18 March 2010

Logo halal-siapa yang wajib ditaklifkan?


SEMENJAK JAKIM mendedahkan bahawa banyak pengusaha makanan yang didominasi oleh golongan bukan Islam tidak ada logo halal sangat menghairankan kita. Bukankah sepatutnya kewajipan mendapatkan sumber rezeki yang halal menjadi kewajipan umat Islam. Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud: "Wahai sekelian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".
Di dalam surah tersebut suruhan Allah SWT terhadap umat Islam agar memastikan sentiasa menikmati makanan yang halal sahaja dan mengingatkan kita agar tidak terjebak dengan jejak syaitan yang akan menjerumuskan diri kepada perkara-perkara haram.


 

Di sebalik kewajipan untuk mencari pemakanan yang halal Allah SWT melarang umatNya untuk mencari sumber yang haram. Ini dapat kita saksikan di dalam firman Allah SWT surah al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana dharurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampui batas, maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani."

Jelaslah bahawa mencari yang halal, menjauhi yang haram satu kewajipan kepad umat Islam.


 

Namun begitu, sewajarnya isu penggunaan logo halal palsu atau pengusaha bukan Islam yang tidak menggunakan logo halal bukanlah isu sebenar yang perlu dibimbangi. Apa yang patut kita bimbang ialah ke mana perginya umat Islam (selepas ini digunakan perkataan MELAYU-ISLAM) untuk mendominasi atau menjadi RAJA makanan dan produk halal. Sebutlah apa jenama dan pengusaha makanan di merata tempat seperti restoran mamak (kebanyakan kita menganggap mereka juga muslim, benarkah?) atau kopitiam (pengasas restoran cina, muslim jugakah?) begitu gah membina empayar restoran makanan. Mereka ini majoritinya terdiri daripada golongan bukan Islam menjadi RAJA makanan, manakala MELAYU-ISLAM pula begitu ghairah menjadi pelanggan mereka.


 

Jadi sebenarnya, yang boleh menghilangkan keraguan halal atau tidak terhadap produk dan makanan adalah bergantung kepada siapa pengusahanya. Jika pengusahanya, termasuklah tukang masak, pelayan dan lain-lain pekerja adalah MELAYU-ISLAM, walaupun tiada logo halal tetapi kita masih yakin "kehalalannya" kerana mereka adalah MELAYU-ISLAM. Ini menunjukkan sebenarnya jenama MELAYU-ISLAM di Malaysia lebih tinggi kredibilitinya, berbanding INDIA MUSLIM atau CINA MUSLIM. Tetapi harus diingat, tidak guna kita mencari kesalahan bahkan setakat mendedahkan premis mereka yang bukan Islam kerana tidak ada logo halal. Sedangkan halal bukanlah ditaklifkan, dengan lain perkataan tidak wajib kepada mereka. Tetapi halal itu ditaklifkan kepada orang Islam, maknanya yang wajib mencari halal ialah orang Islam.


 

Isu logo halal boleh berhubung dengan ustazah Rohaya, exstudent DUUS di hab halal JAKIM.

No comments: