20 November 2008

Jimat sekadar gimik.



SUDAH menjadi trend atau kaedah pengendali perkhidmatan untuk membuktikan bahawa mereka benar-benar memahami kesempitan para pengguna ketika krisis ekonomi global yang sedang merebak pada ketika ini.

Sebelum ini semua pasaraya (hypermarket) mengumumkan mereka komited dengan seruan kerajaan agar menurunkan harga barangan.

Pada masa yang sama sebuah syarikat kapal terbang tambang murah AirAsia pula mengumumkan tiada lagi surcaj bahan api bagi setiap penerbangan. Sudahlah murah ditolak lagi dengan surcaj bahan api yang dikenakan memang bertambahlah "sifat pemurah" mereka.

Kini sebuah lagi GLC, syarikat Plus Expressways Berhad dengan megahnya mengumumkan rebat dan diskaun sebanyak 10 peratus bagi pengguna yang melalui tol dari 12 malam hingga 7 pagi.

Ketiga-tiga contoh trend tersebut memang nampak "penjimatan", tetapi tidak lebih sekadar gimik bisnes. Benarkah hypermarket jimat dan menurunkan harga semua barang? Benarkah AirAsia menberi penjimatan kuasa beli pengguna? Akhir sekali adakah PLUS benar-benar memberi potongan harga pengguna lebuhraya?

Jawapannya mudah. Antara YA dan TIDAK. Cuba kita kaji semula harga yang diwar-warkan dan kita akan mendapati perkara-perkara berikut:

  1. YA jimat dan murah tetapi TIDAK semuanya.
  2. YA kerana harganya murah sebelum ekonomi melesat tetapi TIDAK kerana tiada aspek penguatkuasaan secara wajib untuk menurunkan harga.
  3. YA murah dari segi kos pembayaran tetapi TIDAK semua waktu pengguna memerlukan khidmatnya.

Apa pun penjimatan yang ditawarkan ingatlah mereka semua ini adalah para peniaga yang MATA DUITAN . Gimik ini bukanlah menjadi sebahagian murninya sifat tolong menolong kerana syarikat adalah entiti yang berfokuskan keuntungan material.

2 comments:

Pok Li said...

Kuasa dan desakan pengguna masih tidak berkesan berbanding dengan peranan pengguna di negara maju. Plus sewajarnya boleh menurunkan lebih banyak harga tol, kerana kenderaan yang melalui lebuhraya adalah berkali ganda jumlahnya, terutamanya dengan pengumuman Menteri Kerja Raya untuk menggunakan Laluan Pantas PelbagaiGuna yang mampu menambah kemasukan kenderaan 2,000 buah sejam berbanding smart tag 800 - 1,000 buah sejam. Akhirnya yang untung syarikat konsesi tol, penambahan kereta meningkat, harga tol tidak juga turun.

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan Rahisam,

Pada pandangan saya:

1. Usaha ke arah mendidik syarikat yang berlandaskan keuntungan merupakan suatu usaha yang patut diberikan sokongan oleh segenap rakyat.

2. Sesuatu yang menuju ke arah lebih baik sepatutnya dipandang positif oleh rakyat.

3. Mungkin dengan sokongan ini akan memberikan suntikan moral syarikat besar untuk lebih prihatin di masa akan datang.

Kembara Politik