21 October 2008

Projek Usahawan Berjaya Siri 1







PROJEK Usahawan BaitulMal dibentuk oleh kumpulan Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam Semester 5
Projek usahawan dilaksnakan bertujuan menjana pendapatan melalui peluang perniagaan sekumpulan mahasiswa yang meliputi lokasi mereka di Tanjung Bidara dan Sungai Udang(sewa pelampung,gerai makanan,pusat gimnasium dan ladang jagung susu).

Kajian dan penyelidikan yang mendalam menjadikan ketiga-tiga projek ini berpotensi untuk menjadi pendapatan kepada bakal graduan.

Dengan latihan sebegini mereka mendapat pengalaman baru bagaimana menjadi usahawan yang mampu menjana ekonomi negara dalam pelbagai sektor sekaligus menafikan dakwaan graduan hanya tahu makan gaji semata-mata.

Terima kasih kepada mak Redzuan yang sudi menyediakan makanan tengahari. Duduk di tepi pantai Tanjung Bidara sambil menikmati makan tengahari sebelum bertolak ke Sungai Udang-nak kempiskan perut di pusat gimnasium dan ke ladang jagong susu.DPPI 5 dapat juga singgah beraya di rumah Amalina sementara menanti hujan teduh dan merasa kuih sumbangan maknya.

34 comments:

Pok Li said...

Kita perlu mempelbagaikan punca pendapatan. Cabaran hari ini sudah semakin hebat. Orang Islam perlu diperkukuhkan melalui penguasaan ekonomi. Kita sering bercakap mengenai penguasaan politik. Sudah sampai masa dan ketikanya kita menguasai pula bidang ekonomi secara lebih fokus.

Brahim Nyior said...

Mentaliti kita masih di takuk lama, mengharap bantuan dan subsidi yang berterusan.

Hari ini, bangsa lain mula 'menuntut' hak seolah-olah kita mengambil (atau mencuri?) hak mereka.

Bodohkah kita atau mereka yang 'tak tahu dek untung'?

RAHISAM RAMLI said...

Pok li-sebab itu melentur buluh dari rebungnya.Mahasiswa ini begitu teruja dengan projek usahawan apalah salahnya jika diberi galakan lagi.

brahimnyior-terima kasih singgah blog saya,saya link blog saudara

Anonymous said...

tgu duus nyer projek ushwan yg marbeles 2 plak....ust cpt2 masukkan gmbar ae...

RAHISAM RAMLI said...

Duus 5,TAHNIAH kerana berjaya pecah rekod bakal peguam, lawyer (burok) jadi pak tani moden cendawan tiram.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz...
Kami pelajar DPPI 5 iaitu Norain, Noor Zarifah dan Ismaliny, sebelum terlambat kami ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali Vartikal.....;p hehehe...
Alhamdulillah, program usahawan yang kami usahakan terlaksana juga akhirnya berkat sokongan dan tekanan ustaz kepada kami...
Mula-mula, kami ingatkn ustaz main-main cak-cak projek tersebt.. harapkn panas smpai ke petg, rupa2nya hujan d tgh hari...
Kami sbnrnya bersetuju dgn projek ini. walaupn mencbr kami tetap melaksanaknnya... pendedahn projek tersebut amt penting kerana dpt mendedahkan km dengan alam perniagaan... serba sedikit km dpt belajar tentg perniagaan walaupn hanya sekadar berniaga pelampg...
Setelh kami graduat nanti,bukan setkt keja di jbtn2 shj tetapi skop bidang km meluas sampai ke bidg perniagaan..(tak tercapai akal kami)
Sblm km mengndr diri, km ingin mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kpd ustaz selaku penyelars kami dan juga ayahanda kami di KTIAM...
Jasa baik ustaz amt km hargai...
Semoga ustaz tidak melupakan km DPPI 5...
Doakn km berjaya dlm final exam yg bermula pd hr esok...
Ustaz.... markah Baitulmal lebih sikit yerr... hehehe (gurau jerrr)..
kenang km dlm doamu...
(Ain, Efa, Ies)

