26 March 2014

Miskin ilmu atau miskin harta-Mana yang lebih parah?

Petunjuk Utama Kewangan Perbankan Islam dan Takaful 2013 

Data daripada Bank Negara Malaysia yang merujuk kepada prestasi perbankan Islam ialah sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan aset perbankan, 27.5% daripada keseluruhan pembiayaan dan 26.6% daripada keseluruhan deposit sistem perbankan. 

Baca lanjut  di sini

 
Semenjak dulu, lebih 1400 tahun Islam sudah berpegang pada prinsip- ilmu adalah segala-galanya. Sama ada mahu kejayaan dunia dan akhirat mesti ada ilmu. Dengan ilmu kita kenal Pencipta kita, malah kita menjadi orang bertakwa-elemen yang sangat berharga di sisi Allah SWT.

Pencarian perkataan 'ilm- علم dalam perisian al-Bahith 4.0 menemui sebanyak 484 ayat berkaitan ilmu. Ini menunjukkan salah satu data penting kepada kita kepentingan ilmu dalam segala bidang kehidupan. Perbahasan lanjut boleh anda mencari dalam mana-mana kitab yanglebih terperinci.

Antara ayat al-Quran yang menjadi asas perbincangan artikerl ini ialah; Surah al-Baqarah:13,

Maksudnya; Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman", mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
    
Manakala dalam surah Ali-'Imran; 18 pula;
 
Maksudnya: Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.)

Kritikan terhadap sistem pendidikan Malaysia, boleh diambil untuk penambahbaikan. Sama ada kita hanya menumpukan usaha mengawal jumlah hutang isi rumah atau meningkatkan skill isi rumah dalam sistem pendidikan hari ini.

Dr Frederico Gil Sander, ahli ekonomi Senior Bank Dunia pada Forum Global Malaysia bahawa Malaysia patut sedar dan berjaga-jaga kerana kanak-kanak di Malaysia pada hari ini sedang menuju keadaan lebih teruk daripada kanak-kanak di Vietnam. 

Ini kerana pemahaman beliau sistem pendidikan Malaysia tidak meningkatkan skill/kemahiran dan talent/bakat untuk menghasilkan sumber pendapatan. 

"Rural Vietnamese students do better than Malaysian students," said Sander, when met a forum that is part of the Global Malaysia series organised by the Economic Transformation Programme.

Sander was referring to a world student performance assessment test called PISA which had measured how students in 65 countries did in mathematics, science and reading. According to PISA's 2012 results Malaysian students scored below average or ranked 52 out 65. In contrast, Vietnamese students ranked 17 out of 65.

Malaysia's poor PISA results spotlighted the weakness of Malaysia's school system, despite the fact that education gets the largest share of funds every year from the national budget.

Dakwaan ini merujuk kepada sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini yang kurang memberi kesan dalam meningkatkan ekonomi negara. Jika keadaan ini berterusan ia boleh membantutkan usaha ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, akhirnya Malaysia akan ketinggalan. Baca lanjut di sini.
 
Bagi beliau impak miskin ilmu lebih parah jika dibandingkan dengan miskin harta. Dengan kata lain, walaupun jumlah hutang individu meningkat tetapi jika ianya menjadi sebab aktiviti pekerjaan itu lebih baik daripada tiada pekerjaan akibat miskin ilmu.

 
Teori kemampuan berhutang lebih baik daripada tidak mampu berhutang dalam konteks perbankan inilah yang saya maksudkan. Sistem perbankan Islam hari ini, terpaksa bersaing dengan perbankan konvensional untuk mempromosikan produk pembiayaan mereka. Sistem dualisme kewangan di Malaysia (konvensional dan Islam) telah melonjakkan usaha promosi yang melampau untuk menarik pelanggan. 

Sudah tentu sasaran industri perbankan ialah mana-mana pelanggan berpotensi dari segi gaji dan pendapatannya yang "layak".

Kita perlu faham hakikat bahawa, pembiayaan sebagai mekanisme pembayaran. Bukan matlamat untuk menambah hutang sahaja. Jumlah hutang isirumah yang rendah mungkin memberi petunjuk tiada akses pembiayaan secara aktif.

Namun seandainya produk Islam lebih inovatif tidak hairan  ia akan menjadi pilihan  utama orang awam-termasuk orang bukan Islam.
 
Maka sistem pendidikan hendaklah memastikan penilaian berasaskan kemahiran dan bakat boleh melonjakkan aktiviti ekonomi. Dalam masa yang sama kelayakan berhutang hasil daripada kemahiran dan bakat akan berupaya meningkatkan jumlah aset, pembiayaan dan deposit perbankan Islam. 

Maka, adakah perbankan Islam akan menggalas bersama-sama tanggungjawab meningkatkan taraf  sistem pendidikan Malaysia? Atau mereka boleh memberi alasan-penubuhan perbankan adalah sebagai business oriented dan bukannya education oriented.