23 November 2008

Bersediakah graduan kita?



Di sebalik krisis kewangan global sangat memerlukan persediaan rapi bagi menghadapi segala kemungkinan. Terutama kepada bakal graduan kita yang masih terkapai-kapai dengan dunia pekerjaan. Bekerja bermakna mencari pendapatan untuk menampung kos hidup bagi diri sendiri dan juga keluarga. Apa yang sering difikirkan oleh bakal graduan ialah :

  1. Bekerja sendiri atau makan gaji.
  2. Mampukah hasil pendapatan mereka menampung pinjaman pendidikan
  3. Apakah x factor mereka untuk bersaing dengan graduan lain

Berita Minggu Online antara lain melaporkan :

'Dunia pekerjaan kian mencabar'

Graduan perlu bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang semakin mencabar berikutan krisis ekonomi global dengan membina keyakinan dan ketabahan diri menerusi penguasaan ilmu dan kemahiran tambahan selain daripada yang dipelajari di universiti.

Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata universiti itu sentiasa memastikan graduannya bukan saja dapat memenuhi pasaran guna tenaga tempatan, malah boleh berkhidmat pada peringkat global.

"Pelajar juga diwajibkan mengambil bahasa ketiga serta kursus keusahawanan supaya mereka lebih berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.

Ketika masih di IPT rebutlah segala macam skil yang menjadikan graduan akan keluar dari dunia pendidikan ke alam pekerjaan dengan penuh yakin dan tidak dilabelkan sebagai penganggur terhormat. Pilihan ada di tangan sendiri untuk menentukan mengikut keupayaan masing-masing.

6 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

dek mari kita cari islam...

tanpa pakatan rakyat... tanpa bn

mari bersama abe berjuang dalam gerakan netizen perkasa di

http://aberamly.multiply.com

Kembara Politik said...

Mahasiswa/i kita lebih gemar berpolitik. Orang politik memegang lilin...dia pun ikut pegang lilin...Orang politik pegang bunga Mawar...mereka pun turut berbondang-bondang memegang bunga Mawar di jalanan. Kononnya prihatin dan celik politik. Padahal kerajaan sudah banyak mengeluarkan kos untuk menyediakan Melayu/Bumiputera kita mejadi modal insan yang benar-benar berkualiti. Penyudahnya kualiti mahasiswa/i hanya setaraf pembangkang..tiada kualiti pemimpin. Bangkang sampai ke tua! Yang memimpin datangnya dari bukan Melayu/Bumiputera.

Anonymous said...

Salam...

sy penganggur terhormat dan pernah bekerja selama 5bln sebagai customer service dgn TM....sy bukan memilih kerja...cuma sy rasa majikan yg terlalu memilih dan tidak mahu memberi peluang kepada fresh graduate...alasan ada degree nanti lari cari kerja lain.

Lepas tue komen, konon fresh graduate memilih kerja...cuma segelintir yg mcm tue.

Di malaysia ni byk jer peluang kerja,w/pun inflasi di tahap luar biasa.Ekonomi sedang merosot.Cuma satu masalah sahaja, ramai yg terlalu memilih

RAHISAM RAMLI said...

Salam Otai-terima kasih jemputan saudara. Mampukah berjuang tanpa PR dan BN?

Kembara politik-berpolitik biarlah secara matang barullah graduan kita layak memimpin.

Jawahir-tanpa pengalaman majikan berat mata nak beri peluang.Apapun kena usaha lebih.

Unknown said...

Salam Sdr Rahisam, Jawahir

Sdr Jawahir

Saya faham keadaan saudara dan saya harap saudara terus mencuba. Mungkin saudara boleh pilih industri yang saudara minat, kemudian cuba cari kerja di peringkat bawahan, tanpa mengisytiharkan ijazah saudara. Timba pengalaman. Lepas dah ada pengalaman barulah cari kerja lain dan declare degree saudara.

Ini satu cadangan sahaja. Saya tak pasti berkesan atau tidak. Kadangkala yang menghalang daripada mendapat pekerjaan ialah kertas ijazah itu sendiri. Sebab sekarang terlalu ramai yang ada ijazah sedangkan kurang yang sanggup pekerja di peringkat bawahan, sedangkan tidak salah bekerja di peringkat tersebut selama beberapa tahun untuk timba pengalaman dan 'cari lubang' untuk terus maju.

Pok Li said...

Saya tertarik dengan pandangan saudara Razali Razman. "pilih industri yang saudara minat, kemudian cuba cari kerja di peringkat bawahan, tanpa mengisytiharkan ijazah saudara. Timba pengalaman. Lepas dah ada pengalaman barulah cari kerja lain dan declare degree saudara. - Saya teringat seorang junior saya yang berkelulusan Ijazah Ekonomi tapi mula bekerja sebagai 'budak stor' disebuah pasaraya. Beberapa tahun selepas itu saya ketahui dia sudah pun menjawat jawatan pengurus di salah sebuah cawangan pasaraya tersebut. Ia bukan sahaja ada kelulusan tetapi berani mencuba dari bawah. Moralnya, "Berani bersaing dan berubah". Adakah graduan kita sanggup memulakan dari zero.