13 January 2014

Bumi barakah Madinah dan Mekah

ALHAMDULILLAH...setinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang memakbulkan doa dan harapan untuk melaksanakan ibadah umrah bermula 22 Dis 2013 hingga 2 Januari 2014. Namun pemergian ini bukan semudah yang disangka. Ujian dari Allah sudah tentu dihadapi dari segala aspek. Dari peringkat awal lagi diuji kesungguhan, komitmen dan perancangan kewangan, mental dan fizikal. Sudah tentu kelulusan visa oleh kerajaan Arab Saudi menjadi permulaan ujian di samping lain-lain dugaan. Sebagaimana kata dan nasihat dari pengurusan Barakah Umhaj-kita pergi dengan tujuan untuk beribadat, maka persipakan diri dengan niat dan diri dengan istiqomah.

Menerusi keyakinan dan pengalaman agensi yang beribu pejabat di Shah Alam, Barakah Umhaj-menguruskan jemaah umrah seramai 48 orang dari pelbagai negeri. Saya juga merekomenkan syarikat ini kepada sesiapa yang masih tercari-cari agensi yang boleh dipercayai. Selebihnya kita berserah dan tawakkal kepada Allah. 

Bumi Madinah sangat sejuk pada ketika ini, berbeza sedikit dengan suhu di Mekah tapi aktiviti ibadat di kedua-dua bumi barakah sangat bermakna. Ibadat di Masjid Nabawi lebih bermakna kerana dapat menziarahi makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar di sebelah baginda pada setiap hari

Mekah-bumi barakah yang menyaksikan arah kiblat umat Islam, Kaabah kini berada di hadapan mata. Selain tawaf, Saie dan bercukur banyak ibadat lain di Masjidil Haram yang tidak dapat dirasakan di mana-mana masjid lain di dunia.

Sedikit info (terlalu banyak yang boleh dikongsi. In Sya Allah jika ada kesempatan boleh diteruskan perkongsian ini).

Tempoh penerbangan KUL-JEDDAH = 9 jam
Tempoh tawaf 7 pusingan=antara 30-45 minit (bergantung kepada kepadatan jemaah)
Tempoh Saie- 7 kali= 30-45 minit (bergantung kepada kecepatan) 
Jarak Saie-Marwah=lebih kurang 300-400 meter
Harga Bercukur-10 riyal
Nilai pertukaran matawang= RM1 bersamaan 1.13riyal saudi (bergantung pada perubahan harga)
Beza waktu Malaysia-Arab Saudi= Tolak 5 jam. Contoh jam 6 petang waktu Malaysia lebih kurang jam 1petang waktu di Mekah/Madinah.
Hampir separuh masjidil haram sedang diubahsuai untuk pembesaran kawasan sekitarnya.
Jarak Madinah ke Mekah= lebih kurang 400++KM / tempoh perjalanan menaiki bas 5-6 jam.
Sebutan Topup kredit untuk telefon adalah "Recharge". antara jenamanya Mobili.
Tempat bermiqat di Mekah: boleh pilih antara Taneem, Ja'ranah atau Hudaibiyah (paling dekat Taneem diikuti Ja'ranah dan Hudaibiyah).
Kadar harga teksi ke tempat miqat Taneem (bergantung antara 50-100 riyal pergi dan balik (2 hala). (Pastikan runding harga sebelum masuk kereta terlebih dahulu). Mungkin lebih murah menaiki bas atau van (belum pernah cuba).

Ya Allah, semoga ini bukan kali terakhir kami berada di bumi anbiya'.

Masjid Nabawi di awal jam lebih kurang 3-4 pagi

Seawal pagi di hadapan makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab


Dalam Masjid Nabawi

Miqat di masjid Bir ali


Pintu hadapan King Abd Aziz



Ziarah-jabal rahmah





Malam terakhir-tawaf wida'

No comments: