|
Di sekitar bangunan menara |
|
Galeri yang dihias cantik |
|
Macam-macam piala |
|
Tajuk: Pembela bangsa |
|
Susunan NC UiTM |
|
Macam besi buruk-nama pun galeri |
|
Entah? |
|
Hiasan siling bergambar |
|
Baca |
|
Baca lagi |
|
Baca NC punya pulak |
|
Basmi miskin harta |
|
Majlis Perasmian |
Saya bukan pelajar UiTM. Tapi dari caption dan gambar di dinding bangunan menara jelas mengharapkan pelajar UiTM sedar apa yang diharapkan.
|
Majlis Perasmian |
Alhamdulillah..pada 10& 11 Jun yang lalu saya berkesempatan menghadiri Konferensi Kebangsaan Pengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi. Ia dianjurkan oleh UiTM Akademi Pengajian Islam Kontemporari atau ringkasannya ACIS.
Paling bermakna apabila kertas kerja kali ini dijadikan buku. Oleh kerana skop utama konferensi ini ialah zakat IPT jadi pihak ACIS lebih advance menerbitkan buku. Ada 16 tajuk pembentangan. Maka tajuk kertas kerja saya menjadi salah satu bab dalam buku tersebut.
|
Buku Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi. Pengalaman dan Hala Tuju. |
Antara lain dalam konferensi ini menonjolkan pengurusan zakat di IPT yang menguruskan kutipan dan agihan. Bagi saya ada pro dan kontra. Pro kerana kerja zakat telah diserahkan kepada IPT masing-masing. Ketika ini IPT di Selangor telah ambil alih dengan kebenaran Lembaga Zakat Selangor.
Kontra pula bila tugas Baitul Mal sudah kurang menyengat. Lama kelamaan saya bimbang urusan zakat bukan lagi dikenali dengan institusi baitulmal. Tetapi lain-lain agensi yang merasakan kaedah kutip dan agih lebih berkesan jika masing-masing mahu menguruskan sendiri.
Rumusan.
Sesuai atau tidak IPT menguruskan zakat bergantung kepada lokasi, populasi atau kecekapan pentadbiran zakat dan lain-lain elemen yang perlu dikaji lagi.
No comments:
Post a Comment