Anonymous said...

assalamualaikum ust, stinggi2 pghargaan sy ucapkan kpd ustz krn berjaya mndidik serta mmberi drongan dlm mnjayakan prjek usahwan baitul mal ini.dri kerja2 yang tlah dilaksanakn ini sdikit sbanyak dpt kami plajari bgaimana untuk memulakan satu prniagaan itu dan mnjadi usahwan y bjaya.slain drpada itu juga ia mndidik kami agar tidak tertumpu pd satu bidang shaja dalam mencari pluang pkrjaan krn berniaga ini salah stu sunah baginda S.A.W...itu sja dari sy Adnin Abd Latif-DPPI 5. wasalam

RAHISAM RAMLI said...

Salam Ain,Efa,Ies dan Adnin.
Teruskan usaha dan jangan jadi penganggur pulak lepas keluar kolej ni.
selamat menempuh peperiksaan akhir.

zaidulkhairi said...

salam ustaz...
saya sangkakan yang program ni berhenti setakat ini sahaja...
tapi,rupa-rupanya dah sampai siri yang ketiga dah pun...
program ini banyak memberi saya sedikit peluang untuk saya mencuba ataupun menjinakkan diri dalam bidang perniagaan...
bukan ke ni salah satu daripada sunnah nabi Muhammad s.a.w....
okay,apa-apa pun saya berharap agar program ini akan terus bersambung sirinya sampai bila-bila...
setakat ini saja kata-kata yang saya dapat ucapkan...
mmm....ustaz doakan kami warga fpi khususnya pelajar dppi sem 5 supaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti sekaligus dapat menaikkan semula nama dppi di bibir setiap pelajar dan pensyarah di KTIAM ini...
wassalam........
-Muhammad Zaidulkhairi bin Romainor
pelajar DPPI semester 5-

RAHISAM RAMLI said...

Zaidulkhairi-moga DPPI akan terus berjaya dan menjadi contoh kepada pelajar lain-Sebab DPPI paling OTAI jadi sebagai abang sulong kepada adik-adik lain kenalah tunjuk bakal pemimpin masa hadapan.

Memang berniaga tu sunnah nabi, tetapi berapa ramai yang berniaga ikut cara nabi? Prinsip perniagaan dalam Islam orang tak heran semuanya nak ikut stail barat.
Selamat menjawab final exam

Anonymous said...

Salam ustaz...sebelum terlambat, selamat hari raya...maaf zahir batin..time kasih ustaz sebab bagi kami DPPI 5 peluang untuk buat program usahawan ni..mulanya mcam susah, tapi bile dah buat rasa mcm dah power lak nak buat bisnes..hehe...saya rasa la kan ustaz, program ni patut teruskan sebab pada pandangan saya program ni dapat tunjukkan pada kite mcm mana dengan dunia perniagaan yang kian hari kian mencabar..tak kisah lah bisnes kecil ke besar ke..selain tu program ni juga membuatkan kami bekerjasama antara ahli kumpulan..maka silaturrahim pun dapat dieratkan lagi kan ustaz.. lepas graduate, harap-harap ada student dari DPPI 5 bukak bisnes hasil daripada pengalaman program usahawan ni..amin.setakat ini saja komen dari saya..sebelum undur diri,ustaz doakan kami DPPI 5 dapat DEKAN sem 5 ni..maaf dengan komen yang tak seberapa ni..
- salam ukhuwah dari saya Nurliyana Amran student DPPI 5 -

Anonymous said...

