04 November 2008

Aduhai Yang Berhormat...



KITA semenangnya telah biasa melihat pelancaran kempen oleh kerajaan yang pelbagai bentuk, objektif dan golongan sasaran. Persoalannya ialah berapa keratkah kempen-kempen yang dilancarkan oleh kerajaan selama ini memberi kesan yang positif dan memberi kesan kepada masyarakat umum?

Setiap kali kempen dilaksanakan pasti ada visi,misi dan objektif yang hendak dicapai agar kumpulan sasaran dapat diperbaiki, dipulihkan, atau dirawat selaras dengan tujuannya.Selain daripada menyediakan peruntukan yang tidak kurang hebatnya kita juga seringkali mempertikaikan keberkesanan pelaksanaan program terhadap kempen tersebut.

Utusan Malaysia Online semalam melaporkan, antara lain Kempen Budi Bahasa 2008 yang akan diperhebatkan kepada ahli Parlimen.

Kempen Budi Bahasa ahli Parlimen
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kempen Budi Bahasa akan diperhebatkan dalam kalangan anggota Parlimen kerana mereka adalah contoh terbaik untuk diteladani oleh rakyat, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.


Semoga pada kali ini kempen budi bahasa di kalangan ahli Parlimen benar-benar menjadi benchmark (tanda aras) bahawa ahli-ahli Yang Berhormat (YB) agar berbudi bahasa dan menjadi rol model kepada generasi masa kini.

Lebih-lebih lagi ketika berbahas di Parlimen, sebuah institusi yang mewakili 27 juta rakyat Malaysia. Rakyat sudah bosan dengan kelantangan suara YB tetapi mencerminkan budi bahasa yang rendah kualitinya. Saya berpandangan bahawa YB juga manusia biasa yang perlu dirawat, dipulihkan atau dijadikan golongan sasaran jika mereka nampak gayanya terikut-ikut seperti rakyat biasa yang sudah tidak menghiraukan budi bahasa.


Perbahasan dan perdebatan di dalam Dewan Rakyat kadangkala menyaksikan beberapa insiden yang bertentangan dengan kempen budi bahasa.

Dengan gaya dan pertuturan yang mennyerabutkan kepala lantaran kerenah sebahagian ahli-ahli YB sehingga Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB TAN SRI DATUK PANDIKAR AMIN BIN HAJI MULIA mula meninggikan suara untuk mengawal keadaan.

Semoga kempen budi bahasa ini merupakan kempen yang benar-benar berkesan dan mencapai objektifnya untuk menjadikan semua YB sebagai ahli Yang dihormati oleh para pengundi kawasan.

[Aduhai YB... Berbalah tetapi usah bertelagah, menggulung hujah jangan sampai tergulung lidah, Dewan yang mulia bukan rumah peribadi boleh bercakap sesuka hati, atur langkah sebelum berbicara agar mudah kami memahaminya. Gegak gempita suara YB bukanlah selunak suara selebriti, mohon ubah persepsi berbahasa sopan kerana suara YB adalah suara yang mewakili para pengundi].

4 comments:

mizbi said...

salam ustaz.. ana suke post nie.. cume bagi ana kerajaan sepatutnya beri kursus kepada speaker supaya menjadi seorang yng bersifat adil terhadap semua yb-yb kita nie. kadang-kadang speaker sendiri pon berat sebelah. siapa yang tak panas..

cuma ana stuju kempen budi bahasa terhdp yb-yb kita nie..trutama yb-yb muda yang tak de pengalaman. masuk bertanding bukanlah kerana kelayakan tapi faktor-faktor lain spt mempunyai hubungan kekeluargaan dengan 'bos besar'.

saranan ana supaya lepas nie kerajaan bai syrat kepada sesiapa yang nak bertanding mestilah menghadiri kursus adab dan budi bahasa..

RAHISAM RAMLI said...

Salam Iqbal-anakanda DUUS yang bakal menjadi peguam Muslim tersohor di bumi ini.

Kadang-kadang YDP dewan pun cuba meredakan anak-anak (YB) sedang bertikam lidah ni..Berat bebanan tu kan..

Bagus juga saranan Iqbal tu supaya adakan kursus dan mesti lulus ujian la kan. Bukan setakat hadir kursus tetapi mesti ambik ujian sekali amcam..ok la tu.

Brahim Nyior said...

Rahisam saudaraku,

MP cakap berdegar-degar, tapi tatacara dan adab berhujah di parliemn diketepikan. Baru-baru ni saya ke seminar penghakiman bahas ala parlimen peringkat KPM, itulah yang dibangkitkan kerana MP tunjuk nilai yang tak baik kepada generasi muda, sedangkan yang nak diterap ialah budi bahasa. Habis, camane?

Pok Li said...

Saudara Rahisam
Sewaktu di KL dulu selalu juga saya 'jengok' parlimen ni bersidang. Mereka ni kadang-kadang berbahas 'gila-gila bahasa' kerana nak menghilangkan mengantuk jam 3 hingga 4 petang tu aje. Lepas tu masih lagi minum kopi dikantin bersama-sama. Orang politik ini 'hebat lakonannya'.