Gambar ehsan dari yahoo.com |
Masjid baru UTHM. Masjid besar dengan kipas yang sangat besar. |
Lestari mengikut Kamus Dewan ialah "kekal dan tetap". Anda boleh baca lanjut di sini. Mengapa kita hendak melestarikan alam? Kerana ia akan membawa bencana seperti banjir, kepanasan melampau dan lain-lain bencana alam.
Sebagai
sebuah Universiti berteraskan teknologi, maka UTHM antara pendokong ke
arah usaha mengekalkan dan meningkatkan kelestarian.
Dalam
dunia akademik, semua bidang memainkan peranan penting ke arah
kelestarian. Tidak kira sama ada pendidikan, muamalat dan pengurusan
selain bidang teras sains dan teknologi.
Satu Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 pada 9&10April membentangkan lebih 320 kertas kerja...inilah persidangan paling banyak pembentangan kertas kerja!!
Dari aspek sains dan teknologi barat, sebarang perubahan yang tidak ikut kehendak manusia maka banyak kemusnahan boleh berlaku. Biasalah antara bencana yang dianggap kesan merosakkan bumi ialah banjir, kemarau, kepanasan melampau dan lain-lain bencana alam.
Tapi saya ingin menambah. Dari aspek Islam, sebarang perubahan yang tidak ikut kehendak Allah, bukan sahaja merosakkan manusia tetapi yang lebih kita takutkan ialah balasan dosa. Dalam Islam kemurkaan Allah yang lebih perlu dibimbangi, berbanding yang lain.
Menjaga kelestarian sebagai manifestasi ketaqwaan. Itu nilai paling tinggi dan diterima Allah. Dalam al-Quran terdapat 39 tempat peringatan agar kita jangan melakukan kerosakan. Antaranya surah al-Baqarah ayat 11,
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ قَالُواْ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
"Dan apabila dikatakan kepada
mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi",
mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat
kebaikan".
Tafsiran "membuat bencana dan melakukan kerosakan" bukan sekadar tebang hutan, bakar sampah, pencemaran bunyi, guna plastik, asap atau lain-lain kerosakan fizikal.
Tetapi bencana dan kerosakan ini ditafsirkan sebagai membuat perkara yang kufur dan maksiat. Inilah antara perbuatan orang-orang kafir! Menjaga iman dari sebarang amalan yang merosakkan adalah pelengkap kelestarian umat manusia.
Saya turut membentangkan satu kertas kerja bertajuk "PEMBIAYAAN RUMAH SECARA ISLAM:
MEKANISME PEMBANGUNAN PRODUK DALAM INSTITUSI PERBANKAN".
Isi penting kertas kerja ini ialah:
1. Rumah salah satu keperluan penting kepada manusia-tidak kira kaya atau miskin.
2. Bank juga mesti berperanan ke arah matlamat menjadikan rumah sebagai milik semua golongan.
3. Bagi melestarikan keupayaan individu memiliki rumah maka pembangunan produk kewangan Islam mesti bersaing dengan produk konvensional.
Rumusan; kelestarian jangan hanya dipandang dari sudut sains semata-mata..apatahlagi sains barat.
Isi penting kertas kerja ini ialah:
1. Rumah salah satu keperluan penting kepada manusia-tidak kira kaya atau miskin.
2. Bank juga mesti berperanan ke arah matlamat menjadikan rumah sebagai milik semua golongan.
3. Bagi melestarikan keupayaan individu memiliki rumah maka pembangunan produk kewangan Islam mesti bersaing dengan produk konvensional.
Rumusan; kelestarian jangan hanya dipandang dari sudut sains semata-mata..apatahlagi sains barat.
No comments:
Post a Comment