02 November 2008
Tegas atau Ganas?
Rahisam Ramli
MUTAKHIR ini banyak perbahasan mengenai orang Melayu, khususnya menyentuh soal survival politik dan kedudukan Agama Islam. Ketika saat kita meraikan nikmat ulangtahun yang ke 51 perayaan kemerdekaan banyak pula yang hendak melanyak sepuas-puanya Melayu/Islam di Malaysia dari pelbagai sudut dan penuh strategi.
Soalnya apakah pilihan yang ada pada tangan yang berkuasa seperti pihak kerajaan? Hendak bertegas pada keharmonian kaum namun telah disalahanggap sebagai tindakan ganas lagi tidak bertamadun kerana adanya penahanan suspek melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kalau tidak bersalah sudah tentu kerajaan tidak guna ISA, macam guru displin sekolah nampak tegas sebab bawa rotan. Kalau pelajar kurang ajar alamatnya rotanlah yang akan digunakan (nampak ganas juga). Tetapi mereka yang tak buat salah tak kenalah rotan tu, bukannya main belasah saja sebab guru disiplin pun guna akal juga sebelum merotan.
Bila prinsip demokratik berkembang subur dengan lajunya di bumi bertuah ini ada pula yang hendak kembali ke zaman autokratik. Mungkin demokratik telah menjadi peledak api marah dan dendam yang sudah lama tersimpan di benak masing-masing. Umpama lembu yang dilepaskan dari kandang, habis dilanggarnya sekali tuan punya lembu sebab pagarnya sudah terbuka dengan seluas-luasnya.
Jika dibiarkan semuanya berbahas dalam Dewan Rakyat dah umpama pasar malam, sampai Menteri nak menggulung hujah sampai tergulung lidah. Belum sempat menjawab suka sangat mencelah (kalau budak-budak kita kata suka menyampuk). Dibuatnya Dewan Rakyat tu macam rumah sendiri, cakap sesuka hati. Keadaan ini menampakkan kelemahan dan mengikut telunjuk katanya, tetapi jika sesuatu tindakan yang diambil untuk bertegas dipertikaikan pula.
Ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus itu pun hendak disapu bersih dengan alasan dangkalnya supaya berdaya saing di pasaran terbuka. Itu tegas atau ganas namanya masing-masing berdegar-degar memberi respon yang pelbagai.
Majlis Raja Raja Melayu telah pun bertitah agar menjaga segala yang telah termaktub di dalam perlembagaan demi menjamin perpaduan kaum. Kalau dah Raja Melayu pun bertitah memberi peringatan kepada kita semua tidakkah ianya sudah sampai ke kemuncaknya.
Melayu/Islam mesti bertegas Artikel 153, Perkara 3 Fasal 1, Perkara 152, Perkara 121 (1A), dan untuk itu semua kena mengetahui (sekurang-kurangnya) kena beli dan baca Perlembagaan Persekutuan. Kalau tak faham kenalah belajar undang-undang supaya lebih arif dari Majlis Peguam.
Tegas kena berilmu, tetapi ganas tidak bertempat akhirnya memakan diri sendiri. Ganas umpama tentera yang menyerang tanpa strategi (hentam kromo je), bertegas ada hujah dan semuanya senada seirama.
Bukan mudah untuk bertegas, tetapi sangat mudah untuk mengganas.
[Hari ini kerajaan bersetuju menurunkan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen lagi. Menjadikan harga baru petrol RM 2.15 dan diesel RM 2.05.
ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah SWT, kepada kerajaan berbanyak-banyak terima kasih daun keladi, kalau ada turun lah lagi ye.
Kepada pemborong, peruncit, peniaga dan siapa-siapa yang dulu dok bagi alasan minyak naik so harga barang pun melambung,bila lagi nak turun.?..takkan buat tak tau je kot!! Malulah sikit, takkan nak tunggu minyak jadi air]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Betul, bukan Melayu perlu ingat bahawa 30% yang diperuntukkan, tidak sebanyak mana.
Sedar di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Penurunan harga minyak boleh mengurangkan kadar inflasi, asalkan peniaga dan pemborong tak tamak.
Tapi selalunya, harga barang jadi cerita "Bangau Oh Bangau".
Kerajaan perlu tegas, KPNHEP perlu saman peniaga dan pemborong rakus.
Apa kata kita boikot kedai bukan Melayu? Boleh tak?
Salam Perkenalan Sdr Rahisam,
Saya pun akan menyediakan pautan kepada blog saudara.
Terima kasih
salam ustaz.. alhamdulillah minyak turun 15 sen.. kalo mengikut sumber2 lain yang saya tahu, minyak sepatutnya lebih murah.. tapi tak pelah.. jadilah hamba yang bersyukur..
cume bagi ana ustaz, mcm mane keadaan sekalipun, kerajaan dalam menatasi masalah perkauman tidaklah boleh menggunakan ISA.. sbb kalau kita lihat keluarga mangsa-mangsa tahanan ISA, oleh mengalirkan air mata. seharusnya kerajaan yang ada skrg fikir satu jalan yang lebih berkesan macm mana nak selesai masalah perkauman ini.
lagi satu ustaz, bagi ana masalah perkauman ini tercetus berpunca daripada wujudnya parti-parti yang bersifat kebangsaan. seharusnya parti-parti yang ada di malaysia lebih kepada dasar keagamaan dan bukannya kemelayuaan atau perkauman.. pada hemat ana sahaja ustaz..
Salam brahimnyior-Apa yang penting sebagai orang Islam di bumi bertuah Malaysia ni, banyak-banyaklah bersyukur, lebih-lebih lagi kita mempunyai pemimpin yang 1st Class juga.
Cuma kadangkala ranjau selalu menjadi ujian kepada setiap perjalanan bangsa.
Saudara Razali-terima kasih, saya juga berminat dengan ruangan di dalam blog saudara.
Iqbal-anakanda DUUS..parti yang bersifat keagamaan ye saya sangat setuju kerana Islam sifatnya UNIVERSAL merentas sempadan bangsa dan tempat.
Sayangkan keluarga bermakna kita membahagiakan kehidupan mereka, sayangkan diri sendiri kita menyeksakan kehidupan mereka. Mana yang lebih awla antara keluarga dan negara?
Jawapannya sudah tentu kepentingan awam lebih awla kan. Mesti dah belajar Usul Fiqh dengan Ustazah Saharia, gunakan hemat dengan ilmu.
TAHNIAH Iqbal kerana mengikuti perkembangan ini. Ini juga hemat saya Iqbal
Post a Comment