18 November 2008

PNB dan Zakat Perniagaan


Hamad Kama Piah Che Othman menyerahkan replika cek zakat perniagaan berjumlah RM1.45 juta kepada Mohamad Hasan di Seremban, semalam.
- Bernama
Sumber;Utusan Malaysia Online,15 November 2008

Antara satu-satunya sumber ekonomi Islam yang perlu dipertahankan ketika ini ialah zakat yang dibayar oleh GLC seperti PNB. Janganlah pula harta ini juga mahu dikikis oleh puak-puak yang bercita-cita memperjuangkan keadilan bangsa kerana sumber dari zakat ini juga.

Dengan alasan dangkal bahawa Islam sememangnya untuk semua bangsa, tetapi jangan dilupakan siapakah yang harus dibantu kalau bukan bangsa Melayu sendiri?

Semoga PNB menjadi contoh kepada seluruh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk membantu umat Islam dengan menunaikan zakat perniagaan.

2 comments:

Pok Li said...

Semakin ramai umat Islam membantu syarikat Islam seperti menggunakan perkhidmatan atau membeli barangan maka semakin banyaklah zakat boleh dikeluarkan oleh umat Islam. Tapi tak ramai yang mendahulukan pembelian di kedai Islam.

RAHISAM RAMLI said...

Pok Li-memang mcm tu juga yang saya perhatikan.Kadangkala saya sendiri mcm tu (bila nak senang singgah di kedai bukan Melayu semua barang ada). Kedai Melayu pulak alasan utama oh dah habis..

Tapi mesti utamakan kedai Melayu juga.