03 January 2009

Tahun baru, tragedi lama.





SEHINGGA ke hari ini saya masih terasa di ambang tahun baru sama ada 1430 Hijrah mahupun 2009 Masihi. Moga lembaran tahun baru juga membuka kisah baru dan bukannya mengulangi tragedi lama yang semakin nampak berserabut. Contohnya, tragedi umat Islam Palestin masih tidak mampu diselesaikan oleh 1/3 penduduk Islam dunia. Selain doa, bantuan kewangan, perubatan, bantahan dan demontrasi ( termasuklah membaling kasut ke arah Bush) apa lagi yang mampu dilakukan oleh kita semua.

Kisah lain pula di Malaysia, kemalangan juga membuka tirai tahun baru yang meragut ramai nyawa di jalanraya. Pelbagai kempen keselamatan jalan raya (termasuklah pemberian percuma topi keledar) dan terbaru pemakaian tali pinggang belakang nampaknya mengulangi kisah tragedi lama.

Kemiskinan umat Islam bagaimana pula? Akan saya post entry pada masa akan datang.

 

No comments: