03 June 2008

Graduan lembik, tidak bermaya?


Isu mengenai graduan tempatan tidak berkualiti memang telah lama ditimbulkan lebih-lebih lagi ketika negara cuba mengisi tempat pekerjaan untuk mereka. Banyak faktor-faktor yang cuba dikaitkan kenapa graduan susah nak dapat kerja sekarang. Antaranya faktor paling popular ialah kerana kelemahan menguasai Bahasa Inggeris, keputusan CGPA terlalu rendah, tidak ada kemahiran dan pengalaman kerja serta pelbagai lagi faktor yang dilemparkan kepada mereka.

Harapan semua pihak termasuk ibubapa, majikan, pensyarah dan kerajaan sendiri mahukan graduan ini akan mendapat kerja yang bagus, bergaji lumayan (sekurang-kurangnya setaraf dengan kelayakan), tidak menjadi penganggur bertauliah :) dan akan menyumbang tenaga untuk diri, keluarga dan negara. Persoalannya sampai bilakah kita asyik terlalu melemparkan banyak andaian negatif dan membuka kelemahan graduan tempatan.

Bukankah kita semua wajar membantu, mendorong, memotivasi, mencari idea dan melibatkan mereka dalam dunia luar yang lebih mencabar ketika ini. Hentikan segala perbandingan graduan tempatan atau luar negara yang mana lebih berkualiti. Lebih baik kita menumpukan usaha-usaha ke arah menganjak kualiti bakal graduan ini seiring dengan cabaran global.
Kepada graduan (especially DPPI dan FPI KTIAM) jangan cepat putus asa, teruskan usaha untuk mencari pendapatan sendiri. Ingat bahawa rezeki Allah SWT sangat luas di bumi ini.

No comments: