![]() |
Hani,Nadia dan sepupunya.. Mereka bahagia daapt mainan yang mahal tapi bertahan 2-3 hari je |
Bahagia ada pelbagai tafsiran dan sesuai dengan fitrah manusia.
Kebahagian merupakan satu keperluan jasad dan rohani kepada manusia. Dengan kebahagian itu maka kita akan saling memerlukan, saling menghormati dan saling bertoleransi. Semakin bahagia jiwa kita maka semakin bermaknalah kehidupan di dunia ini. Kehidupan dunia pula adalah tempat menyemai pahala dan ganjaran Allah SWT, untuk dituai ketika bertemu Allah pada hari akhirat kelak.
Kebahagian merupakan satu keperluan jasad dan rohani kepada manusia. Dengan kebahagian itu maka kita akan saling memerlukan, saling menghormati dan saling bertoleransi. Semakin bahagia jiwa kita maka semakin bermaknalah kehidupan di dunia ini. Kehidupan dunia pula adalah tempat menyemai pahala dan ganjaran Allah SWT, untuk dituai ketika bertemu Allah pada hari akhirat kelak.
Kebahagian pula bukan terletak pada banyaknya
harta semata-mata. Tetapi makna kebahagian ialah apabila jiwa kita dihiasi
dengan sifat pemurah, dengan memberi sedekah, sama ada sedekah yang sunat
apatah lagi sedekah wajib iaitu dengan menunaikan zakat. Ramai di kalangan kita sedar untuk menunaikan
zakat fitrah. Tetapi harus diingat selain zakat fitrah, harta juga wajib
dikeluarkan zakatnya setelah memenuhi segala syarat-syarat berzakat.
Pada mereka yang
telah menyempurnakan ibadat zakat (fitrah atau harta), bersyukurlah kerana kita
diberi peluang untuk menyempurnakan salah satu Rukun Islam yang lima. Namun
begitu di sebalik kejayaan tersebut masih terdapat umat Islam yang belum
memahami hakikat kewajipan zakat dengan pelbagai alasan-alasan yang tidak
membantu untuk menonjolkan keunikan sistem Islam.
Ada juga mendakwa mereka bersusah payah mengumpul harta
mana mungkin dikongsi dengan orang lain yang mudah menerima harta kita. Ada
juga dengan nada sinis berkata habislah duit dan harta kalau asyik
bersedekah saja. Disebabkan alasan dangkal dan tidak berilmu manusia
menjadi takut dan enggan menghulurkan bantuan atau sedekah kerana menganggap
mengeluarkan zakat, berderma dan memberi bantuan menyebabkan mereka menjadi
muflis. Sedangkan anggapan tersebut tidak dibuktikan dengan kaedah saintifik
sekalipun, apatahlagi dengan hujah-hujah ilmiah bersama bukti kukuh. Miskin
bukan kerana bersedekah.
Kekayaan dan kebahagiaan sebenar.
Tahukah kita siapa
sebenarnya orang muflis? Rasulullah SAW pernah menjelaskan kepada para
sahabatnya tentang orang yang dikatakan muflis di akhirat nanti. Terdapat
sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW telah bertanya kepada
para sahabat, maksudnya “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu
?” Lalu para sahabat menjawab: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu
ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta?” Lalu Baginda SAW kemudiannya
menjawab: “Sesungguhnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka
yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat.
(Namun, dalam masa yang sama) dia juga datang dengan membawa dosa menghina,
menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan
memukul orang. Lalu diberi segala (pahala) kebajikan itu kepadanya dan ini
adalah kebajikan-kebajikannya (kepada orang-orang yang dizaliminya). Maka jika
telah habis (segala) pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang
yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia
dulu), maka dosa-dosanya (orang-orang yang dizalimi) itu (pula yang) akan
dilemparkan (dibebankan) kepadanya, lalu (menyebabkan) dia kemudiannya
dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim).
Antara pengajaran
yang boleh diambil dari hadis di atas ialah, kaya bukan bergantung kepada
banyaknya harta, muflis pula bukan kerana tidak berharta. Tetapi kaya atau
muflis terletak pada hati dan jiwa yang penuh rasa kasih sayang dengan
melaksanakan perintah Allah SWT seperti memberi zakat. Ini kerana jiwa yang
bahagia dengan melaksanakan rukun Islam telah dijanjikan oleh Allah SWT akan
mendapat ganjaran pahala. Janji Allah SWT boleh kita amati di dalam surah
al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud “Dan dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah
zakat, dan apa-apa yang kamu usahakan diantara kebaikan untuk dirimu. tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi
Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan”.
Kewajipan berzakat bukan untuk
membebankan manusia, bukan juga untuk ”merampas” hak dan hasil susah payah kita
mencari harta. Dengan erti kata lain, tidak ada manusia yang akan teraniaya
hanya kerana disebabkan kita menyempurnakan rukun Islam yang ketiga. Tidak ada
manusia yang menjadi miskin kerana menunaikan zakat malahan dengan menunaikan
zakat harta kita semakin bertambah.
Tahukah
kita ke mana zakat akan diagihkan? Perhatikanlah firman Allah SWT di dalam
surah al-Taubah ayat 60 berkenaan dengan golongan yang layak menerima
zakat. Bermaksud: “Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang
miskin, amil-amil yang mengurusnya, orang muallaf yang dijinakkan hatinya,
hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk
tujuan di jalan Allah (fisabilillah), orang musafir yang (keputusan belanja)
dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu) sebagai satu ketetapan
(yang datangnya) dari Allah SWT dan (ingatlah) Allah SWT Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana.”
Maka dengan
menunaikan zakat kita secara langsung memberi sinar baru dalam kehidupan
asnaf-asnaf tersebut untuk memajukan diri, agama dan negara. Jiwa yang kaya
dengan kebahagiaan akan memberi pertolongan dan kebaikan bukan hanya di dunia
semata-mata bahkan ia akan membantu kita ketika hari akhirat kelak. Perihal jiwa yang kaya dapat kita hayati
sebagaimana yang disebut oleh firman Allah SWT dalam surah as-Syu‘ara ayat
88-89 bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat
memberikan pertolongan sesuatu apa pun, kecuali (harta benda dan anak
pinak)orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera
(dari syirik dan penyakit munafik)”.
Rebutlah peluang sementara kita masih hidup untuk menunaikan kewajipan membayar zakat serendah 2.5% daripada harta dan pendapatan kita? Semoga dengan sedikit amalan kita dapat mempermudahkan perhitungan kita di akhirat kelak dan dimasukkan ke tempat orang-oang soleh. Usahlah kita sangsi dengan ketetapan yang terkandung di dalam sistem zakat sepertimana peringatan Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 13 yang bermaksud: Adakah kamu takut (akan miskin) kerana kamu bersedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukannya, dan Allah maafkan kamu maka dirikanlah sembahyang, berikanlah zakat, serta taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui akan segala yang kamu lakukan”.Yakinlah bahawa erti kebahagian sebenar ialah dengan mensyukuri nikmat kurniaan Allah SWT ke atas harta kita dengan jalan bersedekah. Bahkan jiwa yang bahagia akan menerbitkan perasaan kasih sayang terhadap masyarakat lain tanpa merasa sangsi selain Allah SWT menambahkan keberkatan lagi harta sebagaimana yang telah dijanjikanNya.
![]() |
Anak-anakku dengan sepupunya di Rantau Panjang.. yang penting perut mereka kenyang.. |
No comments:
Post a Comment