ass ust..kat cni sya nk komen tntg projek usahawan yg dcdangkan oleh ust sndri..x sangkakan mle2 ingtkn hanya ckap2 kosong je tp rupe2nye mnjadi jgak projek ni.tme ksih sbb bg kami idea tk bljr wat proposal projek usahawan.sya ingtkn senang je tp bnyak dgaan nk jayakan projek ni.group sya zaidul,ady,lyana,fadilah ngan nurul..mle2 ady cdang nk wt projek bela udang kt klebang tp ble dpkirkan ia rumit dan susah tk berurusan..so kami tkar la wt projek tnaman jgung susu..tmpt pn dekat je,nk dapatkan maklumat pn senang..memang jd adat kalu xde gado2,gado2 2 pn bukannya sbb ap,sbb salah faham jer.lpas bncang2 balik,da ok...time sya ngn lyana g dpatkn mklumat tntang tanaman jgung,orang 2 igatkn sya dtg nk tnye sbb nk wt projek 2 btul2..sbb sya ckap ni projek krjsama kmpulan smpai 6orang lak tu..sy bgthu dia ni just olok2 je..sbg pndedahan pd kami kalo dpat sebidang tanah,cmne nk usahakan sesuatu projek smpai brjaya n mndatangkan hasil yg brbaloi.ust,kalo dari sem1 dah ade projek2 cmni ataupn idea2 menarik yg bleh mmbuatkan kami brfikir diluar kotak kan best..ape2 pn,tahniah sgt2 kpd ust sbb bnyak mmberi idea2 baru yg mebuka minda kami supaya brusaha menaikkan nama DPPI.harapan sya agar ust dapat mmbantu plajar2 khususnya plajar2 DPPI tidak kira semester berapa pn asalkn smuanya brjaya meneruskan krjaya msing2 stelah menamatkn pengajian d KTIAM ni.doakn kami pljar DPPI SEM5 brjaya dn mndapat dekan tk dua sem je lagi...insyaallah-NUR AMALINA BTE MD SAREH,DPPI SEM5-

RAHISAM RAMLI said...

Amalina dan Liyana,
Terima kasih juga komitmen 200% dari DPPI 5, bertungkus lumus dengan cara profesional, penuh keyakinan dan matang bila membentangkan projek masing-masing.

Inilah kemhiran softskill yang saya nak terapkan pada DPPI, kegiatan luar kelas lebih nampak real dan hampir dengan situasi sebenar.

Alhamdulillah, segala perancangan disiapkan dengan kerjasama kumpulan. Teruskan usaha, dapatkan pencapaian yang lebih baik sem ni.
Selamat menempuh peperiksaan akhir.

Mohd Hady Bin Mazalan said...

aslakam ustaz Rahisam,cht?dah makan..sebelum saya mintak maaf jika ada wat salah or ape2 yang wat ustaz marah..sebelum itu saya bangga menjadi pelajar dppi,kerana dapat belajar dalam pelbagai bidang.seterusnya saya berasa bangga dan gembira kerana dapat terlibat secara langsung dalam aktiviti yang dianjurkan oleh ustaz.Dalam program usahawan saya menyokong 100% yang diadakan aritu,kerana ia dengan secara tidak langsung dapat mengajar saya bagaimana hendak menjadi usahawan yang berjaya yang berlandaskan ciri-ciri islam. Ia juga dapat mengajar saya betapa susahnya hendak mencari duit dan membina sesebuah organisasi yang terbaik.akhir kata saya setuju dengan acara ini dan saya berharap aktiviti ini dapat diteruskan satu generasi ke generasi yang lain.
Daripada : Mohd Hady Bin Mazalan (060316)DPPI 5.
October 28, 2008 10:38 PM

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

assalamualaikum ustaz.. saya nak MOHD FAIRUZ DPPI 5 ingin memberi komen tentang projek usahawan baitulmal. program yang tidak saya sangka akan terfikir dan terkeluar daripada ustaz sendiri. saya mula-mula ingat projek tersebut adalah benar. tetapi cuma ingin meransang fikiran dan membuka minda saya tentang cabaran di masa hadapan. program ini sangat bagus kerana dapat memberi idea dan menyunting semangat kerjasama antara kumpulan yang diberikan. ukhwah yang terjalin antara semua akan bertambah rapat. mana tau selepas habis perjalanan hidup di kolej. ada yang berkeinginan untuk membuat perniagaan sendiri dengan idea yang akan digunakan semasa program yang dilakukan dahulu di kolej. manalah tau juga salah seorang diantara pelajar dppi ini akan menjadi usahawan yang berjaya. tak mustahil kan ustaz? saya berharap program ini dapat diteruskan dengan jayanya. -MUHAMMAD FAIRUZ BIN MOHAMAD FARID DPPI 5-

