24 March 2010

Sumbangan Malaysia dalam sistem kewangan Islam



"Saya kecik lagi, apa yang nak disumbangkan pulak". Zulaikha 2 tahun.



 

    Allah SWT berfirman maksudnya: "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya".

Surah al-Baqarah: 275
RAMAI masih sangsi kemampuan Malaysia sebagai pelopor, peneraju atau sekurang-kurangnya penggerakkepada sistem kewangan Islam ( selepas ini digunakan singkatan SKI). Meskipun SKI sudah pun bermula lebih awal iaitu pada tahun 1963 dengan penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) yang kemudiannya digabungkan dengan Pejabat Urusan Haji membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haju (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji). Manakala pada tahun 1983 Bank Islam Malaysia (BIMB) mula ditubuhkan ketika zaman Dr Mahathir Mohamad (kini Tun, mantan Perdana Menteri). Manakala penubuhan Bank Islam pertama di Kaherah ialah Nasser Sosial Bank pada tahun 1971, Bank Islam Dubai pada tahun 1975, Kuwait Finance House, Bank Faisal di Mesir dan Bank Faisal di Sudan pada tahun 1977. Pada tahun 1985 pula penubuhan insurans Islam yang dikenali sebagai Takaful Malaysia Sdn Bhd. Kesemua sejarah penubuhan bank perlu kita selusuri bagi mendapatkan titik permulaan bagi mengukur potensi Malaysia terhadap SKI.
Bagaimana penggubalan dasar-dasar kerajaan memberi inisiatif setiap kali penggubalan dibuat melalui pembentangan belanjawan negara pada setiap tahun.Perkembangan terkini mengenai dasar Malaysia boleh dilihat melalui peruntukan bajet negara. YAB Perdana Menteri menyatakan selain daripada bidang pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kewangan dan industri halal, kerajaan turut memberi penumpuan terhadap SKI dan mengiktiraf sebagai Niche Areas negara yang berpotensi dan mempunyai rantaian nilai tambah tinggi serta dapat menjana pulangan yang lebih besar.

 
Selanjutnya di dalam Bajet 2010 pula kerajaan berhasrat bagi melonjakkan SKI dengan lebih berdaya saing pula memberi inisiatif berikut:
  1. Pengecualian duti setem 20% ke atas surat cara pembiayaan kewangan Islam.
  2. Pengecualian cukai ke atas keuntungan bank daripada operasi luar negara.
  3. Memberi dua kali potongan cukai ke atas perbelanjaan mempromosi Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa.
  4. Meluluskan potongan ke atas perbelanjaan penubuhan syarikat broker saham.
  5. Bersetuju ke atas potongan perbelanjaan penerbitan sekuriti Islam yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
  6. Memperluaskan program mikro kredit Al-Rahnu kepada Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim ini kepada pelanggan.

     
    Jadual 1: Perkembangan dan Pencapaian SKI di Malaysia.
Tahun  
Pencapaian  
2010
Jumlah aset Islam RM 235,671.9 juta (berbanding RM 190,142.6 juta pada Jan 2009).
2008
37% jumlah sukuk global (berbanding 6.9% pada tahun 2000), jumlah aset perbankan Islam 16.7% daripada jumlah keseluruhan.
2005 
Penubuhan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Keuntungan melepasi paras RM 1bilion, aset Islam meningkat 17.17%.
2002 
Penerbit sukuk pertama dunia,  
1983 
Penubuhan Bank Islam pertama di Malaysia
Sumber: Diolah daripada maklumat Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

 
Jadual 2: Pencapaian aset perbankan Islam,takaful dan sukuk bagi tahun 2004 dan 2009.
2004 
2009 
Aset 
10.5% 
18.9% 
Takaful 
NA 
9.25%* 
Sukuk 
NA 
45%** 
*kadar pertumbuhan tahunan purata 25.1%
**data 7 bulan pertama tahun 2009
Sumber: Bank Negara Malaysia,2010

 

Jadual 3: Jumlah sekuriti patuh Syariah di Bursa Malaysia tahun 2006, 2008 dan 2009
Tahun  
Jumlah sekuriti 
Jumlah lulus syariah (%) 
2009 
959 
846 (88%) 
2008 
843 
988 (85%) 
2006
1029 
886 (86%) 
*Pasaran Utama/Pasaran ACE
**Papan Utama, Papan Kedua dan MESDAQ
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti. http://www.sc.com.my 13 Mac 2010
Sekadar bertanya-apakah pula inisiatif kita (khususnya umat Islam) bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat SKI dunia?

No comments: