Bermusafir dengan Starex.. menjelang fajar di area Kelantan. |
Tapi, jangan lupa bencana hati lagi dahsyat.
Ikuti penjelasan saya di bawah...
“Taufan sandy mengganas, Tsunami
bawa kemusnahan besar, Gempa 6.4 skala Richter musnahkan bandar, Tragedi tanah
runtuh ragut 10 nyawa.” Begitulah antara paparan tajuk
utama akhbar apabila melaporkan mengenai kejadian bencana alam yang belaku di
seluruh dunia. Apabila disebut perkataan “bencana” maka ramai akan membayangkan
situasi yang menakutkan hati dan perasaan, mengimaginasi keadaan dalam kacau
bilau malahan meninggalkan kesan trauma yang mendalam terhadap mangsa. Lazimnya
bencana disusuli dengan kerugian harta benda, kehilangan tempat tinggal bahkan
lebih menyedihkan kejadian bencana alam boleh meragut nyawa sesiapa sahaja.
Bencana alam yang terkini ialah apabila taufan Sandy yang melanda Amerika Syarikat digelar sebagai ombak gergasi yang telah memusnahkan banyak tempat tinggal. Lapan tahun lalu ombak besar Tsunami menjadi igauan ngeri kepada seluruh dunia hinggakan ada kampung yang ditelan bumi dan lenyap dari peta dunia. Letupan gunung berapi, kejadian tanah runtuh dan banjir hanya beberapa episod bencana yang berlaku di mana-mana dengan izin dan kuasa Allah.
Disebabkan
fenomena tersebut maka kita tanpa berlengah mengambil langkah berjaga-jaga dari
pelbagai aspek. Umpamanya mengeluarkan amaran bencana menerusi saluran
komunikasi pantas, melakukan pemantauan alam sekitar, meningkatkan tahap
pengurusan bencana dan merekodkan sebarang penemuan terbaru untuk kajian
mendalam mengenainya.
Namun
sedarkah kita bahawa satu lagi bencana yang tidak kurang penting, perlu diberi
perhatian, langkah berjaga-jaga, mempertingkatkan kawalan dan melakukan
pemantauan sepanjang masa. Itulah yang dikatakan bencana hati. Maksudnya jika
hati tidak disuburkan dengan fitrah keimanan, taqwa dan ibadat yang
disyariatkan oleh Yang Maha Pencipta maka ia juga boleh mengundang bencana.
Bencana hati memberi kesan buruk, kacau bilau, ketidakseimbangan dan merosakkan
fungsi sebenar penciptaan manusia di bumi.
Bencana
hati boleh berlaku kepada manusia jika tidak diiringi dengan elemen-elemen fitrah
yang sesuai. Apakah elemen-elemen tersebut? Kita lihat pengajaran dalam sirah
Rasulullah s.a.w. ketika fasa permulaan mengembangkan Agama Islam kepada
manusia. Baginda atas arahan wahyu telah menerapkan elemen akidah Islam, lebih
difahami sebagai ikatan dan simpulan hati yang memperakui dua intipati utama.
Pertama hati manusia memperakui bahawa Allah s.w.t. adalah sebagai tuhan
manusia dan tiada tuhan selainNya. Kedua, hati manusia memperakui Rasulullah
s.a.w. sebagai utusan Allah s.w.t. untuk menyampaikan wahyu.
Hati
yang tidak tenteram, bertentangan dengan Islam juga mengalami bencana yang
boleh merosakkan sistem-akidah yang salah. Hati lebih mudah dipengaruhi oleh
nafsu syahwat, menjadi hamba kebendaan maka pastikan hal ehwal keduniaan tidak
menguasai hati (Syed Abdurahman 2007).
Ibarat
sebuah kereta yang hilang keseimbangan pasti akan terbabas dan sukar dikawal.
Maka hati juga perlu dimbangi dengan fitrah sebenar manusia agar tidak hilang
keseimbangannya. yang tidak dikendalikan
dengan sewajarnya akan menyebabkan ketidakseimbangan, maka kesannya sama
seperti bencana alam-kacau bilau, kerugian harta, kemusnahan alam, penyakit dan
menyebabkan kematian. Dari perspektif ini kesan yang lebih dahsyat ialah
kehilangan pegangan akidah terhadap Allah s.w.t. Memang bencana alam
memusnahkan elemen kebendaan (alam benda), tetapi hati tetap teguh terpelihara
dengan menerima sebagai Qada’ dan Qadar Allah yang Maha Berkuasa, tiada apa
yang lebih berkuasa dariNya.
Betapa
penting dan hebatnya pegangan akidah dalam hati manusia hinggakan banyak
perkara dilihat berlawanan dengan alam kebendaan. Umpamanya-kekayaan bukan
diukur kepada banyak harta tetapi diukur dengan limpahan iman, semakin banyak
bersedekah maka semakin bertambah rezeki, semakin rajin solat maka semakin
sihat akal dan badan, kurang makan ketika berpuasa semakin bertambah kuat
ketaqwaan. Secara ringkasnya hati atau jiwa yang dipenuhi dengan fitrah
keimanan mempertingkatkan alam pemikiran, kebudayaan dan tamadun walaupun
dimusnahkan oleh bencana alam. Tetapi hati perlu dikawal agar tidak terdedah
dengan bencana.(Usman 2009).
