23 October 2008

Zakat oh zakat


Rahisam Ramli

KALAU
benarlah seperti yang dicadangkan oleh ADUN kawasan Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim yang mencadangkan agar kerajaan negeri menyalurkan wang zakat diagihkan untuk orang bukan Islam saya harap ianya sekadar cadangan yang datang dari idea sangat dangkal dan jahil. Masakan tidak sedangkan realitinya orang Islam yang cuba memohon bantuan zakat juga terpaksa melalui tapisan yang memeritkan inikan pula kepada orang bukan Islam. Soalnya Adakah orang bukan Islam cuba memperjuangkan peruntukan kewangan mereka demi umat Islam?

Sumber dari utusan malaysia online 23 Oktober melaporkan:
Bantah peruntukan zakat kepada bukan Islam
SHAH ALAM 22 Okt. - Dua anggota pembangkang mempersoalkan langkah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim yang mencadangkan agar kerajaan negeri menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor.

Datuk Dr. Satim Diman (BN-Sri Serdang) dan Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) berkata, soal pengurusan wang zakat tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana pihak dan dijadikan isu untuk kepentingan politik.

Menurutnya, wang zakat yang dikumpul adalah untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan agama Islam.

"Wang zakat itu memang digunakan untuk kebajikan orang Islam, anggota parti komponen BN (Barisan Nasional) dari kaum Cina dan India juga faham.

"Tetapi kini ia timbul atas kedangkalan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat yang mempunyai unsur-unsur kepentingan politik sampai sanggup menggadai, walaupun agamanya sendiri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam Mohd. Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) membangkitkan perkara itu ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sebagai salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menangani masalah kemiskinan di kalangan bukan Islam.

Bagaimanapun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam reaksinya semalam berkata, cadangan itu tidak mungkin dilaksanakan pada masa ini memandangkan dana kutipan zakat diperoleh daripada penyumbang yang beragama Islam.

Sementara itu, Abdul Shukur mengingatkan semua pihak supaya menghormati hak-hak yang ditetapkan untuk orang Islam.

"Dalam soal ini, tidak perlu ditimbulkan oleh orang Melayu beragama Islam, kalau kita tidak berilmu dalam soal ini, lebih baik kita diam," ujarnya.

Dalam pada itu Mohd. Nasir memberitahu, beliau hanya menimbulkan soalan dan bukannya membuat cadangan seperti dilaporkan media.

"Sebenarnya saya hendakkan penjelasan pasal perkara itu tergantung, itu terpulang kepada masing-masing, kita tidak faham, kita tanya orang lain yang tahu.

"Bukan hak saya hendak mempertikaikan apa yang telah ditetapkan," tegasnya.


Saya cadangkan asnaf untuk fi sabilillah diperluaskan bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti perniagaan, pertanian atau penternakan..seperti kumpulan mahasiswa dalam Projek Usahawan Berjaya dalam posting yang lepas. Apakah kumpulan seperti ini tidak dikategorikan berjihad di jalan Allah(Jihad Bisnes/Jihad ekonomi)-meminjam istilah dari Tan Sri Muhamad Ali Hasyim,Pengerusi JCorp.

Masih ramai graduan yang memerlukan pembelaan,bimbingan hatta modal perniagaan tanpa riba supaya mereka mampu menjana pendapatan sekali gus melonjakkan sektor pertanian dalam RMK 9.

Marilah kita bantah cadangan tersebut yang semata-mata dilihat untuk memgambil kesempatan di atas peningkatan jumlah kutipan zakat oleh agensi zakat di seluruh negeri pada setiap tahun. Bantulah umat Islam dengan sebaik-baiknya kerana mereka tidak pernah kering usaha dan semangat untuk menyahut cabaran dalam bidang ekonomi.

7 comments:

Pok Li said...

Kerapkali kejahilan kita terhadap pengetahuan agama, memberi persepsi salah kepada orang bukan Islam. Saya bersetuju dengan pandangan saudara mengenai cadangan asnaf untuk fi sabililah diperluaskan.

RAHISAM RAMLI said...

Pok Li-inilah realiti beberapa halangan mengapa umat Islam masih terbelakang. Sumber bantuan ada tetapi sistem pengagihannya masih banyak ruang-ruang yang boleh diperbaiki.

Afiq said...

salam... tahniah kepada ustaz berjaya membuka minda siswa siswi agar lebih menghayati dan memperbetulkan tujuan kita sebagai pelajar datang ke institusi pengajian tinggi...

Mengenai artikel ini.. saya bersetuju dengan pendapat agar asnaf fi sabilillah diluaskan lagi mengikut perkembangan zaman...

Lawat2 la blog ana ustaz...
Wassalam...

(afiq@duus3)

Unknown said...

boleh kalau nak disalurkan pada yang non muslim tapi yang nonmuslim pun kene lah bayar skali zakat.... heh

RAHISAM RAMLI said...

Salam
afiq-terima kasih singgah blog,saya link blog afiq

Pendekar-saya setuju sebab zakat harta khas umat Islam.Utamakanlah kepentingan umat sendiri.

Anonymous said...

akum ustaz...
sy rase kan ustazz.
diorg ni mmg tak tau pape kot pasal zakat ni smpai leh kuar kan cadangan yang sangat x bernas cm tu..
padahal org islam sendiri pon ssh nk dpt,,ni kan orng bkn islam yg tidak diperuntukkan lgsg dalam Al-Quran...
da bg betis nak peha plak...

RAHISAM RAMLI said...

Leliyana-duit punya pasal memang semua mengaku mereka berhak dapat. Bab nak menyumbang buat tak tau je..