23 December 2008

Suratan atau Kebetulan Siri 2.


Susu tin pekat manis menjadi minuman kanak-kanak miskin.


Hanya ini makanan tengahari dan makan malam mereka sekeluarga.


Ubat stroke, kad perubatan hospital..kerja tetap dilakukan untuk mencari rezeki.

HARI ini, perjalanan saya menemui 2 buah keluarga yang memerlukan perhatian kita semua sebagai insan yang prihatin.

Klik la lagu ni sebagai muzik iringan, bagi saya banyak kata-kata yang tak mampu diungkapkan. Di dalam perbualan tersebut, tangisan mereka sangat memerlukan pembelaan.

Saya     :     "Hari ni makan apa?"

Miskin     :     " Tengoklah sendiri di dapur saya"..lalu saya ke dapur melihat makanan tengahari mereka,nasi goreng campur kicap, sebelah kuali tu ada sayur kangkong masak air dan seketul ikan masin. "Malam ni pun ini sahajalah yang ada" katanya.

Saya     :     "Apa lagi bantuan yang diperlukan"

Miskin     :     "(Lalu ditunjukkan pada saya besi yang sudah bengkok dan perlu diganti, melalui pembedahan tulang kaki".)

Saya     :     "Anak encik (berumur 3 dan 5 tahun) minum susu apa..(saya ternampak 2 botol susu di atas meja makan)"

Miskin     :     (Lalu menuju ke dapur mengambil tin susu pekat manis cap F&N).

Saya     :     "AAA (ternganga mulut saya kerana mereka tak mampu beli susu tepung DUGRO,NESPRAY apatah lagi ENFRAGROW)

Saya     :     "Pakcik pernah stroke kenapa masih kerja pencuci kereta?"

Miskin     :     "Abis kalau tak kerja keluarga nak makan apa?"

Saya     :     (Dalam hati..apalah soalan bodoh aku tanya ni)".

....wajah mereka sarat dengan tekanan kemiskinan. RM 100 bantuan dari BaitulMal tidak mencukupi, mereka memerlukan kita semua untuk terus menerima suratan atau kebetulan ini.

Kata mereka terakhir sebelum saya balik, "datang dan tengoklah sendiri kehidupan kami, baru orang akan faham.

Janganlah hina bila kami mohon bantuan, sebab pikirkan anak-anak nak makan dan buat persiapan sekolah tak lama lagi, kami tebalkan muka juga merayu".


P/S: Saya nak ucapkan terima kasih pada KAKISYURGA yang respon soalan saya diblognya.


 

4 comments:

MAZEMIE MAZ said...

Salam Tuan Rohisam,

Kita masing-masing ada tanggungjawab dan tugasan,
kenapa masih juga ada yang kelaparan
masih ada juga dalam penderitaan
masih ada lagi berterusan kesengsaraan...

kesemuanya itu kerana kesihatan dan ketidakmampuan.

Di mana mereka yang bertanggungjawaban..?

Di mana silap kita..?

Sesungguhnya kita terlalu banyak membuat silap... dan membuat sesuatu sekadar sambil lewa...!

Pok Li said...

Saya pernah menghadiri taklimat dari JKM yang menyatakan telah melancarkan unit ronda untuk mencari keluarga miskin atau miskin tegar di setiap negeri. Samada operasi mereka ini baru dilancarkan atau jaringan sosial yang didokong melalui instiutusi masyarakat kurang peka kepada masalah tersebut. Kerana itu saban kali kita tetap akan menonton Rancangan 'Bersama mu TV3' walaupun diwar-warkan golongan ini sedang dan terus akan dibela.

RAHISAM RAMLI said...

Salam Mazemie Maz,Pok Li-kemiskinan memang tetap akan berlaku, tetapi keprihatinan kita perlu terus dipertingkatkan. Saya setuju networking perlu lebih luas "coverage" nya.

Unknown said...

Sdr Rahisam,

Saya kagum dengan inisiatif saudara. Kadang-kadang kita (termasuk saya) terlalu sibuk dengan dunia sendiri sehingga terlupa betapa bertuahnya kita dan betapa sukarnya hidup sesetengah orang lain. Mungkin setakat derma duit sahaja tidak mencukupi...kerana pertemuan secara langsung akan memberikan kefahaman dan kesedaran lebih tinggi kepada kita.