19 January 2009

Angka:petunjuk positif atau krisis?



ANGKA boleh memberi satu petunjuk baru yang positif selepas berlakunya sesuatu fenomena. Namun begitu, kita juga boleh menterjemahkan ianya sebagai krisis yang bakal memporakporandakan jika tidak bersedia dari sekarang...(ini bukan ramalan nombor ekor atau menilik nasib). Terpulang kepada empunya diri untuk membuat penilaian berasaskan kebijaksanaan dan kepentingan semua.

1. 20 Januari Barrack Obama dinobatkan sebagai Lelaki Paling Berkuasa DiDunia, Presiden AS ke 44.

2. 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina hujung bulan ini.

3. 22 hari Israel membedil wilayah Palestin, membunuh 1,199 orang,termasuk 410 kanak-kanak dan mencederakan 5,300 orang.

4. Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) 32,883 undi, Wan Ahmad Farid (BN) mendapat 30,252 undi dan Azharudin Mamat @ Adam (BEBAS) 193 undi.

5. Dalam tempoh 2000-2007, jumlah kemasukan pekerja asing dalam negara meningkat sebanyak 153 peratus daripada 807,000 kepada dua juta orang. Jauh lebih besar daripada peningkatan jumlah dagangan (7.1 peratus) dan FDI (12.1 peratus) dalam tempoh yang sama. - Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali ialah Pengarah Malaysian Development Insitute (MDI) Unit Perancang Ekonomi (EPU).

2 comments:

Pok Li said...

Angka kerap membawa tafsiran yang pelbagai, positif dan negatif. Ekonomi negara yang masih berlandaskan perdagangan import-eksport pasti akan terjejas dengan suasana muram ekonomi dunia sekarang. Pekerja pula diberi cuti atau diberhentikan, 45 ribu bukan sedikit. Ketika mereka tiada pekerjaan jutaan peluang sudah dimiliki atau dirampas oleh pendatang. Takut nanti kita umpama, 'kera dihutan disusui, anak sendiri mati kelaparan'

MAZEMIE MAZ said...

Salam Tuan Rahisam,

Angka ketika ini adalah penunjuk krisis dan kritis.