Anonymous said...

salam wrt dan salam mubarak.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..Tuhan sekalian yang menciptakan sesuatu yang zahir dan batin..Sebelum itu ana memohon maaf kepada sekiranya terlanjur kata dan perbuatan zahir dan batin..Daharapkan semoga perancangan usahawan baitulmat ini dapat diperkenmbangkan dan diterangkan kpd remaja2 masa kini. Khursus keusahawanan juga boleh diadakan sebagai dorongan kpd remaja yg btl2 meminati bidang perniagaan merangkumi pengurusan dan pentadbirannya sekali.Pendapat ana, bolehlah kiranya ustaz mmbuat satu khursus k-ushwanan yg mnjadikan dppi sebagai hos ketika itu kepada semua kos yang berminat.Sebagai contoh pinjaman dari segi memulakan perniagaan perlu disediakan sebagai prkhdmatan bagi memudhkan pelajar mmulakan prniagaannya.perancangan dan Modal amat penting dlm mengaktivekan sesiatu strategi.harapan,diharapkan program keusahawanan ini boleh diteruskan dan dijadikan prktikal bg pelajar2 di masa akan datang...Semoga berjaya DPPI dan megahkan nama DPPI di ruang akhbar dan mata Dunia.....- Mr.Mzhafar- .

RAHISAM RAMLI said...

Hady, Fairuz dan Muszafar-cuba cari pengalaman lain masa sem depan. Kamu DPPI kira paling senior la dalam program lain kena ada "niche" sendiri.

Tapi komitmen kumpulan ini memang bagus dan saya pun kata tak sangka semuanya berjalan baik dan nampak profesional.
TQ,selamat berjaya.

Anonymous said...

assalamualaikum kepada ustaz yang selalu memberi semangat dalam apa jua masalah yg saya hadapi terutamanya dalam bidang pelajaran..alhamdulillah dimana program usahawan berjaya telah berjalan dengan hendaknya..apa yang saya ingin perktakan disini bahawa program tersebut memang patut ditunjukkan kepada para pelajar..kerana sedikit sebanyak mereka akan memahami apa erti usahawan..mungkin dengan program ini kita dapat melihat atau kita dapat menunjukkan bakat2 yang terpendam...dengan program ini kita juga dapat mengeratkan silaturrahim antara saudara-saudari..sudah menjadi lumrah ada yang berminat dan ada pula yang tidak berminat..bagi saya program ini perlu diteruskan seperti sebelum ini..kerana program ini cukup bermakna bagi seorang pelajar untuk mengenali sesuatu yang ingin dipelajari..dengan ini saya memberikan comment 5 star kepada program tersebut..akhir kata kepada ustaz ..ustaz mmg berfikiran luar kotak...respect ustaz ..wsalam

RAHISAM RAMLI said...

Muhamad-banyak benda yang mesti difikir di luar kotak. Susah tu memang adat la tetapi kita nak inovasi benda ni supaya tidak dianggap kolot.
TAHNIAH kepada kamu juga.Selamat maju jaya.

