19 April 2009
Kolej Universiti dan Final Exam
ALHAMDULILLAH dipanjangkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana memberikan kejayaan kepada seluruh warga KTIM dengan menaiktaraf kolej universiti. Langkah permulaan sebuah kolej yang dahulunya menawarkan program Diploma kini gerak kerja menawarkan program Ijazah giat dilaksanakan. Sebagai Dekan FPI saya bersama team pensyarah yang bersemangat jitu meneruskan tanggungjawab merealiasasikan taraf kolej universiti dengan menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Psikologi. Semoga ianya berjaya dilunaskan pada penghujung bulan ini dalam merekacipta struktur program baru yang mencabar.
Minggu ini juga merupakan minggu berhempas pulas menyudahlan kelas-kelas terakhir. Peperiksaan akhir akan bermula pada hari Isnin 20 April nanti. Kepada semua mahasiswa/i FPI saya menyarankan agar berusaha dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan kejayaan dengan lebih cemerlang. Persiapan diri dari pelbagai sudut fizikal dan mental perlulah benar-benar menggambarkan seriusnya untuk menyempurnakan peperiksaan. Saranan saya (meskipun sudah lali tetapi masih tetap berlaku):
1. Jangan lewat hadir ke tempat peperiksaan.
2. Meskipun terdapat selang hari yang lama elakkan balik kampung/ keluar tanpa tujuan.
3. Gunakan saat-saat akhir dengan penuh manfaat, ulangkaji semua subjek dengan “smart”.
4. Kuarantin diri sendiri, jauhkan sebarang gangguan dan hormati rakan-rakan.
5. Kurangkan aktiviti luar yang boleh meletihkan.
Tidak lupa sama sekali perkara berikut amat penting untuk diamalkan:
1. Bangun selalu awal pagi buat solat tahajud, solat hajat dan doa mohon dipermudahkan.
2. Sentiasa tenang, membaca al-Quran, berwuduk dan sentiasa bersangka baik.
3. Mohon doa dan restu ibubapa, pensyarah dan rakan-rakan.
4. Maafkan segala kesalahan orang dan mohon maaf pada semua.
Semoga beroleh kejayaan dengan lebih cemerlang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment