Jika ditanya mengenai tahap pencapaian jenis bantuan yang dihulurkan kepada golongan miskin atau yang memerlukan pasti ada pelbagai jawapan. Tahap pencapaiannya sudah tentu juga pelbagai (sama ada lemah, sederhana atau cemerlang). Bantuan kebajikan dengan memastikan golongan miskin mendapat hak pengagihan pendapatan negara bukanlah sekadar perbincangan retorik semata-mata. Tetapi mereka juga seiring dan berhak mendapat sebarang bantuan tanpa membezakan ideologi masing-masing. Rasulullah SAW dan para sahabat baginda telah menunjukkan bagaimana mereka meletakkan keutamaan kepada golongan miskin sebagai barisan hadapan untuk menikmati agihan kekayaan negara melalui sistem ekonomi Islam.
Seterusnya sistem penyampaian agihan bantuan yang efisien akan mengubah landskap isu kemiskinan bukan satu bebanan tetapi satu kewajipan. Ini merupakan satu tanggungjawab kepada semua pihak agar senantiasa prihatin dengan masalah kemiskinan. Maka semua pihak terbabit yang memfokuskan pemberian bantuan kebajikan harus berupaya mengenalpasti sebarang cabaran bagi meningkatkan pencapaian seperti yang dinyatakan melalui NKRA. Secara ringkasnya,kualiti sistem agihan harus seiring dengan kepantasan dan ketepatan seperti yang terkandung dalam dasar Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Fakta yang diberikan oleh institusi bantuan seperti JKM, baitulmal dan JKKK memang ternyata ada pencapaiannya. Meskipun ada yang masih belum mendapat bantuan namun begitu persoalan mengenai kriteria kelayakan sering diragukan. Pemohon sudah tentu berharap setiap kali mereka memohon bantuan harus dipenuhi. Manakala pihak bertanggungjawab pula ada alasan lain-siasatan harus dilakukan dan kepastian agar tidak disalahgunakan.
Ringkasnya, bantuan kepada golongan miskin tidak dibimbangkan untuk menjadi slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, tetapi sistemnya pula usah mencacatkan slogan tersebut.
No comments:
Post a Comment