10 October 2008

Adab Aildilfitri





Memelihara adab Aidilfitri

Oleh RAHISAM RAMLI
Bulan Syawal merupakan perayaan umat Islam yang disambut di seluruh dunia setelah mengharungi dugaan berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Ia juga dianggap sebagai simbol kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah SWT bagi meraikan kemenangan mengawal segala bentuk hawa nafsu yang banyak menjurus keburukan. Di sebalik pelbagai hikmah, perayaan itu juga sebenarnya mengajak kita semua agar senantiasa bersyukur kerana masih mampu menikmati ajaran Islam yang sarat dengan segala kebaikan kepada manusia.Artikel penuh...

2 comments:

Anonymous said...

LAYAKKAH KITA BERHARI RAYA
Biasanya hati seseorang muslim,
Dari ibu kota nak balik ke kampungnya,
Di hujung Ramadhan nak berhari Raya,
Bersama keluarga dan ibu bapa,
Dalam hatinya berkata:
Baju baru telah aku beli untuk Hari Raya,
Tahun ini berjayalah aku berhari Raya
Bersama keluarga pula,

Tahun sudah aku kecewa,
Aku tidak berhari Raya kerana baju baru tidak ada,
Hatiku gembira persiapan hari Raya sudah ada,
Duit gaji pun dapat, aku simpan sedikit
Untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga,
Sungguh bermakna Hari Raya di bulan Syawal ini
Bersama ibu bapa,

Moga-moga Hari Raya di masa-masa depan macam inilah juga,
Hati gembira, muka ceria, Hari Raya bermakna,

Begitulah kebanyakan orang Islam,
Menyambut Hari Raya di akhir zaman,
Apa hubungan ini semua dengan Hari Raya?

Hari Raya hari ibadah, seperti Ramadhan juga,
Satu sama lain ada hubungannya,
Bukan cara ini menyambut Hari Raya,
Ini menyambut hari pesta,
Hari sukaria tidak fikir dosa pahala,

Menyambut Syawal patut dengan hati duka nestapa,
Apakah ibadah sebulan Ramadhan diterima Tuhan,
Dosa diampunkan, doa dikabulkan Tuhan yang Esa,
Berhadapan dengan Hari Raya cemas dan harap,

Cemas kalau ibadah tertolak,
Harap moga-moga ibadah diterima Tuhan,
Di Hari Raya sentiasa menjadi tanda tanya,
Apakah kita mendapat keredhaan Tuhan?

Walau pun kita ikut bersama berhari Raya dengan orang ramai,
Hati tidak gembira,
Hati merasakan tidak layak berhari Raya,
Hari Raya adalah untuk orang-orang bertaqwa,

Jangan-jangan kita orang dimurka,
Walau pun Ramadhan bulan dan berkat,
Bukan semua orang yang dapat,
Ditakuti yang dapat adalah laknat.

SALAM UKHWAH...SALAM IDULFITRI...SAYA LINK BLOG SAUDARA.

RAHISAM RAMLI said...

Salam Saudara Raja Marzuki

Saya tertarik gaya penulisan saudara..padat dan puitis.

Hari Raya, ziarah, salam dan bermaafan tetapi benarkah ZAHIR dan BATIN? Ucapan2 hari raya tidak lebih sekadar ungkapan manis sedangkan jauh disudut hati ego masih tebal dalam diri.

Saya setuju dengan cara bagaimana patut kita berkempen agar TAKUTKAN ALLAH..

wallahua'lam