Anonymous said...

aslmkm ustz...sy Qurratu'aini bte Khiruddin nk bg komen untuk projek usahawan aritu...terlbh dhulu alhamdulillah segala perancangan dapat dijalankan dengan baik..setiap pembentang-pembentang memberikan kerjasama dalam pembentangan dan dalam mempromosikan setiap tempat yang telah dirancangkan...dengan adanya aktiviti-aktiviti ini ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam menguruskan sesuatu perniagaan dan dapat membantu atau memberi petunjuk kepada pelajar-pelajar yang masih belum mempunyai pekerjaan untuk menceburi bidang usahawan/perniagaan...sebagai masa depan mereka disamping dapat mengelakkan para pelajar daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah...kemudian sekiranya segala perancangan berkaitan projek ini menjadi realiti ia bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga dapat menghasilkan ramai lagi usahawan yang berbakat...terutamanya pelajar kolej islam sendiri dapat mengharumkan lagi nama kolej juga mempromosikannya pada mereka yang di luar sana....sekian.......

RAHISAM RAMLI said...

Salam Qurratu'aini-moga pengalaman ini dijadikan panduan dalma menuju puncak kejayaan pad masa-masa akan datang.TQ

Anonymous said...

salam..ustaz,saya Norain Binti Mohd Shah dari DPPI 5, disini ain ingin memberi sedikit komen tentang "Projek Usahawan Berjaya" yang telah dilaksanakan beberapa minggu yang lalu...,projek ini banyak memberi pendedahan yang begitu mendalam sekali kepada diri ain...untuk mendalami dunia perniagaan...,ain merasakan amat berpuas hati dalam projek sebegini, ia juga membolehan pendapatan ain akan meningkat sekirannya projek ini berjaya...walaupun hanya berniaga pelampong sahaja, dalam projek yang telah ustaz memperkenalkan kepada kami semua...ia juga dapat membuka minda pelajar2 bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan dengan menghasilkan sesuatu produk/perkhidmatan baru dalam pasaran...., secara tidak langsung, projek sebegini dapat memberi dorongan serta panduan kepada mereka yang minat dalam bidang perniagaan....,dan akhir sekali..ain harapkan ustaz dapat melaksanakan projek sebegini lagi kepada pelajar DPPI akan datang...insyaallah...,sekian....

RAHISAM RAMLI said...

Salam Norain-idea untuk memberi ruang pengalaman ini datang apabila banyak perkara yang melibatkan kemiskinan berpunca kerana ramai yang tidak tahu mencari sumber pendpatan.

Lebih-lebih lagi umat Islam yang terkebelakang dalam sudut ekonomi. Sekurang-kurangnya ia langkah awal bahawa umat Islam tidak perlu menjadi miskin, kerana bumi Allah ini terlalu banyak untuk dinikmati kemewahan rezekiNya jika pandai mencari peluang.Tahniah pada kamu.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt, saya Nor Fadillah Adarun daripada Dppi 5..alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana "program usahawan berjaya" ini berlangsung dengan jayanye.Saya bangga menjadi salah seorang drpd warga DPPI, melalui program yang baru dilaksanakan ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada saya mempelajari bagaimana menjadi seorang usahawan dan cara-cara untuk memulakan sesuatu perniagaan.Berkat drpd sokongan dn tnjuk ajar ustz akhirnye saya dn ahli kmpulan lain dpt melaksankan tugasan ini w/pun pada awalnya ianya agak rumit dan sukar utk dlaksanakan, saya harap agar program spt ini dpt dikekalkan kpd generasi akan dtg kerana melalui pngalaman saya sndiri, ianya merupakan program yang bmakna dan memberi sdikit pngalamn w/pun ianya bidang yg agak asing bagi saya.. selain itu,ia mbntu saya untuk mendalami bidang ini sekaligus memupuk azam baru untuk mjd usahawan yang berjaya satu hari kelak..amin.. terima kasih ustz atas jasa yang dicurahkan kpd kami semua..saya berdoa agar ustz dn kluarga diberkati dn dimurahkn rezeki..Insyaallah..akhir kalam,majulah DPPI untuk FPI..Wassalam..

RAHISAM RAMLI said...

Salam norfadillah orang Sabah-TAHNIAH juga kepada kamu yang berjaya menunjukkan kerja profesional. Semoga menjadi panduan bila dah tamat belajar nanti. Jangan malukan orang Sabah ba..Selamat berjaya.

Anonymous said...

