Gambar Masjidil Haram yang tersimpan di salah satu muzium di Mekah. Tarikh yang tercatat dalam gambar 1880 masihi. Ibadat haji dan umrah banyak meyumbang peniagaan di sana. |
Kadar
mana yang lebih banyak menguntungkan perniagaan? 1% atau 100%. Dalam entiti
perniagaan siapa yang tidak mahu untung, apatahlagi bila melihat segala jenis
kos dan modal yang telah banyak dikeluarkan.
Tapi dalam hal kewangan, bank
lebih berminat mengambil riba meskipun kadarnya hanya sekitar 1% sahaja. Bukan bank sahaja, malah ada agensi bukan bank yang secara simplicity menukar kiraan interest kepada konsep Islam?
Bagaimana dengan
Islam? Persoalan bagi menentukan berapa kadar pengambilan untung dibincangkan
oleh para ulamak.
Sebagai contoh menurut al-Tabariy (1989) untung atau al-ribh
adalah perolehan yang terhasil dari pertukaran barangan yang dimiliki oleh
seseorang dengan barangan lain yang lebih bernilai atau bayaran harga yang
diperolehi melebihi harga belian. Takrif al-ribh merujuk kepada huraian
Allah SWT dalam surah al-Baqarah:16,
Maksudnya: Mereka
itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka
tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk
hidayah.
Al-Ribh
berasal daripada kata rabiha yang membawa maksud pertambahan dalam
kegiatan perniagaan atau pertambahan ke atas modal. Maka, keuntungan dapatlah
diertikan sebagai sebarang pertambahan kepada modal hasil daripada kegiatan
pelaburan yang diakui syarak seperti perniagaan, perindustrian dan seumpamanya,
setelah ditolak semua kos yang dibelanjakan dalam usaha penghasilan keuntungan
tersebut (Ab. Rahim Ab.
Ibrahim, 2012; Shamsiah Mohamad,
2002).
Selain itu,
berdasarkan hadis Rasulullah SAW perkataan al-ribh melibatkan pelbagai
aktiviti sama ada dari aspek usaha, kuantiti dan kualiti barang. Malah ia turut
melibatkan hasil perolehan, membeli dan menjual semula dengan harga tinggi,
lebihan kuantiti barang jualan, jual semula dalam pasaran sama, pemberian harta
modal (Qirad). Selain itu al-ribh juga diperoleh menerusi
aktiviti yang bersifat jujur, integriti dan amanah dalam urus niaga yang
sebenar. Tiada batas dan larangan mengambil keuntungan seratus peratus
sebagaimana dalil sebuah hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada
‘Urwah;
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْطَاهُ دِينَارًا يَشْتَرِي لَهُ بِهِ شَاةً فَاشْتَرَى
لَهُ بِهِ شَاتَيْنِ فَبَاعَ إِحْدَاهُمَا بِدِينَارٍ وَجَاءَهُ بِدِينَارٍ
وَشَاةٍ فَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ فِي بَيْعِهِ وَكَانَ لَوْ اشْتَرَى
التُّرَابَ لَرَبِحَ فِيهِ
Maksudnya: "Sesungguhnya
Nabi SAW. telah memberinya (yakni kepada 'Urwah) satu dinar supaya dia membeli
seekor kambing untuk baginda. Lalu ia membeli dua ekor kambing dengan harga
satu dinar, salah seekor daripadanya dijual dengan harga satu dinar. Kemudian
dia pergi berjumpa Nabi berserta dengan seekor kambing dan duit satu dinar,
lalu baginda berdoa supaya diberkati jual belinya, (sambil bersabda) kalau dia
jual tanah sekalipun, dia akan memperoleh keuntungan” (Sahih al-Bukhari Juz
11, hal. 473) .
Ini majalah The Solution yang banyak info semasa dan pandangan hal ehwal kewangan Islam. |
* Artikel ini merupakan petikan daripada kertas kerja yang bertajuk "Pembiayaan Perumahan Secara Islam: Mekanisme Pembangunan Produk Dalam Institusi Perbankan. Insya Allah akan dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Kelestarian Manusia di UTHM pada 9 & 10 April 2014
ISU caj ujrah/upah PTPTN masih seringkali menjadi persoalan di kalangan para pelajar. Untuk penerangan jelas anda boleh membaca artikel yang ditulis oleh Dr Aysraf Wajdi Dusuki di sini
Selain itu saya mencadangkan para pelajar yang ditawarkan PTPTN hendaklah membuka akaun simpanan perbankan Islam, bukannya akaun simpanan konvensional.
ISU caj ujrah/upah PTPTN masih seringkali menjadi persoalan di kalangan para pelajar. Untuk penerangan jelas anda boleh membaca artikel yang ditulis oleh Dr Aysraf Wajdi Dusuki di sini
Selain itu saya mencadangkan para pelajar yang ditawarkan PTPTN hendaklah membuka akaun simpanan perbankan Islam, bukannya akaun simpanan konvensional.
No comments:
Post a Comment