05 January 2009

Apabila kuasa bukan milik kita.


SEHINGGA entry ini dipost, hampir saban hari penderitaan rakyat Palestin menjadi bahan bacaan di akhbar-akhbar arus perdana. Bukan itu sahaja, ruangan berita laman web Yahoo turut meletakkan tajuk utama mereka memaparkan srangan terhadap rakyat Palestin, menunjukkan betapa kerdilnya umat Islam di sana, menunggu masa untuk dilenyapkan dari muka bumi. Tun Dr Mahathir dalam blognya Statement on the Israeli Invasion of Gaza - Che Det, turut menyorot kembali serangan Israel yang bermula pada 27 Disember yang lalu menggesa diadakan gencatan senjata. Utusan Online hari ini di ruangan Luar Negara, memaparkan tajuk Israel lancar serangan daratAS tolak usul damai di Palestin dan Obama membisu isu serangan ke atas Gaza.

Apakah lagi usaha yang terdaya untuk kita untuk mengajar (skima betul istilah ni...membelasah mungkin paling tepat) tentera Israel. Ini kerana kuasa bukan ditangan kita. Tetapi hari ini umat Islam ada lebih 1.3 bilion populasi di dunia, hanya ini sahajakah yang mampu kita lakukan? Pastinya banyak cara lagi tetapi kita masih terus lemah, diganyang sesuka hati, setiap hari, setiap masa dan termasuklah serangan di Masjid.

Meminjam istilah dari blog Iqbal( Bencana Alam atau Bala Allah) adakah ini juga sebenarnya bala Allah? Apabila kuasa bukan di tangan kita, tunggulah saat untuk diganyang dan dilenyapkan dari bumi ini. Mereka (Palestin) sudah tiada kuasa, hanya mengharapkan dunia luar mendengar raungan dan kematian di tanah air sendiri.

Di Malaysia, kita harus megambil iktibar dengan apa yang melanda tragedi di Palestin. Kuasa politik umat Islam wajar terus survival (dengan cara matang lagi terancang). Politik matang menjadikan umat Islam dapat menikmati kemewahan tanah air kita, agar tidak menjadi bangsa Palestin (menjadi pelarian di bumi sendiri).

Hentikan polemik, tingkatkan kemajuan umat Islam, dalami ilmu pengetahuan. Elakkan percakaran, usahakan permuafakatan agar kuasa terus kita dominasi, tetapi tidaklah sampai mengganyang kaum minoriti. Jangan jadi boneka seperti di sesebuah negeri yang mengikut telunjuk kuasa lain...umpama kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Tanah diberikan hak milik kekal kepada orang lain, pendidikan kanak-kanak Tadika Kemas pula diarahkan ditutup.


 

3 comments:

mizbi said...

salam ustaz,

ana stuju dgn ustaz, selagi belom umat islam mendapat kuasa secara mutlak untuk mentadbir dan menjalankan syariat Allah, selagi itulah kita terus diganyang.

bagi analah, selagi presiden amerika bukan orang islam, selagi itulah negara-negara islam menjadi mangsa.

semoga Allah membantu rakyat palestin. ape yg boleh kita bantu, cumalah doa.. lemah sungguh iman kita nie kan..

semoga Allah menguatkan iman kita dan menganugerahkan kita mati syahid.

Afiq said...

salam...

benar.. jadikan apa yg berlaku di Palestin sebagai iktibar dan penguat semangat untuk terus maju...

bercakaran sesama sendiri tidak dapat mendatangkan hasil.. sebaliknye menunggu pihak luar utk memusnahkan kita (yg sememangnya mencari peluang)

kesatuan amat penting... menjadikan kita lebih kuat...

RAHISAM RAMLI said...

Salam Mizbi dan Afiq-begitulah keadaan kita apabila lemah. Moga umat Islam lebih berjaya.