Assalam..syukran ila ustaz.selepas saya m'baca komen2 dri rakan2 dppi dan duus saya sangt brbangga krana kami berjaya mlaksanakan projk ushawan berjaya siri 1 dgn jayanya.TAHNIAH & SYABAS.tak mustahil kita blh masukkan gajah dalam peti ais.dpd aktiviti trsebut nilai krjasama antra kmpulan dpt diwujudkan tak kira sama ada prniagaan kecil-kecilan atau sbaliknya.latihan spt ini sbnarnya perlu dilaksanakan utk menilai sejauh mana kemampuan plajar dlm mnjalankan prniagaan.melalui pmerhatian saya projek ushawan ini bertujuan untuk mlatih pelajar dlm mnceburi bidang keusahawanan.bukan itu shaja,projek spt ini dpt diaplikasikan manfaatnya terutama bg graduan yang menganggur.kerajaan juga telah meggalakkan graduan utk mnceburi bidang keusahawanan di mana hari ini terlalu ramai plajar yang mengharapkankan kerja makan gaji semata2.dlm pembentangan blanjawan baru2 ini,jumlah peruntukkan sgt tinggi dlm sektor pertanian.namun,sedarkah kita berapa rmai di kalangan orang MELAYU yg brminat utk mnceburi bidang usahawan??semangat yang kental dan minat yg mndalam merupakan faktor kejayaan seseorang.rmai dari kalangan org melayu kita tidak berminat utk menceburi bidang ini kerana mereka sntiasa mewujudkan alsan spt tiada modal,tak bsedia mghadapi rsiko dan tiada aset utk dijadikan cagaran.hal ini sbnrnya telah mengundang kegagalan individu itu sndri.di Mlsia,ekonomi negara telah dipegang oleh orang Cina.adakah kita bersetuju orang Cina jd kepala ekonomi dlm negara kita sndri??tak mustahil juga org Cina akn jd PM kita pada masa akn dtg,kita seharusnya menjadikan orang Cina di negara ini contoh yg baik terutama dlm pengurusan wang dan prniagaan.apabila diperhatikan projek brkumpulan ini sebenarnya dpt melahirkan rasa tnggungjawb individu terutama dlm organisasi yg ditetapkan.ingin juga sy memberi cadangan kpd ustaz mengenai jnis prniagaan milikan tunggal iaitu setiap individu membuat perniagaan sndri dan kemudian prniagaan yg terbaik akan dijadikan tempat lawatan.itu sahaja dpd sy,sekian. Wassalam

RAHISAM RAMLI said...

Salam Redzuan-TAHNIAH kerana dapat menghayati projek ini dan alhamdulillah daripada respon saya dapati kamu memang dah ada perancangan untuk menjadi usahawan tulen satu hari nanti. Saya doakan semuanya menjadi kenyataan. Selamat berjaya, dan saya sedia membantu dalam apa jua yang termampu untuk bersama-sama mencipta kejayaan pada masa akan datang

Anonymous said...

salam ustaz....
mf bab lmbat antar kmen sal prjk usahawan tu..
pertama skali sya nak mnta mf klu sya prnah sktkan n lukekan ati ust..sorry ek.
sya mnta mf gak klu slame nie sya xikut sbrang arahan dri ust,sya akui kdg2 sya nie pmalas ckit n cpt pts asa klu pape yg sya wat xmdtngkan hsil..n slalu men2..xpnah nk srius klu wat kje..
tetapi..kata2 nchat,drongan n tguran ust tlah m'bangkitkan n m'ydarkan sya dri "tdo" n "pgmbaraan" yg tiada pghjungnye..tm kch..hmm..prjk ushwan tlh byk bri pglman,pgtahuan n idea2 br kpd sya tuk mcburi bdg2 yg kan dtg..drpd prgrm 2 gak dpt m'ertkan hbgn antr kmi Dppi..d hrapkn smg prjk ushwan tsbut akn mbri byk mfaat kpd pra pljr khususnye DPPI 5..
Wassalam..(Noor Asma@apoon bt Abdullah)

Anonymous said...

