23 February 2009

Pilih pemimpin berkarisma


BETAPA kita sebagai umat Islam sangat berbangga dengan sejarah Islam yang begitu gah melahirkan pemimpin bertaraf kelas satu. Tetapi itu dulu, yang mana kisahnya selalu disampaikan oleh guru-guru (termasuklah saya pada ketika ini) kepada anak muridnya. Tujuannya supaya anak murid begitu bersemangat menjadikan pemimpin Islam sebagai idola mereka dan bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Kini, jika ditanya siapakah pemimpin yang menjadi idola mereka sudah tentulah pelbagai, tanpa mengira parti atau kumpulan dari mana. Realitinya di Malaysia pemimpin negara dilantik melalui proses demokrasi atau proses pilihanraya (umum atau kecil). Kerancakan memilih pemimpin di pelbagai peringkat juga merentas sempadan subjek idola pemimpin yang pelbagai gaya yang tersendiri.

Mungkin idea memilih pemimpin yang berkarisma sangat subjektif, sukar dan kelabu (hitam atau putih) sama ada kita membuat penilaian berasaskan realiti atau persepsi yang tersendiri.

Sekadar berkongsi sedikit ilmu sila baca artikel saya (sila klik) Pilih Pemimpin Berkarisma di Utusan Online.com

SIAPA PEMIMPIN IDOLA ANDA? Boleh nyatakan di sini, sekadar perkongsian sesama kita.

7 comments:

mizbi said...

salam ustaz..

pemimpin yang berkarisma ialah pemimpin yang sanggup susah demi rakyat.

sanggup berlapar asalkan rakyat kenyang.

bukan pemimpin yang hubbun dunia, wakarahatul maut..

dan bukan yang ampu sana wa ampu sini..

bagi ana, pemimpin yang cukup berkaliber di malysia tak lain tak bukan yab tuan guru datuk nik abdul aziz nik mat.

seorg yang alim dan zuhud.

semoga pemimpin lain mengikuti jejak langkah beliau..

Pok Li said...

Sering kita bercakap mengenai pemimpin dan kepimpinan. Namun dalam gelombang politik yang gawat di abad ke 21 ini, berlaku keperluan melihat aspek pengikut atau kepengikutan. Kita tidak punyai pengikut yang benar-benar setia. Barangkali ramai pengikut kerana ada unsur mencintai dunia. Mereka menyokong bila ada peluang kemewahan. Sebahagian mereka juga terlalu meminta-minta kepada pemimpin sedangkan mereka dari golongan yang mampu. Mereka juga kadang kala dilihat menjadikan pemimpin sebagai kuda tunggangan. Mereka tidak belajar menjadi pengikut yang sering menasihati pemimpin kearah kebaikan. Cenderung mengikuti contoh teladan para sahabat nabi dan sahabat-sahabat.

Afiq said...

PEMIMPIN YANG ADIL PEMIMPIN YANG DIJULANG....

PEMIMPIN YANG ZALIM PEMIMPIN YANG DISANGGAH...

Afiq said...

salam ustaz...

Pemimpin yang bersifat adil adalah satu ciri penting yang sepatutnya ada bagi seseorang yang bergelar pemimpin. Ianya tidak terbatas kepada jenis kepimpinan kepada sebuah keluarga atau perkumpulan kecil atau sebuah organisasi. Malah apa sahaja yang dipimpin olehnya, keadilan akan sentiasa dipersoalkan.Islam mengajak manusia menepati keadilan dalam segenap aspek kepimpinan yang diwakili olehnya. Sebab itulah pemimpin yang adil tempatnya kelak adalah di bawah naungan ‘Arash yang mulia...

Wallahua'lam...

RAHISAM RAMLI said...

Salam Mizbi-moga lebih ramai lagi pemimpin yg berjuang demi rakyat.

Pok Li-pengikut juga mempengaruhi gaya kepimpinan, siapa yg berprinsip perlu berpegang dgn prinsip agar tidak dipengaruhi budaya pak turut.

Afiq- pemimpin adil atau zalim diukur melalui perundangan Islam, bukan emosi semata.

Afiq said...

itulah yang saya cuba ketengahkan... ada rakyat yang menilai pemimpin dgn emosi...

takut-takut peristiwa Hang Jebat mengamuk berulang kembali....

Unknown said...

Salam Sdr Rahisam,

Topik yang tepat pada masanya. Pilih pemimpin berkarisma. Tetapi pada masa ini, penglihatan saya kabur...yang boleh nampak tak lebih dari bilangan jari pada satu tangan ...sungguh hampa dengan situasi semasa..tak kiralah pemimpin kerajaan, pembangkang atau bebas.