03 June 2008

Jom masuk FPI KTIAM


Bentuk Al-Quran di atas rehal adalah melambangkan asas-asas pengajaran yang berpandukan kitab Allah kerana segala ilmu pengetahuan yang terdapat di dalamnya
Rehal melambangkan wadah atau tempat di mana Kolej menyediakan segala kemudahan pendidikan.

Simbol tiga lingkaran berbentuk bujur melambangkan ilmu Sains dan Teknologi Islam yang hidup dan berkembang maju selaras dengan tuntutan Agama Islam.
Motabot melambangkan KTIM sentiasa mengutamakan kecermelangan ilmu yang disampaikan.
Empat warna digunakan di dalam logo iaitu :-

Warna merah melambangkan Kolej Teknologi Islam Melaka yang dinamik.
Kuning melambangkan keagungan dan kedaulatan agama islam.
Ungu bermaksud lambang kegigihan, bersatu-padu, efisien dan intelektual.
Putih melambangkan kemurnian ilmu dan kesucian ajaran agama islam yang ingin diterapkan kepada pelajar.

Pilih yang mana satu dekat di hati anda.Jangan bimbang semuanya telah diiktiraf oleh MQA (dahulu dikenali sebagai LAN)
Program yang ditawarkan di FPI:

1. Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam
2. Diploma Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia
Sumber Manusia
3. Diploma Undang-undang dan Syariah
4. Diploma Kaunseling
5. Diploma Kewangan Syariah

4 comments:

Anonymous said...

dip und2 n syriah plg best...lau msk gerenti x nk kuar...lectrr satu kpla..trse kte bakal menegakkan keadilan..demi AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.....bnyak program kteorg wat...especially SRSP yg grand 2..huhuhu
(by:duus 5)

RAHISAM RAMLI said...

Apa yang bestnya? Program SRSP tu apa?? mcm bunyi SIRAP je..

Anonymous said...

best ke belajar di ktiam?

saya pelajar yang akan menghadapi spm tahun ini..
nak masuk undang-undang dan syariah...
adakah ia susah untuk dibawa?
berapa subjek yang dibawa?

adakah semua pensyarah baik dan memberi kerjasama jika sama hendak belajar?
jika tidak, apa yang boleh saya lakukan? berhenti selagi belum mohon ptptn? atau kerja saja lebih baik?
bagaimana dengan PTPTN?

khalilsempoi said...

Salam...

Terima Kasih diatas penaiktarafan FPI ke API. Smoga akan bnyak lg prubahan yg akan dilakukan. Contohnya seperti pnukaran sistem penghawa dingin di bilik kuliah dan tutorial dan sebagainya.