Konvensyen anjuran API dan R&DICC KUIM pada 27 & 28 Mei.Buat pertama kali Akademi Pengajian Islam (API) dan R&DICC KUIM menganjurkan konvensyen berbentuk "call for papers".Sebanyak 50 kertas kerja / pembentang yang mewakili seluruh IPTA/IPTS termasuklah dari API.Saya menggalas tugas sebagai moderator untuk pembentangan selari pada sesi pertama.Saya turut mengambil peluang keemasan untuk membentangkan dua kertas kerja.Namun, bukan isi pembentangan yang hendak saya ulas. Saya yakin kertas kerja tersebut merupakan hasil kajian dari pakar dalam bidang masing-masing.Konvensyen ini menunjukkan dunia penyelidikan pengajian Islam perlu digerakkan dengan lebih konsisten dan aktif pada masa akan datang.Saya mendapati antara cabaran utama dalam bentuk pembentangan selari ialah bagaimana untuk mengeksploitasi masa atau dengan kata lain memanfaatkan tempoh pembentangan yang amat singkat. Pembentangan selari lazimnya diberi masa antara 10-15 minit seorang pembentang.Ramai mengeluh, katanya "apa nak bentang dalam masa singkat?". Ramai yang bercakap selaju Raja Pecut seperti Usain Bolt. Ramai juga melangkui masa.Kita tidak perlu berlari selaju Usain Bolt, tanpa noktah atau lebih malang jika kita perasan sekadar berceramah.Walaupun anda datang sejauh dari lautan hindi, perjalanan yang memakan masa berjam-jam lamanya, keluar rumah seawal pagi, tapi anda hanya layak bercakap dalam tempoh itu sahaja.Adakah anda pembentang yang efektif dan bijak memanfaatkan masa. Tahukah anda, kita tidak perlu menyampaikan semua yang kita tahu. Sedangkan para peserta ada yang lebih tahu dari kita.Hasil bacaan, pengalaman dan pemerhatian saya, anda hanya memerlukan 5-6 slide powerpoint sahaja. Tapi apa yang perlu ditekankan? Intro, problem atau hasil kajian?Paling penting, hasil kajian/dapatan kajian itu yang perlu dihuraikan dengan mendalam. Kurangkan intro, konseptual atau deifini terma.Ini kerana lazimnya, semua artikel telah pun ditulis dan dicetak dalam prosiding. Baca atau tidak bukan masalah kita. Justeru, kita kurangkan huraian berbentuk teoritikal atau konseptual semata-mata.Kesimpulannya, konvensyen seumpama ini bukan pentas ceramah / forum perdana / kuliah.Ia sekadar sebagai medan pertemuan, agar kita berjumpa, beramah mesra, berkongsi idea dengan pembentang dari seluruh IPT. Dari sini wujudlah networking / silaturrahim yang memang digalakkan dalam Islam.Inilah definisi "majlis ilmu" dalam dunia hari ini-kurang bercakap, banyakkan membuat penyelidikan.Boleh baca lanjut bagaimana membuat pembentangan yang efektif di sini |
31 May 2014
Majlis Ilmu dalam dunia penyelidikan. Kurangkan bercakap, banyakkan membuat kajian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment