30 December 2008

Cuti, cuti dan cuti lagi.


SURATAN atau kebetulan kali ini tidak memaparkan kisah keluarga miskin. Tetapi saya terpanggil merenung kembali apabila melawat Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya berkenaan THE AUTOMATIC GOVERNMENT. Kakitangan kerajaan mula bercuti pada 25 Disember (perayaan Krismas), jika disambung pada hari Jumaat 26 Disember (ambil Cuti tahunan), 27 dan 28 Disember (cuti rehat Sabtu dan Ahad). Kemudian mereka (termasuk saya..) bercuti lagi pada 29 Disember (Isnin) kerana sambutan Ma'al Hijrah ( fahamkah kita peristiwa Hijrah ni? Atau sekadar cuti). Kemudian masuk semula pejabat pada hari Selasa dan Rabu untuk 2 hari sahaja. Pada hari Khamis ini pula, 1 Januari 2009 mereka dan (@saya juga)cuti lagi sambutan Tahun Baru, dan saya menyambung lagi pada 2 Januari (urusan pendaftaran sekolah anak).

Kesimpulan dari entry Tun Dr Mahathir bahawa kakitangan kerajaan saat ini menikmati cuti yang terlalu mewah. Suratan atau kebetulan?

6 comments:

Pok Li said...

Mungkin mewah kepada sebahagian kakitangan kerajaan. Tetapi masih ada yang tidak begitu mudah untuk bercuti. Polis, jurururawat, juruhebah malah pekerja-pekerja pasaraya, yang terpaksa bekerja untuk kebajikan orang lain atau pun mencari keuntungan. Ramai kakitangan dan anggota polis yang dibekukan cuti di Terengganu le ni, samada kerana musim banjir ataupun kerana menghadapi pilihanraya kecil, Parlimen Kuala Terengganu. Selamat bercuti.

Afiq said...

Sokong Pok Li....

Unknown said...

Salam Hijrah Sdr Rahisam,

Saya pun dah baca automatic govt...saya rasa tak salah, asalkan bila kembali bekerja terus kerja kuat dan produktif. Lagipun bila cuti ramai yang melancong dan pergi 'shopping' ini secara tidak langsung menggerakkan lagi ekonomi negara.

RAHISAM RAMLI said...

Salam Pok Li dan afiq- anggota polis,hospital dan keselamatan berkhidmat dengan semangat tinggi.

Saudara Razali-kesempatan bercuti memang bertujuan agar kita fresh kembali bekerja. Kualiti pun akan meningkat juga.

en_me said...

salam maal hijrah n tahun baru.. salammmz

Anonymous said...

salam... . ustaz, sy sokong perkara nie. sy dah nampak dgn mata sy sendiri. asyik cuti ja kakitangan kej, mereka nie mmg mewah dgn cuti hinggakan ada urusan pun bleh tertangguh.

kadang2 janji pun tak tepati, lepas esok, esok pula . . sampai bila nk slesai? sy pun heran,

alasannya pasal anak, rumah, letih bekerja, kereta rosak, kenduri. . . mcm2 lagilah.

satu pejabat ada beberapa org pegawai, yg menghairankan sy bleh pula semua peg diluluskan cuti mereka dalam satu masa yg sama. . .

mcm mana org nak hormat? mentang2lah kuasa di tangan mereka, nak x nak kena tunggu jugalah. . .