28 March 2014

Sukarnya menembusi tembok kebal perbankan konvensional




ISLAM sudah lama menjadi anutan Melayu di Malaysia. Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood merujuk Tun Salleh Abas (1986) dalam "Traditional Elements of the Malaysian Constituition dlm Mohamed Suffian, H.P. Lee &Trindade (ed.) 1978. The Constitution of Malaysia, Its Development 1957- 1977. Kuala Lumpur: Oxford University Press) menyebut bahawa Islam telah rnenjadi agama orang-orang Melayu sejak 500 tahun dahulu.
 
Perkembangan Islam dalam industri kewangan bermula secara rasmi 31 tahun dulu. Hanya ada sebuah bank Islam ditubuhkan. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Itu dulula..

Jumlah perbankan Islam dan perbankan komersial 2014

 

Sekarang, tahun 2014 kita sudah ada 17 perbankan Islam dan 27 buah bank komersial. Malah, dengan izin BNM bank konvensional boleh dan tertarik hati untuk menubuhkan anak syarikat perbankan Islam dan menawarkan produk pembiayaan secara Islam. 

Bank-bank Islam kena bersaing dengan bank konvensional yang tawarkan dua bisnes (produk konvensional dan produk Islam) tapi bank Islam hanya 1 bisnes sahaja (produk Islam). Maknanya, dua lawan 1..memang tak boleh menang kalau nak bersaing.



Sistem perbankan Islam (SPI) mencatat peningkatan keuntungan daripada RM3 bilion pada tahun 2011 kepada RM4.9 bilion pada tahun 2012. Peningkatan sebanyak 60% telah menjana pulangan purata atas aset dan ekuiti masing-masing pada 1.4% dan 19.6% berbanding pada tahun 2011 masing-masing 1% dan 13.5% Manakala jumlah pembiayaan perumahan telah meningkat dari RM48,694.8juta pada tahun 2012 kepada RM62,793.5juta pada tahun 2013. Antara faktor peningkatan tersebut ialah pakej pembiayaan yang menarik dan kompetitif yang ditawarkan oleh institusi perbankan (Bank Negara Malaysia 2005, 2012c)



Laporan BNM memang jelas menyatakan ada peningkatan, tapi bila buat analisis perbandingan SPI masih jauh kebelakang.  

Bila diringkaskan, kita mendapati ada sesuatu kerumitan dalam SPI, maka saya buat kesimpulan awal:

1. Sukarnya perbankan Islam nak bersaing setaraf dengan konvensional.
2. Perbankan konvensional masih mendominasi semua aspek di Malaysia.
3. Kerja-kerja dakwah masih belum menepati sasaran agar perbankan Islam menjadi pilihan utama.
Petunjuk Kewangan Utama Perbankan Islam  2013
Sumber: BNM 2014

Rajah perbandingan jumlah aset perbankan Islam dan komersial

 

Melihat segala pencapaian di atas, kita mempersoalkan mengapa hanya setakat ini sahaja pencapaian perbankan Islam? Sedangkan landskap "Islam" sudah cukup terbentang luas. Misalnya : Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan  Jadual 9 Senarai 2, Islam di bawah bidangkuasa negeri. Masih belum cukupkah?

Malah penganut Islam sebagai penduduk majoriti negara ini, masih belum berupaya menembusi tembok kebal bank konvensional.

Maka, usaha dan kerja keras khususnya kepada semua sarjana kewangan Islam agar KPI ini dapat dipertingkatkan, jika tidak dominan, setidak-tidaknya dapat mengurangkan nilai peratus konvensional sudah memadai. 





No comments: