10 December 2008

Hujan, Bukit dan Hari Raya


BULAN Disember 2008 penuh kisah manusia. Hujan di seluruh negara menjadi musibah kerana banyak barang berharga dan rumah terpaksa dihanyutkan air. Nyawa manusia pun ada. Hujan bagi penoreh getah bermakna terpaksa duduk di rumah sambil melihat awan bila akan cerah, meskipun harga getah menurun jauh lebih rendah dari harga sekilo beras tetapi duit belanja perlu dicari juga. Soalnya, siapa yang menentukan harga getah di pasaran?

Bukit antara yang menjadi tumpuan kerana mempunyai pemandangan indah, aktiviti mendaki sebagai tempat menguji ketahanan fizikal kini juga merupakan musibah. Meskipun namanya diberi begitu gah seperti Bukit Antarabangsa dan Bukit Mewah tetapi hari ini bukit itu hanya mengundang musibah. Apatah lagi mungkin harga hartanah sudah tidak lagi semewah namanya lagi. Mungkin kalau dilelong juga harga tidak naik kerana siapa yang berani mendiami rumah di atas, bawah atau cerun bukit selepas ini..(mungkin berumah di tepi laut lebih selamat agaknya). Soalnya, siapa yang meluluskan pembinaan, mengapa pula ramai yang membeli? (selepas ini para peguam akan kerja lebih sebab isu tuntut pampasan dah semakin meningkat macam bukit juga?

Hari Raya Eidul Adha tetap meriah kerana adanya aktiviti sembelihan binatang korban. Apatah lagi harga sekilo dagingnya merupakan makanan mewah bagi yang terpaksa makan sekadar kenyang saja. Agihan daging korban harapnya menjadi tali persaudaraan umat Islam, yang masih dikenali sebagai umat termiskin, tertindas dan ada juga terbabas dek masalah sosial..(terganas pun ada bila nama Osama, al-Qaeda, Taliban dan terbaru di Mumbai dikaitkan dengan umat Islam). Soalnya, adakah berkorban sebagai pengganas juga dilihat sebagai jihad fi sabilillah ?

p/s Gambar bulan tersenyum..Masya Allah, Subhana Allah.

2 comments:

MAZEMIE MAZ said...

salam,

bila terjadi apa-apa,
kita selalu kata
jgn tuding jari kpd sesiapa.

mam org yang 'melakukan' dosa
terus-terusan lega dan berbangga
buat salah pun tak ada apa-apa
pangkat dan gaji naik juga
senyum lebar berjela-jela
yg berdosa terus bermaharajalela
undang2 di celah kangkang kera...

Anonymous said...

"HUJAN, BUKIT dAN HARI RAYA . . .saling berkait rapat antara satu sama lain,amat rapat. Bila tiba hari raya hujan tak sabar-sabar nak meraikannya sampaikan takbir raya turut diiringi hujan.

adakah hujan yg turun meraikan hari kebesaran Islam ataupun menangis dengan kerakusan manusia?

Bukit yg gah dari pandangan, tersergam indah mencakar langit rupa-rupanya dibendung duka, meratap hiba hinggakan terpaksa akur dengan manusia yg angkuh dan tamak haloba.

Ini baru sedikit, Penemuan ikan lumba2 yg terdampar di P.Pnang membuktikan haiwan pun turut kecewa hinggakan terpaksa digadaikan nyawanya.

Apa lg yg manusia inginkan?
Cuba Fikir lebih dalam lagi.
"Bila Allah Dh Murka Semua Kena"