan strategik elak penjajahan ekonomi
Pakatan strategik elak penjajahan ekonomi. Oleh: RAHISAM RAMLI. MAJORITI umat Islam hidup dalam kemiskinan! Apakah kenyataan ini merupakan mitos atau fakta? Sebenarnya itulah kenyataan pahit yang memberi tamparan hebat kepada umat Islam masa kini. Kita perlu menerima kenyataan ini dengan positif berdasarkan fakta 01/06/2007

14. Ejen basmi kemiskinan
Ejen basmi kemiskinan. Oleh RAHISAM RAMLI. SARANAN Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin baru-baru ini supaya wang zakat digunakan untuk membasmi kemiskinan tegar wajar disambut baik oleh semua masyarakat Islam.Ia membuktikan bahawa kerajaan amat memerlukan sokongan dan kerjasama darip 25/05/2007

15. Gaji baru bukan alasan untuk boros
Gaji baru bukan alasan untuk boros. Pendapat LEGA. Itulah ungkapan yang tepat bagi menggambarkan perasaan 1.02 juta kakitangan awam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan gaji baru kelmarin.Kita juga rasa syukur kepada Ilahi kerana memberi nikmat kepada rakyat di n 23/05/2007

Artikel ini
Pakatan strategik elak penjajahan ekonomi
boleh didapati di laman web Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd.
http://www.ibfim.com/index.php?option=com_content&task=view&id=400&Itemid=99