21 December 2008

Suratan atau Kebetulan

Klik dulu lagu ni sambil membaca entry di bawah.



Anak yang tidak mengerti mengapa ibunya sering merayu bantuan



Hanya gerai ini sahajalah tempat mencari rezeki menampung hidup


Rekod perubatan yang hampir koyak, sering sakit dan sentiasa memerlukan ubat asma.


Kad OKU dan alat pendengaran yang sudah tidak berfungsi.

KETIKA ini saya sedang membuat kajian rintis mengenai kemiskinan. Antara soalan dari keluarga si miskin yang saya temui seperti berikut:

MISKIN    : "Macam mana nak makan sebulan dengan RM100?"

SAYA    : "?"

MISKIN    : "Kenapa tak de pegawai Majlis Agama Islam datang tengok rumah kami?"

SAYA    : "?"

MISKIN    : "Rumah ni pun dah dapat surat merah sebab 3 bulan dah tak mampu bayar, kalau kena halau nak tidor mana?"

SAYA    : "?"

MISKIN    : "Nak kerja macam mana saya ada sakit jantung, kencing manis, asma? ( Sambil tunjuk segala macam ubat, rekod perubatan hospital).. jarum insulin pun saya pakai sampai tumpul baru beli lain."

SAYA    : "?"

MISKIN    : "Saya dokong anak saya ( berumur 1 tahun 8 bulan, baby perempuan yang comel) pergi mohon bantuan, kenapa mereka susah nak luluskan?"

SAYA    : "(Saya teringat anak sebaya saya)"

MISKIN    : "Saya dulu berniaga modal RM30, tapi dapat RM20 macam mana nak roling modal esok hari?"

SAYA    : "?"

MISKIN    : "Majikan marah sebab saya selalu cuti jaga mak saya sakit di rumah, saya berhenti kerja tapi macam mana nak cari duit?"

SAYA    : " (Sebelum balik saya hulurkan sedikit wang tidak seberapa...sambil memandang mata si miskin yang penuh harapan, tapi bertanya dalam hati-rintihan mereka tak dapat didengar oleh pegawai yang menguruskan borang permohonan bantuan...turunlah dan lihat sendiri keadaan mereka. Sampai bila mereka perlu bertanya?

7 comments:

Pok Li said...

Masalah yang tak pernah selesai. Perlu bantuan Jabatan Kenajikan Masyarakat. Pernahkah dia ini ke JKM atau kegagalan jaringan mengesan kemiskinan oleh mekanisme kerajaan seperti JKKK atau Penghulu. Adakah ianya berlaku di bandar yang kurang jelas mekanisme jaringan mengesan kemiskinan ini.

Kembara Politik said...

Salam Tuan;

Minta jasa baik Tuan untuk melanjutkan perkara ini ke Majlis Agama Islam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar ada tindakan diambil.

Apa pun Kerajaan Persekutuan perlu lebih prihatin dgn jumlah bantuan yang sepatutnya diberikan kpd golongan yang memerlukan. RM100 untuk sebulan umpama melepaskan batuk di tangga.

Majlis Agama Islam negeri perlu lebih proaktif dalam mengenalpasti golongan miskin di negeri masing2.
Masyarakat sekeliling pun jgn kedekut sangat untuk membantu anak bangsa sendiri.

Anonymous said...

Saya sokong..mana org2 jabatn kebajikan masyarakat??korang kerja ke tak??selalu bg alasan bukan awk je yg miskin tp ramai lg yg sy nk uruskan..JKKK perlu mainkan peranan pnting supaya rkyat di kampung tidak hidup sengsara.tak kesian ke tgk anak bangsa kita sndri yg mghadapi ksususahan?mgkin hari ini kita sng,esok lusa pula kita tahu ke khidupan kita mcm mana??igtlah tggungjwg kita adalah amanah Allah.

RAHISAM RAMLI said...

Salam Pok Li,Kembara Politik dan Rezuan Osman. Memang itulah tujuan kajian yang sedang saya lakukan. Akan dipanjangkan ke Majlis Agama Islam. Banyak sebab situasi ini berlaku dan semuanya terangkum dalam kajian saya. JKM, JKKK dan sesiapa pun berperanan besar membantu mereka-atas nama Islam

Anonymous said...

Kita sendiri sebagai orang ramai dan juga sudara seagama perlu tolong report kan hal ini kepada organisasi yang berkaitan. Badan berkaitan tu bukannya ramai sangat kakitangannya nak meronda satu Malaysia ni nak cari orang yang memerlukan bantuan. Mereka ada mencari golongan miskin, tapi berapa ramai sangatkah yang mereka dapat cari dalam masa sebulan. Lebih baik dan cepat, kitalah sendiri sebagai rakyat prihatin yang perlu melaporkan keadaan seseorang itu kepada pihak berkaitan. Bukan ke kita juga yang mendapat pahal besar dari Allah?

Anonymous said...

Meamng suratan tapi bukan kebetulan. kadang-kadang ada usaha tapi tak dihargai oleh orang lain. dahla miskin dipandang rendah pulak, macam mana nak berjaya.

dah banyak saya tengok, yang miskin terus miskin sampaila ke anak cucu,

kita hanya boleh berhujah tp tlg xnak.

ramai yg beranggapan peminta sedekah kaya sebab dpt kumpul duit tiap2 hari hinggakan ada orang xnak sedekahkan duit sebab meanggap kalau 20 orang bagi seringgit dalam sehari, sebulan dah dapat 6 ratus.Cuba Anda bayangkan betapa malunya peminta sedekah tu nak berhadapan dengan orang ramai sambil menadah tangan menyebut ayat2 yang tak dapat difahami. walaupun perih dilaluinya juga.

wahai orang yang bertanggungjawab . . . tolonglah mereka yang memerlukan pertolongan bukannya mementingkan diri sendiri.

Allah dah aturkan bagaimana zakat digunakan,
Fungsinya Baitulmal,
Enakmen2 Diperuntukkan,

Jalannya dah ada, cuma perlaksanaannya belum dilakukan.
Cepatlah sebelum terlambat,
bantulah mereka yang memerlukan

RAHISAM RAMLI said...

Salam sakinah. Terimakasih penjelasan anda. Setiap hari akan ada entry saya tentang mereka, kadangkala tak tahan mendegar rintihan.Suratan bahawa iilah kajian yg sedang sy lakukan.