17 October 2008

Harap tidak jadi seperti Lehman Brothers



Sama ada keputusan pembelian saham BII akan membawa sekantung untung atau badi Lehman Brothers menjangkiti Maybank perlulah diawasi. Belajar daripada kesilapan agar tidak menjadi Lehman Brothers versi Malaysia.PNB,KHAZANAH dan MAYBANK tidak perlu menjadi jagoh kerana empayar sudah ke seberang sana. Tapi benarkah mereka beli dengan harga 4 kali ganda jauh lebih mahal? Macam ada sesuatu yang nak disembunyikan ke?

Ikuti antara lain laopran akhbar BERNAMA pada 3 Oktober..
Menurut penganalisis-penganalisis berkenaan, walaupun Maybank berjaya mengambil alih 100 peratus kepentingan dalam BII melalui tawaran tender, tetapi nilai baru BII bagi harga saham ke atas nilai buku (PBV) hanya 4.3X berbanding 4.7X, sedangkan purata pasaran semasa 2.6X, lebih rendah 40 peratus premium berbanding harga purata pasaran semasa.

Penganalisis OSK Investment Bank, Keith Wee memberitahu Utusan Malaysia, rebat yang ditawarkan oleh Fullerton dan Kokmin mewakili pengurangan sebanyak lapan peratus dalam keseluruhan kos pengambilan alih BII, sedangkan tawaran tender baki 44.1 peratus daripada minoriti masih kekal pada Rp510 bagi setiap saham BII.
''Kami percaya pengurangan harga tidak memberikan kedudukan yang 'selesa' kepada jaminan operasi dan untuk berdepan dengan pelbagai cabaran mendatang ketika ekonomi semasa terus lemah hingga jangka sederhana dan kecairan pendapatan daripada potensi perolehan dana ekuiti pada tahap harga semasa yang kurang memberangsangkan,'' kata beliau.

Wee berkata, potensi kerugian berdasarkan nilai purata pasaran kekal pada kira-kira RM3.2 bilion.


Kemelut ini sudah berlarutan apabila Mac lalu Maybank setuju nak beli BII dari Temasek (milik Singapura)tetapi dihalang oleh Bank Negara Malaysia. Kenapa beli dengan harga mahal tetapi jualan jauh lebih rendah daripada itu. Risisko akan wang negara hanya kerana tidak mengerti krisis ekonomi kebanyakan berpunca daripada sikap manusia yang kurang penelitian dan bersikap tamak. Janganlah kerana kail hanya panjang sejengkal lautan dalam yang penuh dengan jerung-jerun ganas kita hendak menduga. Maybank salah sebuqah GLC yang bertanggungjawab kepada aset negara. Janganlah penyakit Lehman Brothers di US sampai kepada kita.

No comments: