21 November 2012

Umat Islam Sentiasa Dilema

Mencari kereta idaman juga dilema. Di hadapan kereta lumba ketika menghadiri seminar di KL
Mengapa kita dilema?
Kerana kita terpaksa memilih satu, tidak boleh semua.
Umat Islam sememangnya dilema kerana kita terpaksa memilih antara dua atau lebih hanya menjadi satu pilihan dalam setiap perkara.

Dilema perlu diubah menjadi ruang pencarian yang terbaik dari yang terbaik
Kita serba salah kalau berkawan dengan orang bukan Islam, takut dipengaruhi.
Kita juga takut tanpa kawan kita tidak akan maju.
Negara ada hubungan diplomatik dengan orang yang tidak seakidah dengan Islam.
Bahkan mengimport kepercayaan barat tanpa mereka hidup kita diramalkan akan mundur.

Ada kala juga dilema menjadi pemangkin otak kiri dan kanan berfungsi dengan aktif kerana memerlukan daya fikir yang kental umpama mencari sebuah kereta idaman hati dan setara dengan poket sendiri.

Apa yang pasti dilema perlu diselarikan dengan pengharapan yang tinggi kepada Allah, penyerahan pilihan terbaik adalah ditentukan dari Allah sahaja, kerana tiada yang lebih Maha Mengetahui selainNya.

No comments: