Pada 4 dan 5 Disember lalu saya menghadiri persidangan World Universities' Islamic Philantrophy Conference 2014 (WUIPCON) bertempat di bangunan Menara Bank Islam Kuala Lumpur. Di bawah tema "Tranformasi Filantropi Islam Demi Kegemilangan Ummah", pelbagai isu dikupas oleh para pembentang kertas kerja dan ucaptama jemputan. Istilah filantropi secara asasnya bermaksud rasa kasih sayang terhadap manusia, kedermawanan. Melihat isu-isu negara Islam menimbulkan pelbagai persoalan apakah sifat dermawan telah sebati dalam diri orang Islam?
Saya
turut membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Mekanisme Agihan Zakat
Asnaf Mualaf Berdasarkan Realiti Semasa" mewakili pihak KUIM yang memperjelaskan isu-isu agihan zakat kepada mualaf. Sebanyak 57 kertas kerja dan 3 ucaptama dibentangkan selama 2 hari di ibu kota metropolitan.
Dalam surah al-Isra’ ayat 30 Allah SWT memberi ingatan maksudnya: “Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
dan ia juga yang menyempitkannya. Sesungguhnya dia maha mendalam pengetahuannya, lagi maha melihat akan hamba-hambanya”.
Allah SWT seterusnya memberi petua bagaimana
filantrofi menjadikan kita kaya menerusi firman-Nya dalam surah al-Mujaadalah
ayat 13 yang bermaksud:“Apakah kamu takut akan menjadi miskin karena kamu
memberikan sedekah sebelum mengadakan pembicaraan dengan Rasul? Maka jika kamu
tiada memperbuatnya dan Allah telah memberi taubat kepadamu maka dirikanlah
shalat, tunaikanlah zakat, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; dan Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Mekanisme
infaq, sedekah, waqaf, zakat, hibah, wasiat dan lain-lain memerlukan
daya usaha, wawasan dan pelan tindakan yang lengkap untuk merealisasikan
agenda filantropi.Untuk itu, golongan agamawan dan ahli korporat perlu
berganding erat untuk memperkasakan filantropi Islam yang sarat dengan
pelbagai hikmah untuk individu dan negara.
|
Sampai awal di dewan ballroom umpama hotel, bunting yang menarik seperti world class. |
|
CEO Kopsya, Dato' Syed Ghazali Wafa bentang ucaptama 1 |
|
Dato Sri Syed Zainal Abidin sebagai ucapatama 2 |
|
Pandangan malam dari hotel |
|
Balik menuju ke LRT KLCC-belum kesampaian menaiki jejantas. |
|
RM2.00 sekali masuk tandas termahal di level tertentu KLCC. |
|
Ketika melalui laluan pejalan kaki, 3 pekerja sedang membasuh laluan itu. |
|
Laluan jalan kaki yang menghubungkan KLCC ke jalan Ampang dan Jalan Pinang. |
Oleh kerana saya menginap di hotel Ancasa atas puduraya atau nama komersial UTC, maka kaedah terpantas untuk ke tempat persidangan ialah menaiki sistem pengangkutan awam paling murah, laju dan menyihatkan, iaitu LRT. Berjalan kaki dari hotel ke stesyen Masjid Jamek, beli token (tiket) hingga ke stesyen KLCC. Tak sampai 5 minit, sentiasa penuh dengan penumpang. Kemudian berjalan kaki ke bangunan Bank Islam, menerusi laluan pejalan kaki yang sibuk dengan pelbagai ragam manusia.
No comments:
Post a Comment