28 October 2008

Berpada-padalah..


Memetik laporan Utusan Malaysia online hari ini, antaranya MCA mahu 30 peratus ekuiti bumiputera dihapuskan dalam syarikat senaraian awam. Dengan alasan supaya ia terus berdaya saing.

Sebelum ini pun mereka mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN 2 untuk MCA dengan alasan mengembalikan keyakinan rakyat.

Begitulah rupanya jiran baik dalam BN, minta dan minta lagi, bukan membantu tetapi terus mencadangkan dengan pelbagai alasan yang akan membelakangkan usaha membantu bumiputera.

Dasar liberalisasi berdasarkan merit dan kekuatan memang baik (untuk meningkatkan daya saing), tetapi dari sudut ekonomi pengagihan kekayaan bukan dilihat siapa kuat dia dapat, yang lemah keciciran. Itu kapitalis punya sistem. Lagi pun kouta 30 peratus pun bukan banyak mana jika mereka nak minta lebih berbanding dengan nikmat yang telah sedia ada dan kouta tersebut juga bukan penghalang untuk kaum-kaum lain menikmati kemewahan di negara ini.

Sebelum ini ada juga kalangan orang Islam yang memberi cadangan supaya duit zakat diagihkan kepada orang bukan Islam. Kalau kita tahu sebenarnya memang kita dah agihpun (asnaf muallaf memang dapat 1/8 bahagian zakat-ada muallaf yang dah pergi menunaikan haji dan umrah dengan bantuan dana Majlis Agama Islam, saya sendiri belum mampu ke sana) tak perlu dinyatakan lagi. Kita bagi mereka kerana itu hak asnaf yang layak.

Islam memang prihatin dengan semua kaum. Tetapi berpada-padalah. Nanti apa lagi yang tinggal untuk bumiputera dan orang Islam di Malaysia ni. Jangan esok-esok tanah kubur pun nak minta tambahan supaya alasan dasar liberal ini dijadikan hujah lapuk nak minta itu dan ini.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Berpada-padalah kalau nak minta pun.Selepas ini entah apa lagi cadangan mereka agar dapat merasa nikmat kouta bumiputera yang berikutnya?

Semangat hari raya masih terasa lagi. Semua bangsa saling berkunjung ke rumah terbuka. Kita tidak bangkitkan langsung isu perkauman. Cerita bertanya khabar dan berkenalan menjadi bualan biasa tanpa ada provokasi.
Terima kasih kepada pelajar DUUS 5 dan 4, DPPI 6 (2008) yang datang berkunjung ke rumah saya semalam.
Petang semalam juga pergi beraya Deepavali rumah jiran saya, seronok sambil makan kuih, berbual dan teruja juga bila dipromot filem chandramurkhi (cerita seram Tamil)nak juga cari DVD nanti :-)Itu cerita rakyat biasa seperti saya dan jiran dari bangsa-bangsa lain.

5 comments:

Pok Li said...

Salam saudara Rahisam. Sukarnya memahami pemikiran orang politik. Isu di timbulkan hanya lah untuk mencari pengaruh dan populariti. Namun begitu kebijaksanaan orang politik juga penting untuk menjaga kebajikan orang marhaen seperti saya. Mungkin dalam suasana politik sekarang, semakin banyak tawar menawar dilakukan. Siapa yang dapat untung dan siapa pula yang rugi. Bergantung kepada kecekapan pihak mana yang lebih bijak. Jangan lah bijak nya memijak.

Unknown said...

entah ler....kadang2 kalau dilihat dari sudut kemanusiaan memang patut apa yang MCA buat......

but as 'pok li' said, this is politic matter....

dah takde isu nak bagi MCA's follower maka di ulang-ulang kontrak sosial yang semua dah faham tapi buat2 tak faham...

heh.

RAHISAM RAMLI said...

Pok Li-saya setuju. Tapi mengapa di sebalik kelembutan UMNO maka peluang ini diraih oleh mereka yang sentiasa pandai mencari ruang. Meskipun mereka tahu ramai orang akan marah tetapi yang penting mereka tidak putus asa.

Pendekar-kontrak sosial menjadi forum menjadi pujaan ramai sekarang ni. Bangsa Melayu kena study betul-betul baru boleh perjelaskan.Jangan harap pemimpin sahaja,sebab mereka juga banyak kerja lain.

Brahim Nyior said...

Rahisam,

Persoalannya, benarkah pemimpin Melayu kita selama ini membela nasib bangsa?

Usah bercakap pasal nak bela bangsa, sedangkan semasa berkuasa, hanya tau nak penuhkan tembolok diri sahaja.

Saya rasa orang Melayu terutama yang berpendidikan sudah semacam kecewa dengan pemimpin Melayu yang hipokrit begini.

Hanya fikir untuk kejar pangkat, kedudukan dan jaga kroni. Orang Melayu yang merempat, jadi setinggan, menganggur, merempit, zina... aduhai..banyaknya masalah bangsaku.. sob,..sob...

RAHISAM RAMLI said...

brahimnyior, saudara seperti terlalu kecewa dengan segala keserabutan yang berlaku hanya kerana sebahagian pemimpin yang tidak mendidik rakyat bawahan.

Rakyat juga harus dipersalahkan kerana mengaharapkan perfectionist,mahukan semua impian jadi kenyataan.

Saya juga bekas fasilitator BTN,pernah bertanya kepada perserta apa lagi yang mereka mahukan selain gaji? Kesimpulannya apa yang mereka nak lagi ialah semuanya ada sedia terhidang. Lagi banyak dapat lagi bagus.

Melayu yang berpendidikan, juga tidak memahami politik matang akhirnya merajuk dengan memangkah parti lain-alasannya mudah kerajaan hari ini lemah.

Sepatutnya memilih kerajaan juga harus dengan penuh strategi, bukan dengan melepaskan marah, kerana keputusan yang berlandaskan kemarahan adalah didorong oleh syaitan yang sentiasa hendak memesongkan manusia.

Kita tidak ketandusan dengan pemimpin cemerlang, cuma kita mahukan yang terbilang-tidak semuanya akan terhidang di depan mata..kita sendiri kena usaha.