Apabila melalui tempat yang sedang
diperbaiki, diselanggara atau masih dalam proses pembangunan pasti kita diberi peringatan
“UTAMAKAN KESELAMATAN (SAFETY FIRST)”. Kita memahami maksud paparan tersebut
bahawa aspek keselematan hendaklah menjadi keutamaan berbanding dengan hal
lain. Jadi, setujukah kita bahawa hati juga perlu diberi perhatian sama seperti
peringatan agar sentiasa terpelihara dari sebarang risiko yang boleh mengamcam
keselamatan dan memudaratakan diri sendiri?
Kenalkah
anda dengan Imam Al-Ghazali? Beliau terkenal sebagai pakar psikologi Islam telah
menghuraikan secara terperinci dalam karyanya Ihya’ Ulumuddin berkenaan penjagaan
hati dan pembentukan akhlak ialah proses mengenal Yang Maha Pencipta akan
membentuk penyucian jiwa. Keserasian hati yang baik yang disepadukan dengan
kebaikan jasad melahirkan sebenar-benar khalifah mengikut kehendak al-Khalik.
Menjaga hati sebahagian perintah Allah s.w.t.
Sebagaimana
bencana alam terdiri dari pelbagai jenis, begitu juga bencana yang boleh
melanda dalam hati kita. Antaranya ujub, riya’ dan takabbur. Allah s.w.t.
mengingatkan di dalam surah an-Najm ayat 32 bermaksud: “Janganlah kamu
memuji-muji diri kamu”. Mengapa
Allah menegah
kita melakukan perbuatan memuji-muji diri sendiri, sedangkan perbuatan itu
menjadi ada pada diri kita? Kita tidak suka orang menunjuk-nunjuk atau
berbangga-bangga diri secara melampau. Tetapi pada waktu yang sama hati kita
sendiri sentiasa tergoda untuk melalukan aksi menunjuk-nunjuk kepada orang
lain. Hati membenci perilaku mazmumah tetapi pada masa yang sama hati sentiasa
digoda untuk melakukannya. Ini bermakna musuh sebenar yang paling hampir dengan
kita wujud dalam hati kita sendiri. Itu musuh sebenar. Allah s.w.t. telah
berulang kali memberi peringatan, bahkan utusan agongNya iaitu Rasulullah
s.a.w. dianugerahkan kepada manusia agar mengenal musuh kita sendiri sebelum
mengenal musuh zahiriah. Semuanya bertujuan agar kita mengutamakan keselamatan
hati dari bencana maknawi.
Hati
yang dilanda bencana maknawi akan terkunci dan
tidak berfungsi dengan sewajarnya. Bayangkan hati terkunci, pendengaran
ditutup, mata dibutakan, yang menanti pula azab seksaan dari Yang Maha
Berkuasa. Hal ini dicatatkan dalam kalam Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya
orang kafir itu, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu
beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci mati hati dan
pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang
amat berat.” (Surah al-Baqarah, ayat 6-7).
Along depan Masjid Kristal KT yang tenang. |
Allah
menegah sesuatu bukan kerana zalim tetapi kerana kasih sayang Allah s.w.t.
menciptakan manusia dengan segala kelebihan maka Dialah lebih layak memberi
panduan menjaga hati. Hati yang dibutakan dari cahaya iman bukan kerana
kezaliman Allah tetapi akjibat dari kezaliman diri manusia sendiri. Sifat-sifat
al-Rahman dan al-Rahim (Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang) dengan jelas telah
memberi landasan yang lurus untuk membimbing kita menuju destinasi akhirat
dengan selamat bukan menzalimi hambaNya. Disebabkan sifat al-Rahman itulah kita
diseru agar mengutamakan keselamatan hati dengan cara yang sewajarnya. Hati
digoda oleh syaitan kerana kita berasa tidak tenteram maka untuk mencapai
nikmat ketenangan hati ialah dengan bertaubat. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Barang siapa
yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, memilih jalan lurus, maka
sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.” (Surah AI-Maidah, ayat 39). Firman Allah lagi:“…
Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan
diri” (Surah al-Baqarah: 222). Nikmat bertaubat ialah hati menjadi bahagia dan
tenteram. “Orang yang bertaubat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang
rukuk, yang sujud yang menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah mungkar dan
memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang mukmin itu.” (At-Taubah:
112) .
Hati
yang tenang kerana tidak dilanda bencana, diimbangi dengan berzikir. Firman
Allah dalam surah al-Ra'du ayat 28: "Iaitu orang-orang yang beriman dan
tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah! Dengan zikrullah itu,
tenang tenteramlah hati manusia". Perlu dijelaskan sekali lagi walaupun
jasad dilanda bencana, tetapi hati masih tenang, reda dan sentiasa bertawakkal kepada
Allah kerana hati yang dirundung bencana lebih dahsyat impaknya berbanding
bencana lahiriah. Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:“Dua kalimah yang tercinta kepada Tuhan Yang pemurah, ringan
diucapkan pada lidah, berat dalam timbangan iaitu: Subhanallahi Wabihamdihi,
Subhanallahil Aziim.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ramai orang yang berzikir tetapi masih
kurang yang berada dalam ketenangan. Hal demikian kerana zikir secara lisan
semata-mata belum memadai kerana tidak disertai elemen lain. Tiga elemen ketika berzikir yang perlu wujud seiring dan
bersama ialah pengakuan (kalbu), ucapan (lidah) , perbuatan (amalan).
No comments:
Post a Comment