17 October 2008

Anugerah Dekan, belajar saat akhir dan balik kampung


Hari ini berlangsung majlis penyampaian anugerah dekan kepada pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas. Tahniah kepada mereka kerana menujukkan prestasi yang cemerlang. Bagi yang lain-lain jangan pula putus asa kerana masih banyak peluang tetapi kena berubah lah untuk dapat (kalau nak) tapi kalau dah sejak azali tak de hati nak anugerah apa pun tak payah nak ubah la.

2 minggu lagi maka bermulalah minggu peperiksaan akhir. Ramai yang akan mula belajar saat akhir. Itu biasa. Tapi nasihat "jangan belajar saat akhir" sudah tidak relevan.Tolong bagitau macam mana teknik belajar saat akhir yang efektif? Saya melihat pelajar cmerlang kerana mereka gunakan kaedah belajar yang efektif. Mcm seorang pelajar tadi kata makan kismis, jangan makan junk food, ye itu semua boleh ikut. Tapi buat macam mana skealipun belajar saat akhir memang menjadi pujaan ramai. Jadi siapa yang nak guna teknik ini juga ada tekniknya yang terseniri. Jangan hentam kromo je.

Isu balik kampung memang menjadi pujaan ramai. Macam-macam alasan ilmiah dan tak ilmiah. Saya nak cadangkan kepada FPI hanya pelajar 3.50 ke atas sahaja dibenarkan balik kampung bila-bila masa. Bagi 3.50 ke bawah hanya sebulan sekali. Kalau pensyarah FPI setuju dengan cadangan ini maka itu akan mengubah budaya balik kampung kepada pelajar yang cemerlang akan bertambah ramai. Ye ini hipotesis saya.

Selamat Mengulangkaji dan menjawab soalan.

5 comments:

Anonymous said...

kteorg bbdk duus sem 5 (has,iera,zura,aya,fara n lily) sgtlh b'setuju ngan ust...but..lily slalu gak balik...bab blajar last mnt 2 kteorg x stju sgt...coz kteorg mmg habit wat cm2...hahahaha..ianya amt b'kesan dan mengujakan!!!!hahaha..lg2 sbjek ust, stdy pas bgn tdo....mrbeles gle...huhuhu...tq..kamsahamnida,arigato,nandree...n epi depavali 4 u...we all luv u....mmuuuahhh!!!!p/s: ust nmpk encem r...tmbh gmbr g r...huhuhu

RAHISAM RAMLI said...

Memang balik kampung seronok! Masalahnya yang CGPA tak seberapa pun menyibuk mengalahkan mereka yang resultnya ok. Sebab tu lah balik kampung juga kena tengok CGPA sebagai syarat kelulusan untuk balik.

Nadia Elena said...

Salam Ustaz..Betul la kata ustaz tu.saya sokong 100%..saya pun hairan, nape student kita suka sgt belajar last minute.tak pernah pula saya tahu ada teknik yang berkesan dan berhasil bila study last minute ni...MELAINKAN adanya keajaiban, ataupun student tu mmg dilahirkan sbg seorang yg benar2 genius..hehehe...=)

RAHISAM RAMLI said...

Salam nudya.
Jika belajar last minit jadi pilihan maka tekniknya juga mestilah berbeza dengan pelajar lain yang buat persediaan awal. Salah satunya ialah bagi mereka yang memilih kaedah ini mesti memberi tumpuan sepenuhnya dengan hati yang tenang.

Selain itu mereka mesti bersengkang mata menahan mengantuk sebab mesti habiskan juga bab yang hendak dibaca.

So...padan muka!Itu risiko,berani buat berani tanggung.

Nadia Elena said...

owh.mcm tu yer....=)