Setiap bank / institusi kewangan yang akan mempromosikan produk akan menonjolkan kadar yang disebut BLR (konvensional) / BFR perbankan Islam). Bagi orang awam yang berurusan dengan bank, mereka hanya bertanya berapa interest sekarang?
BLR menjadi rujukan pihak bank / pemberi pinjaman untuk mengenakan berapa banyak kadar interest (faedah / riba) dalam produk pinjaman mereka. Setelah 3 dekad BLR menjadi rujukan dalam sistem perbankan moden hari ini, Bank Negara Malaysia mengakui ia sudah tidak relevan dan perlu diganti.
Hanya sekadar contoh, bukan tujuan promosi Kadar 3.99/4.77 |
Promosi hari raya - kadar 4.99% |
Lagi kadar pembiayaan |
Promosi dengan Tag line "Membantu meringankan tanggungan kewangan anda" |
BLR menjadi rujukan pihak bank / pemberi pinjaman untuk mengenakan berapa banyak kadar interest (faedah / riba) dalam produk pinjaman mereka. Setelah 3 dekad BLR menjadi rujukan dalam sistem perbankan moden hari ini, Bank Negara Malaysia mengakui ia sudah tidak relevan dan perlu diganti.
Bank Negara Malaysia badan induk sistem kewangan Malaysia-penentuan BLR dan BFR bermula di sini. |
Menurut BNM pada 2 Januari 2015 Kadar Asas akan menggantikan Kadar Pinjaman Asas (base lending rate,
BLR) sebagai kadar rujukan utama bagi pinjaman runcit kadar terapung. Ini kerana ia tidak menggambarkan keadaan sebenar / realiti tekanan kadar faedah yang perlu ditanggung kepada peminjam.
Ikuti penjelasan BNM mengenai isu di sini
atau di bawah.
Sumber; BNM 2014 Siaran Akhbar Rangka Kerja Kadar Rujukan Baharu |
Apabila BLR diakui sudah tidak relevan ("kurang" sebagaimana menurut BNM), persoalannya adakah BFR masih kekal dijadikan rujukan oleh perbankan Islam untuk mengenakan kadar keuntungan kepada pembiayaan secara Islam?
Selain itu, mengapa tidak dibangunkan kadar rujukan yang bebas dari sistem konvensional?
Hakikatnya kadar BFR secara konsisten berada di aras lebih tinggi dari BLR untuk tempoh 12 bulan bagi tahun lepas. Lihat graf di bawah. dan penjelasan pada entry di sini
Rajah menunjukkan kadar BFR & BLR dari bulan Jan-Dis 2013
Sumber: Bank Negara Malaysia 2014 |
Kita memerlukan penjelasan terperinci dan justifikasi mengapa perbankan Islam masih menggunakan BFR sedangkan BLR sudah tidak relevan dan BNM memberi janji pada 2 Januari 2015 satu rujukan baharu akan diperkenalkan.
Atau secara mudahnya, institusi perbankan Islam hanya tunggu dan lihat, "copy and paste" dan membuat sedikit ubahsuai wajah baharu BFR yang akan diperkenalkan pada tahun depan. Sebagaimana BFR diperkenalkan oleh perbankan Islam yang dkritik kerana tidak mengubah landasan pinjaman konvensional (meskipun Majlis Penasihat Syariah / panel syariah mendakwa tidak menjadi kesalahan kerana ia HANYA penanda aras sahaja.
Jika keadaan tunggu dan lihat, atau "copy and paste" terus berlaku dalam perbankan Islam maka ia tidak akan mengubah apa-apa yang menjadi kritikan oleh sarjana apabila mempersoalkan identiti Islam dalam perbankan hari ini.
Namun, inilah cabaran yang harus dipikul khususnya sarjana kewangan Islam.
No comments:
Post a Comment