Sejarah menjadi sumber inspirasi kepada generasi baru untuk mewarisi legasi kepimpinan yang , mencipta peradaban sesebuah bangsa atau agama. Manakala bagi Islam pula sejarah adalah salah satu ilmu yang menjadi wahana untuk mengukuhkan pegangan dan keimanan terhadap Allah SWT. Kedudukannya saling lengkap melengkapi dengan displin ilmu-ilmu lain seperti akidah, syariah dan akhlak.
Tetapi mengapa belajar sejarah tanah Melayu sendiri membosankan?
Tiga sebab- isi kandungan, teknik penyampaian atau ICT
1. Kesan penjajahan Barat menyebabkan kita tenggelam sejak Barat menulis sejarah tamadun manusia. Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain (2004) .
2. Kelemahan guru dalam penguasaan pedagogi dan penggunaan ICT sebagai satu dimensi baru dalam pengajaran pembelajaran bagi mencorakkan kualiti budaya belajar yang lebih bermakna. Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad dan Abd. Rahman Hj Abd. Aziz (2005).
3. Kelemahan dari segi pengajaran masih menjadi isu utama yang berkaitan dengan pencapaian murid dalam peperiksaan SPM. Corak pengajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah masih bersifat tradisional dan membosankan murid (KPM 2003b, 2004b; KPM 2003).
Sesuatu perlu dilakukan agar subjek sejarah tidak tinggal sejarah semata-mata.
*Kulit hadapan majalah Dewan Bahasa bersama tajuk artikel saya "Khutbah Medium Memperkasakan Bahasa"
No comments:
Post a Comment