Assalamualaikum ust....
alhmdulullah, bersyukur kepada Allah dgn limph kurnianya dapat kami menjayakan 'Program Usaahawan Berjaya Siri 1' dengan berkatNya...
saya bersetuju dengan cdgn ust bagi program ini. Bersesuaian dgn subjek Baitul Mal dan Zakat yang telah kami pelajari, program ini banyak memberikan pendedahan kpd kami mengenai asas-asas perniagaan...
Mungkin dgn pendedhn program2 sebegini, membolehkan pelajar2 Dppi menembusi pasaran kerja dan menjadi usahawan dan tidak hanya duduk di dalam pejabat sahaja...
Di sampng itu juga, 9/10 darpd sumbr rezeki adlh dari perniagaan...
Tidak mustahil melalui program ini, menjdkn batu loncatan kpd pelajar2 Dppi untuk menceburi bdg perniagaan...
Saya berhrp progrm sebegini patut diteruskan kepada peljr2 dpppi yng lain.. dan mungkin boleh menjd 'Program Bersama Siswa Siswi Dppi'dan sehingga dppi 'gah' di mata pelajar2 KTIAM....
Wassalam

Anonymous said...

Assalamualaikum ust....
alhmdulullah, bersyukur kepada Allah dgn limph kurnianya dapat kami menjayakan 'Program Usaahawan Berjaya Siri 1' dengan berkatNya...
saya bersetuju dengan cdgn ust bagi program ini. Bersesuaian dgn subjek Baitul Mal dan Zakat yang telah kami pelajari, program ini banyak memberikan pendedahan kepada kami mengenai asas-asas perniagaan...
Mungkin dgn pendedhn program2 sebegini, membolehkan pelajar2 Dppi menembusi pasaran kerja dan menjadi usahawan dan tidak hanya duduk di dalam pejabat saahaja...
Di sampng itu juga, perniagaan merupakan sunnah Rasulullah & 9/10 darpd sumbr rezeki adlh dari perniagaan...
Tidak mustahil melalui program ini, menjdkn batu loncatan kpd pelajar2 Dppi untuk menceburi bdg perniagaan...
Saya berhrp progrm sebegini patut diteruskan kepada peljr2 dpppi yng lain.. dan mungkin boleh menjd 'Program Bersama Siswa Siswi Dppi'dan sehingga dppi 'gah' di mata pelajar2 KTIAM....
Wassalam
-Noor Zarifah Binti Mahd Tahir-
-060321-

Anonymous said...

salam ust...
saya Nur Nadhiah Shahmin Bt Hj.Zubir.petama skali sy nk mtk maap sbb ant komen lmbt..jgn mare..
sy nk ucpkan ribuan time ksh krn byk membri skongn dan dorongn dr ust maka "prjk usahwn berjya" ni menjd gak akhirnya wlupun pd awlnya susah ya amat...selain tu gak ianya byk beri sy byk pengalaman tuk mencburi bdang p'niagaan suatu ari n'nti..cewah...sy jgk berhrp prgrm cmni dpt dteruskan krn bkn saja dpt meneratkan silaturahim malah dpat mempuk smagt berkumpulan selain drp memperoleh ilmu pengetahuan...sy jgk berharap agar ada dikalangan dppi 5 nie m'mbuka 1 perniagaan wlupun hnya sekadar perniagaan pelampung sja.hehe..
akhir kata majulah "projek usahawan berjaye utk dppi..."wassalam...

RAHISAM RAMLI said...

Salam asma, zarifah dan nadhiah-Semuanya dah tahu rasional projek ini diadakan bagi subjek ini. Lebih dari apa yang disangka-sangka kerana berjaya sempurnakan tugasan walaupun tiada sudut teori usahawan. Kerana berani akhirnya semua "belasah" tapi akhirnya menjadi keuntungan.
Selamat berjaya di masa-masa akan datang.