13 April 2010

Kami prihatin-saya bagaimana?



KEMPEN kami prihatin yang dilancarkan pada Khamis lalu menunjukkan betapa tenatnya gejala membuang bayi di Malaysia. Jika anda menaip perkataan "buang bayi" di laman yahoo maka sehingga kini terdapat 993,000 carian yang berkaitan dengan gejala tersebut. Manakala di Google pula terdapat sebanyak 544,000 carian yang berkaitan dengan frasa tersebut. Utusan Malaysia pula mempunyai catatan sebanyak 104 artikel dalam tempoh 5 bulan terkini. Andainya kita prihatin, apakah pula bukti keprihatinan kita selama ini? Seorang guru boleh mengingatkan pelajarnya bahaya zina. Seorang penulis boleh mencatatkan apa-apa perkara berkaitan bersekedudukan haram. Seorang pengurus boleh meluangkan masa memberi ingatan jijiknya maksiat. Bahkan sesiapa saja sebenarnya mampu menterjemahkan maksud "prihatin" terhadap gejala tersebut. Ketika kini peranan dakwah dalam membasmi gejala demikian sangat bermakna agar kita sememangnya menjadi manusia yang prihatin dengan azab Allah SWT. Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 93


Maksudnya: " Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar ".

Buang bayi adalah natijahnya (kesan), namun begitu sedarkah kita di mana aksi mula kepada jenayah tersebut? Justeru, kita semua adalah bertanggungjawab menunjukkan keprihatinan dalam pelbagai cara. Termasuklah tiada lagi sebarang unsur yang membawa jalan ke arah gejala buang bayi (mungkin cara pergaulan, pakaian, perkataan atau tindakan).

1 comment:

mohamad kholid said...

segala yg mendorong kemungkaran sepatutnya dihapuskan...