11 December 2008

Mitos atau Fakta?


Diubahsuai daripada Bernama.com.my

Kes 1.

PENGGABUNGAN menjadi trend syarikat untuk mengembang daya saing dan melebarkan perniagaan. Itu tujuan asa. Tetapi lain pula hasil kajian yang dijalankan oleh A.T Kearney yang menjalankan kajian. Hasil kajian mereka mendapati bahawa (Dinyatakan oleh Pengarah Urusan A.T. Kearney Timur Tengah Dr Dirk Buchta):

  1. 70 peratus penggabungan berdepan masalah yang lebih buruk.
  2. 29 peratus syarikat mencapai sasaran peningkatan keuntungan selepas sesuatu penggabungan atau pengambilalihan.
  3. 57 peratus tidak mencatatkan prestasi baik.
  4. 14 peratus langsung tidak mencatatkan sebarang perubahan selepas penggabungan.
  5. Mempunyai rakan kongsi yang silap adalah pergabungan paling buruk.
  6. Jangan sesekali menggabungkan syarikat yang menghadapi masalah.
  7. Selesaikan masalah terlebih dahulu, kemudian barulah bergabung dengan syarikat kukuh.



 

p/s: Malaysia melaksanakan trend penggabungan dan sehingga ke hari ini ianya dilihat sebagai trend yang positif. Lihat sahaja institusi perbankan dan perladangan yang digabungkan menjadi sebuah syarikat mega dalam industri masing-masing. Laporan kewangan sentiasa mendapat laba berjuta ringgit..(alhamdulillah, moga diinfaqkan ke jalan yang benar). Bijak, bijak..


 

Kes 2.

KADAR pengangguran di Malaysia pada tahun depan (..hanya beberapa hari sahaja lagi) dijangka meningkat daripada 3.5 peratus kepada 4.5 peratus. Puncanya ialah kelembapan ekonomi global yang semakin membesar umpama kanser yang merebak. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). Pengarah Eksekutifnya, Professor Emeritus Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem, berkata dalam suku ketiga tahun ini, rakyat Malaysia yang menganggur berjumlah 12,000 orang.

Perkara ini dinyatakan pada majlis dialog dengan Professor Robert Engle, yang memenangi Hadiah Nobel bagi ekonomi pada 2003. Engle berkata Malaysia mungkin menghadapi tempoh yang sukar seperti juga ekonomi-ekonomi lain di Asia. "Kita harap China akan dapat bertahan. Jika China juga bergelut (dengan krisis ekonomi semasa), ekonomi-ekonomi lain di Asia turut akan berdepan dengan tempoh yang sukar," tegasnya.

p/s : Kita bergantung harap pada negara China, tetapi bagaimana? Perkara paling mudah belilah produk buatan China. Umpamanya kenderaan MPV Cherry berharga RM 86,000.00++, kuasa enjin 2.4 C.C buatan Mitsubishi..(bukan promot dengan sengaja). Apa lagi ye barang buatan China agar ekonomi kita tidak lumpuh?

Istilah penganggur adakah mereka yang dikatakan : (A) tidak bekerja, (B) bekerja tanpa gaji setimpal, (C) sudah diberhentikan majikan tanpa sebab, (D) bekerja ala kadar

3 comments:

Pok Li said...

Saya rujuk kes kedua. Adakah kita perlu membeli barangan import ini untuk membantu ekonomi negara China. Ekonomi global memang berada dalam keadaan parah, namun usaha dari Kementerian Kewangan untuk membesarkan 'domestic demand' dengan menggiatkan kerja-kerja kontrak skala kecil yang memberi peluang kepada kontraktor kelas F harus dilihat kepada usaha membendung pengganguran dan masalah tiada kerja.

Berkaitan penggangguran, negara mungkin menghadapi tempias daripada tindakan Singapura mengecilkan jumlah pekerja kebanyakkan pekerja itu dari Malaysia. Kita juga mungkin menghadapi kembalinya pekerja-pekerja 'high end' dari luar negara yang mengalami masalah ekonomi di Amerika dan juga Eropah. Import negara yang juga menurun sehingga -2.8% pada bulan Oktober 2008 juga membimbangkan kepada kesan penutupan kilang-kilang di negara ini. Langkah-langkah pengecilan operasi dan menghadkan waktu bekerja dijangka mampu mengurangkan pembuangan pekerja selain dari tindakan pembuangan hanya kepada pekerja asing. Jika ini tidak dilakukan mungkin ia membawa nasib malap kepada kehidupan pekerja industri.

Kita berharap bahawa apa yang janjikan oleh Obama untuk menyuntik pakej rangsangan ekonomi sejumlah 786 bilion sebagai tindakan pertamanya menerajui Amerika , begitu juga China US 586 bilion dan Korea Selatan sejumlah US8 billion mampu untuk mengurangkan kesan kejatuhan ekonomi sekarang. Langkah kerajaan menyuntik pakej ransangan ekonomi bagi tambahan bajet 2009 sejumlah RM 7 billion juga dijangka mampu memperlahankan kesan kegawatan ekonomi global. Jumlah rizab negara yang tinggi dengan mampu 8 bulan impot dan pinjaman tidak berbayar yang rendah 2.4%. Namun kita harus berhati-hati menghadapi musim ekonomi yang suram ini samada ia berlaku dalam tempoh yang lebih pendek daripada 2010 atau terus lebih lama daripada itu. Kita tidak mampu meramal.

Unknown said...

Slm Sdr Rahisam,

Berkenaan kes pertama, sebenarnya memang benar kajian yang menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penggabungan tidak menepati sasaran. Apabila berlaku penggabungan, yang untung ialah syarikat perunding/consultancy kerana mereka mengaut untung besar membuat kerja 'due diligence'dan menstrukturkan modal syarikat. Cuba lhat institusi mana yang menguruskan proses penggabungan perladangan terbesar di Malaysia. Syarikat itulah yang mencatat untung besar.

MAZEMIE MAZ said...

Salam Tuan Rohisam,

dalam keadaan ekonomi tak menentu,
pengangguran sudahlah tentu
cuma kita harap agar ia tak berpanjangan
supaya tidak akan memburukkan lagi keadaan.